Wednesday, November 19, 2008

Buat Renungan - Ketentuan Ilahi


Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..


Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. & Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


"Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
Petikan di atas membuatkan jiwaku tenang, aman dan damai. Sesungguhnya aku bersyurkur di atas apa yg Allah kurniakan kepadaku... Mungkin ada hikmah disebaliknya...

Di petik dari laman web yg berkaitan.

Tuesday, November 18, 2008

Kenduri aqiqah & doa selamat (15 & 16 Nov 08)

Ahad lepas, family aku wat kenduri 2 in 1. sempena aqiqah tuk anak2 buah aku n doa selamat untuk adik aku si hisyam masuk jawi. Tumbang gak lembu seekor. Acara masak memasak terpaksa menumpang dirumah makcik mah depan rumah sbb rumah aku xcukup besar utk menampung keperluan semasa. Acara gotong royong dilakukan pada hari sabtu bermula dari tengahari hinggalah ke malam di sambung pulak hingga ke hari ahad pagi. Acara potong memotong daging dimulakan pada waktu tengahari seramai 4 orang termasuk jiran aku sorang. Yg lain tu semuanya adik beradik aku. Aku tukang basuh daging. Aku basuh plak sorang2, ingatkan nak basuh ngan abang jue tp jari dia plak luka sbb kena pisau masa potong daging. Terpaksa lah aku wat sorang2. Sakit urat tulang belakang aku hingga ke hari nie belum pulih lagik. Penat weh..

Kenduri diadakan selepas solat zohor. Ramai gak yg datang. Menu plak ari tue ada daging masak kari, sup tulang, nenas masak lemak ikan masin, ulam-ulaman, arca, sambal belacan, sambal kicap dan air sirap. Tak sangka plak, licin lauknya.. Paling cepat abis, sup tulang, licin tinggal kuah je berserta ngan tulang semata-mata. Masak lemak nenas ikan masin pun abis gak. Kesian plak kat depa yg datang lambat. Terpaksalah aku tambahkan menu telor dadar. Kelakar plak rasanya... Aku sendiri pun xsempat nak merasa gulai nenas masak lemak ikan masin.. terliur gak tapi apakan daya den banyak keje waktu tue.. xsempat nak makan.. Kempunan pun ader gak..

Acara kemas mengemas dilakukan pada petang tue jugak.. aku xikut serta sbb pinggang aku dah nak patah... aku rest jap.. Malam plak ader gak yg datang. Aper nak buek trima ajer laa... cam kenduri kahwin plak... sampai ke malam.... Kul 10pm baru selesai.. Kat dapur tue masih byk lagik pinggang mangkuk nak kena basuh... waa tension den.. aku cakap kat mak, esok je lah basuh lepas keje..

Monday petang plak nak kena hantar periuk belanga n pinggang mangkuk kat surau. Berkejar aku balik petang tue.. Sampai rumah kul 6.15pm. Adik2 aku sedang angkat barang2 semua masuk dalam kereta. Xsempat aku nak rest n bernafas, barang2 terpaksa diangkut gak dlm kete aku. Hampir kul 6.45pm baru selesai... Penat wehh...


Alhamdulillah, semuanya berjalan ngan lancar dan bersistematik.. Lain kali bila nak diadakan kenduri, kena ambik cuti, baru urat belikat sempat nak rest...

Tuesday, November 4, 2008

Ayah Aku Wat Drama 27 oktober

Alkisah nak dijadikan citer, pagi ahad tue, ayah aku nak pi mandi air terjun di hulu langat dengan adik aku apis. Entah macam mana, adik aku si apis tue lambat plak bersiap2 untuk berangkat ke air terjun tue. Agaknya ayah aku dah bosan menunggu, diapun mandi dan memakai baju jalan tapi bukannya untuk ke air terjun tapi nak gi ke KL. Aku ingatkan ayah aku buat lawak, rupa2nya dia memang nak pie ke KL. Masa tue mak aku tengah sidai baju, dia nampak ayah aku gi ke bus stop tuk ke KL. Mula2 mak aku biarkan jer, ingatkan dia xbrani, tp ayah aku nekad gak nak pie jugak. Mak akupun pi ler tengok ayah kat bus stop dan pujuk dia supaya takyah gi ke KL, tunggu anaknya hantar lepas solat zohor, tp ayah aku xnak. Dia kata anak2nya xmau jalan ngan orang tua. Ada ka bapak aku cakap cam tue.. Issh issh kecik aku aku...

