Tuesday, October 21, 2008

Mesir, Egypt, Cairo Alexandra



Tanggal 9 hingga 25 Sept 2008, aku menunaikan salah satu rukun islam iaitu mengerjakan umrah dibawah kelolaan Andalusia Travel Sdn. Bhd. Alhamdulillah, akhirnya aku sampai gak kat sana dengan disertai oleh 16 orang peserta. Pada mulanya, permergian ku ini ingin dirahsiakan, tapi aku ada terbaca artikal mengatakan perlu mendapat kebenaran daripada kedua ibubapa. Bukannya aku xnak memberitahu kpd mereka, cuma aku ingin melarikan diri seketika dengan erti kata lain membawa diri.... mencari ketenangan diri disebabkan pelbagai masalah yg melanda hidupku ketika itu. Tapi akhirnya aku terpaksa gak memberitahu kedua org tuanya di atas permergian ku ini... Macamana yer aku boleh gi sana... semuanya dengan kuasa Allah Taala. Aku bersyurkur kepadanya...

Terdetik hatiku xkala menonton siri Jemputan Umrah anjuran Astro Oasis. Dikesempatan itu juga, akupun turut menghantar artikal Jemputan Umrah. Mana tahu mungkin aku terpilih dalam episod akan datang. Kisah-kisah yg dipaparkan sungguh menyentuh sanubariku.. Setiap kali dipaparkan kota Madinah n Mekah, hatiku tiba2 sebak. Macam ada satu kuasa dan tarikan yg dirasakan yg aku akan pergi ke sana xlama lagi. Benarlah Allah mengmakbulkan bagi sesiapa yg berhajat utk ke Baitullah. Mungkin rezeki aku agaknya, syarikat aku memberi bonus kesetiaan bagi pekerja yg bekerja selama 10 tahun ke atas. Syurkur ke hadrat ilahi, duit itu aku gunakan untuk perbelanjaan ke sana.

Aku mula mencari pakej yg menawarkan harga yg berpatutan. Akhirnya aku melayari laman web Andalusia yg memberi perkhidmatan mengerjakan umrah sambil melancong. Aku mengambil pakej umrah ke cairo. Tarikh yg aku hendak booking itu telah habis ditempah. Aku menelefon en hashim mengatakan aku berminat dgn tarikh tersebut. En hashim mengatakan, dia akan telefon semula untuk pengesahan tarikh tersebut. Aku merayu, berikanlah aku satu sit sahaja untuk tarikh tersebut. Tapi aku percaya kalau Allah telah menjemputku pasti akan ditunjukkan dan lapangkan jalannya. Hari sabtu jam 9.40am, 12 julai 08, aku menerima satu mesej dari en hashim. (umrah+cairo 10 Ogos, ada 1 seat shj. Sila hubungi saya segera.) Itulah mesej yg membuatkan aku rasa cam nak menangis tp nangis gak, sbb gembira sesangat. Syurkur ke hadrat Ilahi, ada gak seat tuk aku.. sbb last minutes ada peserta yg tarik diri. Dada aku berdebar gak ketika itu. Terus aku called ofis mate aku, lynn kerana ingin meminta padangan darinya kerana dia pernah ke sana. Aku juga meminta kebenaran dari orang tuaku. Slps itu, tanpa membuang masa aku terus membuat pengesahan kepada en hashim. Dia meminta aku menyediakan buku perubatan n passport berserta gambar 2 keping. Aku terus menyediakan apa yg diperlukan dalam masa 2 hari sbb hari isnin aku terpaksa memberikan kesemua maklumat yg diperlukan berserta bayaranya juga. Untuk pemeriksaan diri pula aku telah pergi ke klikik kita di BTHO untuk mendapatkan injection kawal penyakit. Nurse disitu mengatakan dia akan check dulu ubat utk injection sbb stock yg ada kemungkinan telah habis. Hatiku berdebar2 menunggu keputsan tersebut. Akhirnya, nurse itu mengatakan aku bernasib baik kerana ada lagi satu stok utk injection tersebut. Lega hatiku xterkata. Dalam hati aku berkata, terima kasih Allah. Sesungguhnya, Allah telah mempermudahkan aku dalam urusan tersebut.


