Tuesday, December 30, 2008

Alhamdullilah, Aku Masih Bernafas


Syurkur, alhamdullilah aku masih lagi bernafas..
XPDC 3 hari 2 malam bermula pada 21 hingga 24 nov 2008 di negeri terengganu. Kesakitan yg aku alami bermula nunn di atas puncak air terjun langsir selepas aku turun dari gunung berembun.
Dan bermulalah kesejukkan paras tahap tapir hinggakan tulang2ku terasa sakit sesangat. Seumur hidup aku xpernah mengalami sakit sendi tulang yg disebabkan oleh kesejukkan.
Getaran mula terasa pd ptg tue selepas aku mandi manda sambil menyelam timbul bersama2 dgn awin. Aku kesejukan yg teramat sgt walaupun petang tue xder ler sejuk mana sambil dilitupi titis2 hujan ketika itu. Aku hanya tidur je ptg tue hinggalah ke mlm tp mata nie xleh lelap disebabkan getaran badan aku semakin rancak..




Dalam group aku tue adalah seorang doktor dr hospital kuala terengganu.. xsangka plak ader gak doktor dlm group aku kerana semuanya nampak muda mudi belaka. Dia dtg jengok aku n check aku sekali. Aku malu gak sbb dia nie kategori muda gak tp bukanlah remaja... Dia suruh aku mandi utk menurunkan suhu badan aku.. n dia bagitau kalau budak kecik dah kena sawan nie.. Aku cakap aku xsanggup nak mandi sbb bila jer aku terkena air, seluruh badan aku terasa sakit sangat. Maka disuruh lap jer bdn aku.. tp akhirnya aku dimandikan gak atas desakan teman2ku yg menjagaku.. aku dimandikan disitu gak kerana aku xlarat nak bangun. Kesakitan yg aku alami xdpt nak dinyatakan di sini. Malam tue aku tidur berpelukan dgn zura n awin. Aku suruh depa rapat dgn aku utk memanaskan badan aku.. zura berjaga mlm tue demi aku. Trima kasih zura..

Pagi tue aku terasa segar skit, namun masih lagi dlm keadaan lemah. Perjalanan diteruskan menuruni kawasan bonzai dan kadangkala terhenti seketika disebabkan aku mengalami cirit birit yg xterkawal. Ketika hendak menyeberangi sg, fikiran aku tergendala sebentar. Macamana aku nak seberangi sg sedangkan aku xleh kena air. .. Ketika kakiku terkena air sg, secara automatiknya getaran bdn aku mula terasa. Terketar2 aku ketika menyeberangi sg tersebut sehinggakan seluruh tulangku terasa sakit. Hujan pulak turun sambil diiringi oleh angin sepoi2. Sejuk bebb... Akhirnya aku sampai ke garisan penamat sambil dilimpahi hujan yg mencurah2.. tp aku akhirnya akur gak... aku mandi air hujan bersama2 dgn geng ketika sampai di resort tue wlpun bilik air disediakan... best gak mandi hujan nie... terkenang zaman kanak2 dulu...

Aku sampai di kl pd mlm tue. Tima kasih nasir sbb htr aku sampai ke rumah. Malam tue terus aku tidur setelah menelan ubat penahan sakit.. Sepatutnya pg tue aku kerja, tp aku terpaksa pergi ke klinik ambik mc disebabkan badan aku terasa sakit. Aku mintak dr tue bg injection kat aku kerana aku dah xtahan sesangat. Xpernah aku ambik mc selama aku menceburi bidang xpdc selama beberapa tahun, namun aku terpaksa akur, rekod yg aku pertahankan selama ini terpaksa dipecahkan.

Malam tue aku deman n kesejukkan disertai getaran yg xterkawal. Keesokkanya, ketika aku mandi, aku ternampak bintik2 merah menghiasi kakiku.. Aik, apa nie? Terus aku bgtau mak aku.. n mak aku menasihati aku supaya pergi ke hospital utk check darah, kemungkinan kena denggi... alamak aper dah jadik kat aku niee.. xkan aku kena denggi plak....
bersambung dlm
Episod "Bersyukurkah aku?"

Bengang vs Mengelabah

Petang semalam aku dapat khabar yg amat memeranjatkan aku, bos aku MHA mengatakan aku memohon jawatan lain di bahagian fasilities management. Terkejut aku! Xpernah aku memohon sebarang jawatan lain selain jawatan yg aku sandang sekarang. Bengang vs gelabah aku dibuatnya. Bengang sbb dia tuduh aku mintak jawatan lain.. Mengelabah sbb aku xsuka pun jawatan yg disandang itu... aku sendiri pun xtau jawatan aper yg akan ditawarkan kpd aku... bengang tahap gaban laa... Adooii macam ada batu besar jatuh atas kpala ni... Mulalah aku xsenang duduk... panansss jeee... Bos MHA mintak aku tanya div. hr aper citer kes aku nie... sbb dia sendiri pun xtau citer.. Akupun tel ler bhg hr, aperker halnya kes aku nie... Selidik punya selidik, rupa2nya ader la bos kat sini yg mintak aku keje dibawahnya sbb aku ada diploma fasilities management..untuk promotion jugak... nak nagis pun ada gak niee... aku mintak bhg hr tolong aku, jgn ler aku di hantar ke sana.. aku jugak mtk tolong pd bos MHA supaya jgn ler dilepaskan aku n backup ler aku... petang tue semua keje aku xleh buat.. dah laa aku sorang je kena keje ari nie, my partner cuti n mc. ngan sape ler aku nak ngadu nii... sedey niee.