Puas mak aku pujuk tp ayah aku xmakan dek saman, dia naik gak bas ke KL. Mak aku balik n bagitau kat aku. jom kt pi tengok ayah ko kat puduraya. kot2 lah jumpa dia kat situ. Mak aku bimbang takut ayah aku hilang.. Mak aku kata tinggi betul ego ayah ko tue.. xdimakan nasihat.. aku cakap kat mak aku, biarlah ayah tue testing gi ke KL sensorang, dia kan ego, biarlah dia layan ego dia tue.. Mak aku marah lak kat aku.. ko tue aper tau.. kang ayah ko jatuh ker, pergi tempat lain ker, mana nak carik.. Lepas tue aku bagitau kat mak aku, kalau ayah aku berjaya gi ke KL jumpa ngan kawan dia tue camno plak? Mesti dia megah. Mak aku aku kata, kt wat diam jerlahh...

Maka dengan penuh sedikit kemalasan, aku pun pi ler bawak mak aku ke hentian puduraya dgn ditemani adik aku zizi n anak buah aku yazid. Pada mulanya adik aku si zizi tue xmau ikut. Amboi2 cantik punya perangai adik aku si zizi nie.. aku kata xkanlah nak suruh mak pulak yg nak pi carik ayah kat hentian puduraya tue, nanti mak pulak yg hilang.. masuk pintu lain keluar pintu lain plak.. ko tue xper laa sbb lelaki, boleh gak merayau2 kat dalam tue.. bila dia dah kena basuh ngan aku, dgn pun ikut serta gak carik ayah aku...

aku tinggalkan zizi kat puduraya, aku parking jap kat cahaya suria depan A&W. Mujur xder polis, kalau x, xtau nak parking kat mana... Sedang dok tunggu zizi carik ayah, mak aku melilau2 ler kat luar keter, kot laa ternampak kelibat ayah aku.. pada mulanya mak aku ingat dia ada ternampak kelibat ayah aku, tapi salah orang. Baju jer sama tp xserupa. aku nampak mak aku dalam keresahan. sian jugak aku kat mak aku.. Aku trima msg dari zizi mengatakan dia xjumpa ayah lg. aku ckp ko dtg jer lah kat A&W tepi jalan nie.. Kita tunggu ayah kat Masjid Jamik. Sedang dok tunggu zizi, mak aku jerit kat, da, da, cepat2, ayah ko ada dekat sebalik bas tue.. Mak aku excited nak gi kejar bapak aku, tp aku halang.. Biar lah da yg pie mak.. mak tunggu kat dalam keter jer.. aku pun pi ler mencari ayah aku di sebalik bas2 tue... aku mengintai2, tp xder plk kelibatnya... jgn2 mak aku nampak cam ayah aku kott.... Dalam dok aku melilau2 tue, aku ternampak ayah aku baru keluar dari puduraya melalui jalan bas... dia baru je nak lepak kat tepi tue.. aku pun aper lagik, pi ler kat dia. Aku rasa ayah aku xperasan kot, aku kat situ. Aku bagitau kat ayah aku, lain x, jgn ikut sini, sini xder teksi, ayah kena ikut sebelah sana, kat sana ader teksi. xkan aku nak marah lak ayah aku, so aku bagitau ler kat mana senang nak carik teksi. Nanti lainkali dia tau ler... aku ckp kat ayah aku, cepat ler kita pi kat kete, sbb ada polis kat situ, xleh parking lama2.. sebenarnya aku tipu je ayah aku sbb nak suruh dia cepat gi kat keter. Mula2 dia malas gak nak pie. dia cakap nak lepak dulu kat sini. Aku pun pujuk lagik. Masa nak berjalan tue, aku pegang lengan ayah aku, dia marah plak. xyah pegang2, dia tau jalan sendiri. Aku pun lepaskanlah lengan ayah aku tue.. tp aku perhatikan gak dia, kang lari plak... susah plak aku.. aku bawak ayah aku jumpa mak aku kat parking keter A&W. Aku tengok mak aku berasa lega... alhamdullah, jumpa gak ayah ko kat puduraya nie... kalau xjumpa susah nanti, masuk paper plak... tue ler citer serba sedikit kisah ayah aku yg merajukkk...

moral of the story, aku sebagai anak harus menjaga hati n perasaan bapak aku walaupun hati aku dilukai olehnya kerana aku xtahu lagik bagaimana kehidupan aku dihari tua nanti mungkin lebih teruk lagik ataupun sebaliknya. mudah2an aku bila aku tua nanti aku x menyusahkan sesiapa.