Isnin 13 Julai, en hashim dtg ofis aku untuk mengambil segala keperluan dan memberikan beg serta buku mengerjakan umrah. Hati aku ketika itu terasa gembira sesangat n xsabar rasanya hendak ke sana. Aku ada masa sebulan untuk belajar cara2 mengerjakan umrah. Ya Allah, bolehkah aku melaksanakannya. Alamak kerja2 di ofis terpaksa aku selesaikannya sehinggakan aku selalu balik malam untuk menyelesaikan mana2 yg patut. Aku rasa dalam masa sebulan itu, macam2 perkara yg aku perlu lakukan. Aku sempat gak menghadiri 3 kelas cara2 untuk mengerjakan umrah di kg. Pandan. 2 kelas tu aku pergi seorang diri manakala 1 lg kelas last aku pie ngan mak aku. Sebelum kelas yg ke dua bermula, sempat lagik aku berxtvt bersama teman2 sepergunungan di Empangan Pecah, bukit tabor, ampang. Mlm tue diadakan jamuan barbeque. Ada gak sessi memadu suara mlm tue sambil ditemani petikan gitar. Malam tue aku join sekali sessi memadu suara walaupun suara aku serak2 basah... waktu tue memang aku tension sbb banyak kerja kat ofis lagik yg belum siap n persiapan aku tentang ilmu agama belum selesai lagi. Daripada aku sakit kepala, lebih baik aku layannn jap otak aku yg mereng nie... Pagi ahad tue, aku terus pecut gi kuliah di kg pandan. Sempat gak aku mintak maaf kat depa semua, tp aku xler cakap aku pie umrah... sajee nak berahsia...

Seminggu sebelum berangkat iaitu pada hari ahad, aku mohon direstui dan dihalalkan ilmu yg diajar oleh ustaz. Semasa aku berjumpa ngan ustaz tersebut untuk bermaaf2an, aku terlihat air mata mak aku mengalir. Aku rasa dia sebak n gembira agaknya. Aku tahan supaya aku xnangis sbb aku xnak mak aku risaukan aku.

3 hari sebelum berangkat, aku menyediakan keperluan yg minima utk dibawa kesana. Aku berfikir, pakaian apa yg patut di bawa dan dipakai. Adakah perlu memakai baju kurung atau yg sewaktu dengannya... ahh pening kepala aku.. aku bawak jubah 2 helai jer, seluar 2 n baju panjang 2 helai.. berserta t-shirt. Xkan aku nak bawak jeans plak! Kalau xckup, aku beli jer kat sana plak... alkisah pasal jubah nie pun satu hal.. punyalah susah aku nak cari jubah saiz aku, badan muat tapi kainnya xlabuh plak... ada tue bersalut plak ngan batu2 berkilauan, xkan aku nak beli plak design camtu... nak menunjuk namanya... aku pie cari jubah nie ngan rose, ofis mate aku jugak.. last sekali aku beli jer kain n buat jubah sendiri... lagi afdal... dah sakit kaki aku berjalan satu kl... aku nie bukanya boleh jalan lama2 kat kl, sakit kaki.. lagikpun aku kurang berminat skit bab shoping moping ni.. bukan kegemaran aku...

Dalam minggu sebelum berangkat, mak aku menasihati aku supaya memotong rambut kerana rambut aku kerap gugur. Alaa nak kena potong rambut plak... aku masih wat dono tentang rambut aku. Nasihat mak aku, aku abaikan.. aku sayang rambut aku yg panjang nie.. nak kena potong pendek kena fikir 10 kali. Mungkin kedegilan aku itu, Allah telah menurunkan mimpi kepada aku supaya memotong rambut tersebut. Tp aku tetap berdegil jugak.. mungkin itu mainan tidur.. tp kalau dah 2 kali mimpi berturut2, tentu ada maknanya...aku pasrah. Maka, pada pagi sabtu tue sebelum berangkat aku telah pergi ke salon untuk memotong rambut... aku lihat rambut aku dipotong pendek.. nak menangis pun ada gak, tapi aku kena relakan jugak... sbb ini adalah untuk menjaga umrah aku supaya xbatal ketika aku mengerjakannya. Aku mintak lebihan rambut aku dikembalikan semula kpdku krana rambut itu akan ditanam.