malam td aku xleh tidur sbb memikirkan kerjaya aku niee... mungkin sesetengah org suka, tp aku, cukuplah aper yg aku ada sekarang... sederhana jee. aku ni ada kelemahan dari segi kawalan diri. Mengelabah semacam. Malam tue lepas solat aku baca yassin supaya di tenangkan hati aku nie yg sedang dilanda ombak ganasss.. kul 11.30pm aku xdpt lelapkan mata lagik, aku tipun mak aku plak. Sebelum nak bercakap ngan mak aku, air mata nie tiba2 mengalir dan suara aku xdpt keluar... tp aku cuba gak nak bercakap ngan mak aku, nak mengadu tentang duka lara aku nie... aku minta supaya mak aku doakan tuk aku tentang kerjaya aku nie... mak aku ingat aku nak kahwin.. aper la mak aku niee... aku ckp kat mak aku kalau aku kena tukar gak, aku ckp aku nak berenti keje kalau aku kahwin.. tp sapa nak kahwin ngan aku!!! xdpt aku nak jawab.. Lepas aku tipun mak aku baca plak buku motivasi dr. tuah, tajuknya `Nak ke Tak Nak".. berkesan la gak kat aku, sejuk skit ati nie.. aku rasa mlm tue aku tidur kul 2.30am kot... xleh nak pejam mata nieee... aper laa citer esok pg niee...

31 Disember 2008

Pagi nie aku bangun kul 5.15am. Terdengar suara orang mengaji kat masjid. xleh tidur, mata nie xngantuk plak... Bila dengan suara azan, cepat2 aku berdoa supaya masalah aku nie dpt diselesaikan... selepas solat subuh, aku sambung balik baca buku motivasi.. dah dekat nak habis ler helaian aku baca dalam satu masa... sbb nak tenangkan hati aku... kemudian aku tertidur balik sampai kul 8am. Alamak terlajak plak... baju xgosok lagik nie... mandi pun belum lagik... anak buah aku plak masuk kat bilik aku! alamak, dah ler nak cepat, budak dua org nie nak bermain plak ngan aku... terpaksa aku bawak depa keluar dari bilik... Aku sampai opis hampir kul 9am. hati nie masih lagik dilanda ombak badai.. Td bos2 meeting for staff promotion. abis dah dekat kul 1pm. aku tanya hr pasal aku, dia jawab .. akan difikirkan nanti' aahhh tension aku dengar jawapan tuee.... bos2 sambung balik meeting tuee lepas lunch.. aku xtau ler bila abis.. xsabar rasanya nak tanya lebih lanjut kat bos aku, sbb bos aku pun salah seorang dlm group tuee....

Citer skit

Semalam aku gi surau ngan mak, ada ceramah sempena sambutan awal muharam.. Banyak yg dapat dipelajari. Ada gak citer pasal hudud, solat dan ada gak fikiran aku melayang-layang entah ke mana... haaa haa... Yg bestnya, bila dah habis ceramah, ustaz tue tanya soalan semula berkenaan ceramah yg disampaikannya sebelum ini.. Sapa dapat jawab soalan tue, dia akan dapat sebuah buah agama. Tajuknya aku xpasti plak.. tapi ada laa 3 orang yg dapat jwb soalan tue.. Kesemuanya lelaki yg dapat habuan tue. Pihak wanita bukannya xtahu jawapan, tapi jauh skit dari ustax.

Lepas solat isyak, ada jamuan makan2.. aku ngan mak aku sental nasik lemak laaa.... abis diet den malam tue.. Masa makan2 tue, adeer la sorang makcik tue tanya kat aku, xpie panjat gunung lagik kerrr...? dia tanya lak di depan mak aku plak tue... aku hanya tersenyum simpull... membalas pun x! mak aku plak menyampuk, dia dah xboleh gi panjat gunung lagik, dah kena sakit teruk hari tue masuk hospital! alamak, kali nie memang betul2 laa mak aku xbagik panjat gunung lagik... Mak aku nie pantang jer dengar citer pasal gunung, mesti dia marah n xbagik aku pie lagik mana2 gunung tapi nasib baik gunung kinabalu boleh plak lepass... Adoiii, aper laa xtvt aku nak buat lagik.. Nampaknya WWR jee yg aku dapat lepass... xperlah, asalkan ada adventure pun ok gakk... nak nangis pun ader niee...