Family aku dah berkumpul dirumah tumpangan aku dgn erti kata lain rumah adik aku lerr... aku dah xlalu makan krn sibuk mengemas barang2 utk kali terakhir.. Riuh rendah gak laa kat rumah tue... dalam bilik aku, mak aku berpesan supaya menjaga diri n berdoa kepada Allah sebanyak yg mungkin.. aku tahu mak aku risau kat aku kerana aku pergi seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa, lagipun aku nie kan perempuan... anak sulung perempuan plak... alaa mak aku nie, macam la xbiasa, kan anak dia nie biasa berdikari.. selama nie pun aku sorang2 gak.. sambil tue, ada gak air mata mak aku tertumpah...

Aku bertolak ke airport selepas solat mahgrib bersama2 dgn family aku. Dari rumah ke airport xder ler jauh sgt, 15 ke 20 minit dah sampai kalau xjem dan speed 120 ler.. Aku bawak kereta sendiri dan terus ke ofis n parking kat sana utk kemudahan aku gak sbb nanti blk aku sendirian bhd. Aku mtk tolong guard ofis htr aku ke airport.

Suasana di airport ketika itu sungguh meriah. Ramai gak yg nak pie menunaikan umrah waktu tue. Aku tercari2 dimana group aku ketika itu. Last sekali aku jumpa gak group aku di tempat check-in counter. Aku berjumpa dgn staff andalusia n dia memberikan souvenir serta beberapa helaian kertas waktu solat n senarai penuh nama peserta dlm group aku. Dia memperkenalkan aku siapa mahram aku.. n mak aku terkejut sbb mahram aku nampak muda tp aku selamber jer.. bukannya aper, mak aku takut aku terpikat plak kat dier sbb laki orang beb! Aper la mak aku sampai terfikir cam tue sekali.. Aku masih waras lagik, mak jgn bimbang ler... Dia tu kan mahram jer, ustaz plak tue merangkumi ketua xpdc nie... macam tue ler aku bagitau kat mak aku supaya dia xsalah tafsir.
Selepas urusan selesai , aku n mak pie menunaikan solat isyak di surau. Aku terdengar mak aku berborak dgn seseorang, mengatakan tolong tengok2kan aku sekali masa kat sana. Aku xtau ler dia borak dgn saper, tapi aku sure dia borak satu group dgn aku. Selepas aku solat isyak, aku mintak maaf kat mak aku dari hujung rambut sampai hujung kaki, halalkan susu yg mak berikan dan berjanji akan membawa mak aku ke Mekah bila tiba waktunya. Masa tue sedih betul, kami berpelukan bersama2 n menangis bersama2. Mak aku mintak maaf kat aku jugak. Xpernah dia mintak maaf kat aku selama ini.. n aku cukup terharu n sangat berterima kasih atas apa yg mak dah lakukan pada aku selama ini. Kami beriringan keluar dari surau dan aku sentiasa memegang tangan mak aku.. Aku terasa betapa sukarnya mak hendak melepaskan aku pergi... Bersabarlah mak, anakmu nie bukannya hendak pergi berperang atau berpesta tapi untuk menunaikan kewajipan rukun islam dan ingin mencari ketenangan jiwa serta membersihkan segala dosa dan juga hendak menjadi orang yg solehah.. Aminn. Itulah niat aku yg sebenarnya..

Penerangan dan doa dibacakan oleh ustaz shariff sebelum berangkat. Shahdu betul waktu tue. Aku dah nak meninggalkan bumi Malaysia nie dan juga my family.. Mak aku menegur makcik zaini supaya tolong tengok2kan aku.. risau agaknya mak aku tue.. Jangan bimbang ler mak, anak mak nie kan dah biasa jalan sorang2… Dalam aku duk sembang2 ngan family aku, anak makcik mazni menegur aku, meminta aku menjaga ibunya yg dah tua. Aku tengok mukanya cam risau jee… Aku bagitau ngan dia, jgn risau ler, aku akan jaga mak nya selagi aku terdaya… barulah aku tengok mukanya cam happy skit.. yer ler, anak mana yg xrisau kat ibunya yg dah berusia pergi sorang2 tanpa ditemani sesiapa…. Macam2 rasa pun ada agaknya..