Monday, December 29, 2008

Personalitiku dari Kacamata Teman2Ku

Baru2 nie aku send email pada teman2 ofismate aku. Mintak komen, pandangan n nasihat dari mereka semua. Saje je nak tau pandangan n nasihat dari dari diorang kat aku.. mana la tau, aku boleh berubah untuk mempertingkatkan diri aku nie... almaklumlah, kan dah masuk awal muharam niee... jadik aku nak menjadi lebih baik dari sebelum ini. Nie komen dari teman2 sepejabat aku ler... Nie bukan rekaan semata-mata...

Teman 1
Pesanan yang saya nak sampaikan dan kongsi bersama:

1) TOLONG berhenti panjat gunung, dengarlah nasihat IBUmu…..
2) Jadilah seorang wanita sejati (perempuan melayu terakhir)……
3) Bukakanlah hatimu kepada lelaki yang ingin mendekatimu…...
4) Ubah penampilan sket, bole….???? ala2 vokk, gtu……..sebab awak masih anak dara…..and still single….

Teman 2
Betul ke nak dengar komen ni???? Akak dah kenal awak memang dah lama, First time dulu ingat lagi masa akak jumpa akak kat sini le, first impression, Garang.

Ok le, serius sikit. Dari segi peribadi memang perwatakan Nampak macam Garang tapi sebenarnya Zue ni tegas (criteria yg amat baik).

Tapi akak Cuma mula2 kenal Zue masa Zue jadi P.A kat Mines dulu. Masa tu memang Zue kelam kabut sikit, pr pun kelam kabut sikit..tapi Tu cerita dulu. Yang penting, akak bangga dengan Zue sebab Zue Perbaiki diri, sambung belajar dan sebagainya.

Sekarang Zue dah banyak berubah, very good in your work, perwatakan pun dah jadi lemah lembut sikit (menyampah, tu yg abg2 haji saying).

Overall, akak memang suka kerja dengan Zue sebab Zue very professional dan secara peribadi memang baik orangnya (ni akak ikhlas tau). Tapi tak tahu le kalau2 Zue dah tak nak kerja ngan akak kan………..

Teman 3
Aku tak pandai nak komen la, Cuma aku harap kau lebih lemah lembut lagi dari selalu… he he he… kalu tahap gaban sikit2 tak per..


teman2 yg lain belum reply lagik sbb cuti daaa...

Friday, December 19, 2008

Wanita Itu Seperti Rumput Semalu


Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.


Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Dipetik dari laman web yg berkaitan.

Thursday, December 18, 2008

Kewanitaan Dalam Islam


Wanita ibarat bunga. Bagaimanapun kecantikan dan keindahannya pada pandangan mata hanya bersifat sementara.. Sedangkan yang berkekalan menjadi pujaan manusia, adalah wanita yang mulia akhlaknya. Dengan memiliki kemuliaan akhlak ini ke mana-mana sahaja dia pergi pasti akan menjadi sanjungan masyarakat di sekelilingnya. Tiada gunanya berwajah cantik tetapi memiliki akhlak yang buruk. Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong daripada ilmu. Ibarat bunga, ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya. Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.


Kerana itulah kita tidak seharusnya menilai seseorang itu daripada pandangan mata kasar semata-mata.Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Kita juga pasti pernah mendengar - tangan yang menghayun buaian boleh menggoncangkan dunia.


Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dirasai oleh wanita solehah.Kerana itulah sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah. Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah. Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.


Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun."


Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, bersesuaian pula dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredaan Allah.Allah telah berfirman,


"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun." (an-Nisa' 124 ) Rasulullah s. a. w. juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: "Mereka yang paling sempurna di kalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik di kalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." (Hadis riwayat At-Tirmidzi)Rasulullah s. a. w. telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud: "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."


Terdapat perbezaan di antara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah daripada lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasannya dalam pergaulan.


Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hamba-Nya itu berpasang-pasangan. Lelaki dan wanita yang saling memerlukan.Sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain. Lelaki membantu wanita daripada segi fizikalnya manakala wanita membantu lelaki dengan memberikan sokongan dan peransang. Malah, wajarlah jika di sebalik kejayaan seorang lelaki itu adalah wanita. Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama sejauh mana mereka dapat mentaati perintah Allah dengan cara Nabi s. a. w. Allah telah mengurniakan kepada wanita dengan pelbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah.


Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s. a. w bersabda: "Seorang wanita yg mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dikehendakinya. " (Hadis riwayat Abu Nuaim) Manakala Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s. a. w bersabda: "Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh. Dan, seorang wanita yg melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s. a. w bersabda: "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi s. a. w ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya:"Wahai isteriku, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali."Secara kebetulan pula ayahnya menderita sakit maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah s. a. w. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia taati suaminya."Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang.


Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yg berbunyi: "Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya."Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu. Inilah sebenarnya perkara yg menyebabkan wanita diredai oleh Allah. Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal daripada suami mereka dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati dua pertiga daripada penghuninya adalah wanita.


Dipetik dari laman web yg berkaitan.

Bunga Yang Kembang (Khas untuk Wanita)


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.


Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa ! kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.


Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.


Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.


Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.! Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.


Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.


Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?


Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segalanya adalah pinjaman dari Allah S. W. T.Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan. " An-Nahl: 53Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi yang terbaik...
Wallahua'lam


Dipetik dari laman web yg berkaitan.