Akupun melangkah meninggalkan mtb menuju ke satellite bersama2 dengan group aku seramai 21 orang yg aku xkenal… Maka bermulalah perjalananku… ke destinasi yg pertama iaitu ke Eqypt, Mesir. Aku naik flight Egypt Air. Besar gak dalam flight nie.. aku dapat duduk kat tepi tingkap berhampiran dengan sayap. Aku tertanya-tanya, sapa la duk sebelah aku agaknya… sedang aku duk berfikir, tiba2 ader le sorang mamat nie,landing kat sebelah aku! alamak aku duk ngan lelaki plak.. orang asing plak tue.. Adoiii, seram sejuk aku rasa.. macam2 rasa pun ader… gelisah xtau nak kata perasaan aku ketika itu. Hanya Allah saja jer yg tahu. Dia senyum kat aku. Xkan aku xbalas plak! Mamat dari Sudan aku rasa (dia ada bagitau aku tp aku dah lupa laa) Badannya besar plak. Dahla tu, bedozernya termasuk plak border dia kat aku.. aku plak terpaksa himpit kat dinding.. Dalam hati aku, xder ker org nak tukar sit ngan aku.. Dia ajak borak plak ngan aku… dia bagitau dah lama merantau sejak umur dia 16 tahun. Boleh plak bercakap dalam 3 bahasa, bahasa cina, arab n English. Aku tanya dia, bhs melayu reti cakap x? Rupanya dia xtau cakap BM laa… Budak sesangat dia nie. Nama dia pun aku dah lupa daa… Ahmad agaknya..

Ada laa satu citer nie, aku geram gak ngan dia, ader ker patut dia sentuh tangan aku masa aku nak ambik gambar sunrise masa transit jap kat india. Konon2nya nak adjust ler tang anklenya.. Sibuk jer… batal air sembahyang aku! Langsung aku xjadik ambik gambar. Malas aku nak layan lg mamat nie.. dah la aku sakit tekak, suara pun tenggelam timbul.. last2 aku bgtau dia aku sakit tekak n nak sleep… Dalam hati aku, bila laa nak sampai kat Egypt nie… Dah xtahan rasanya… rimassss aku.. Rupa2 dalam aku dok nak mengadjust sit aku tue, makcik mazni perasan ketidakselesaan aku.. Bila dah nak landing kat airport tue, sempat gak dia mintak email aku. Akupun bagiler. Dalam dok kalut2 nak berkemas nak turun tue, sempat gak dia menjeling beg aku. Bukannya aper, dekat beg aku tue ada tergantung keychain Taman Negara. Dari cara dia ushar tue, aku rasa dia nak keychain aku tuee… Aku bagi ler walaupun dia kata xpayah… Elehh, macam aku xtau peal dia tue.. last2 dia ambik gak keychain aku tuee… Malu tapi mahu plak..

Bila dah sampai di airport cairo, terpaksa plak mengisi form yg disediakan… leceh betul laa nak masuk Negara orang.. sian plak aku tengok makcik mazni nak mengisi form.. almaklumlah, orang tua, mata kan dah seakan2 kabur… tu yg susah sikit. Kat sini barulah aku nampak skit group aku… sebenarnya aku xler berapa perasan orang2 dalam group aku nie… Cuma makcik mazni je yg sentiasa bersamaku… amanah tue… Cantik gak ler airport cairo nie, lagik plak bersambung dgn shopping complex.. tp cantik n canggih lagi airport KLIA.. Bas dah tersedia menunggu diluar lobi airport. Sempat gak aku mengambil gambar sekitar airport. Aku duduk di sit depan dgn makcik mazni. Aku nie alergik sikit, xleh duduk sit belakang nanti pening n muntah kang..

Kami menginap di Delta Pyramids Hotel di tengah2 bandar. Suasana dibandar nie begitu sibuk dengan pelbagai pengangkutan termasuk gak keldai yg bersimpang siur beserta dengan irama hon yg menyanyi2 hingga ke pagi.. Dari bilik aku, terbentang beberapa buah pyramid yg menghiasi dari tingkap bilik tidurku.. Mak aii besar gak pyramid nie. Patutlah Firaun tue berasa megah dengan kekayaannya hinggakan dia terlupa siapa penciptanya..

Pada hari yg sama gak, kami di bawa melawat muzium kaherah.. Wah, pintu depannya terpampang batu berhala yg agak besar… Dari jauh dah nampak kelibatnya.. Guide kami iaitu seorang minah arab yg gebu (aku dah lupa namanya).. Yg aku ingat dia nie sentiasa memanggil group aku `kawannn’. Biasa laa kalau masuk muzium mana boleh ambik gambar, bawak kamera xper tapi kalau tertangkap masa ambik gambar, sendiri mau ingatt maa.. Mula2 dia bawak kita pie renung batu n citer kisah2nya… Lama plak dia bagi info pasal batu tue.. xkuasa aku nak layann.. Baik aku wat hal sendiri.. walaupun dia sentiasa memanggil mana2 geng aku yg tersasar ke tempat lain. Masa xbanyak tp info yg diberikan lama plak.. Macam2 ada dalam muzium nie, tapi yg aku suka tengok adalah tempat persemadian berbentuk jasad orang. Dalam bilik nie diperlihatkan barang2 kemas serta batu2 permata yg amat menarik. Patutlah firaun nie kaya raya. Sib baik aku xder barang macam niee kalau x, aku jual jer.. simpan pun xder guna, berat n besar sesangat.

Malam tue, kami dihidangkan dengan makanan yg lazat2 belaka cuma tekak masing2 yg mentafsirkannya… Air minuman disediakan didalam botol mineral, terpaksa berkongsi dalam empat orang atau 2 orang. Memang susah skit ler kalau nak minum air lebihh.. Aku, sebelum menjejakkan kaki disini, aku dah set mind aku, semua makanan yg aku bedal mesti sedap, terima seadanya kerana itu adalah rezeki yg Allah bagi pd aku.. Aku kena bersyurkur..

Malam tue aku tidur dgn nyeyaknya ditemani oleh makcik mazni n mak jah. Aku xtau ler pukul brapa aku bangun pagi tue, aku terasa urat saraf kaki aku seperti ditarik2 n aku meminta tolong dari makcik mazni. Rupanya2 kaki aku krem lerr.. tue ler lama sgt berjalan, xcukup rest. Tertumpah jugak ler air mata aku menahan kesakitan hinggakan mak jah pun terbangun.. kelam kabut mereka berdua mengurut kaki aku. Aku biasala ader ala2 manja skit maklumlah, aku kan yg termuda sekali antara mereka berdua. Rupa2nya makcik zaini pun kena gak tp xder ler seteruk aku. Mak jah ader gak nampak makcik mazni melilau2 kat dlm bilik tue, dia ingat makcik mazni mengigau.. kelakau betul ler.. tang aku tengah sakit2 tue plak wat citer kelakar.. Best gak sebilik dgn mereka berdua.

Aku nak citer skit keadaan suasana tempat tinggal aku… Cuaca disini semestinyalah panas terik n berdebu. Mungkin bertahun2 xhujan kot! Tapi waktu malam sejuk gak. Org2 disini semestinya peramah belaka.. Bandar nie kurang terurus dan trafficnya kureng skit ler.. tapi org2 disini semuanya bersabar kalau bab traffic. Aku fikir kalau berlaku kat malaysia, sah2 dah bergaduh n kena maki hamun.. tapi berlainan disini, pilot2 di sini penuh dengan kesabaran dan bersifat tolak ansur antara satu sama lain n pandai plak wat aksi ciluk menciluk walaupun kenderaan yg dibawaknya besar gedabak.. Yg bestnya, boleh plak buat aksi `Uturn’ sesuka hati dier jer walaupun jalan tue one way.. Xder plak kena saman! Polis pun jarang aku nampak.. Kelakar betul lerr. Itulah istimewanya bandar depa.
Rata2 aku tengok cara kehidupan orang disini serba kekurangan dari segi air, perparitan dan juga tempat tinggal. Rumah2 yg aku tengok kebanyakkannya xbegitu sempurna. Rekabentuknya hanyalah seperti kotak empat segi. Penuh dengan kedaifan. Ada rumah tapi tingkap kadang2 tidak berdaun. Aku tengok orang2 disini dgn selambernya menjaja barang makanan seperti roti ditempat yg agak kotor. Boleh plak depa makan dgn keadaan yg macam tue… aku ingat perut rakyat negara nie dah alah kott.. Lagik satu, aku xpernah nampak plak budak2 pie sekolah. Xtau ler kalau ari tue depa cuti sekolah… dan aku xnampak sekolah rendah kat sini.. Anak2 kecil kelihatan seperti tidak terurus. Ada plak tue, depa boleh plak berbaring n berkelah serta berekreasi di tengah2 border jalan yg agak besar. Anak2 kecil berlarian berkejaran di tempat yg serba kekurangan. Kesian aku tengok depa. Dalam hati aku, sesungguhnya aku amat bersyurkur berada dibumi Malaysia yg penuh dengan kemewahan.


Kami semua dibawa melawat tempat bersejarah iaitu pyramid yg menjadi kemegahan rakyat mesir. Suasana disini panas n berdebu. Terdapat juga bongkah2 batu yg hamper pecah di sudut pyramid. Macamanalah manusia zaman tue mengangkat batu2 yg agak besar. Agaknya mereka gunakan sihir kot. Disetiap buah pyramid ada penjaganya yg setia berdiri ditengah2 panas terik matahari. Kebal betul kulit depa. Kami dibawa juga melawat ke tempat penjualan kraftangan yg dibuat daripada pokok pyparus dan hasilnya dijadikan sehelai kertas yg agak keras dan tahan lasak. Dalam perjalanan pulang menuju ke hotel, kami sempat singgah lagik tempat menjual minyak wangi. Aku xmasuk kedai tue sbb aku xsuka bau minyak wangi yg boleh membuatkan aku fening kepala. Aku lepak jer kat dalam bas. Lama gak aku menunggu depa. Rupa2nya ader citer disebalik kelambatan mereka. Mak boy iaitu macik zakiah pengsan dikedai tue. Mungkin terlalu banyak sangat mencium minyak wangi kot! Sib baik aku xmasuk, kalau x dengan aku sekali pengsan.. Sapa plak yg nak mengangkat aku yg agak berat nie.. he he

Banyak lagi ler tempat menarik yg aku lawati. Masjid pun ader gak.. tiap2 masjid yg dilawati mesti ader tukang jaga kasut n tabung masjid. Kadang2 ada gak budak2 yg meminta sedekah dipintu masjid. Dan ada gak penjaga ditempat mengambil air wudhuk meminta wang untuk didermakan, secara paksa plak tuee.. Aku kadang2 bagi gak kalau ader duit kecil. Kami juga dibawa membeli belah disekitar pasar yg berhampiran dengan masjid. Tempat solat wanita punyalah ramai sampai terpaksa berhimpit2. Kalau nak ambik air wudhuk kena berjalan jauh plak nun jauh dihujung masjid. Aku xjadik solat kat masjid nie. Hanya mak jah jer yg solat kat situ. Yg lain solat kat hotel macam aku gak. Kat sini pun ader citer gak, lagik sekali makcik zakiah fening n muntah2 semasa menunggu diruang legar masjid. Aku nie pun alergik jugak, kalau tengok orang muntah akupun ikut serta. Tapi aku cuba tahan. Malu beb! Kang jatuh plak saham aku..

Berbeza plak dengan penduduk di Bandar Alexandra. Tersergam indah dgn bangunan2 pencakar langit. Yg peliknya tentang penduduk Alexandra, mereka bermandi manda dan bercanda dipesiran pantai ketika panas terik matahari. Punyalah ramai umat manusia beriadah ditepian pantai. Macam pesta plak. Memang kebal betul kulit depa.

Ada gak kami lepak jap kat tebing laut mediterranean sambil menghirup udara segar di sana. Pelbagai cenderamata dijual disitu tp satupun aku xbeli. Simpan duit lerr.. Kami singgah makan jap berhampiran pantai… lauknya memang favorite aku, seafood sehingga menjilat jari.. sedapp tuee.. Aku tengok makcik mazni makan sungguh berselera. Yg aku xleh tahan tue, ketam tue abis dimamahnya n hancur lebur.. Aku plak memang xpandai makan ketam, terkial2. Selepas makan perjalanan diteruskan ke penginapan kami di cairo.. n dalam bas zzzzzz. Trip 3 mlm 4 ari memang santai lerr.. seterusnya perjalanan diteruskan menuju ke Mekah Al-Mukaramah..