Tuesday, November 4, 2008

Ayah Aku Wat Drama 27 oktober

Alkisah nak dijadikan citer, pagi ahad tue, ayah aku nak pi mandi air terjun di hulu langat dengan adik aku apis. Entah macam mana, adik aku si apis tue lambat plak bersiap2 untuk berangkat ke air terjun tue. Agaknya ayah aku dah bosan menunggu, diapun mandi dan memakai baju jalan tapi bukannya untuk ke air terjun tapi nak gi ke KL. Aku ingatkan ayah aku buat lawak, rupa2nya dia memang nak pie ke KL. Masa tue mak aku tengah sidai baju, dia nampak ayah aku gi ke bus stop tuk ke KL. Mula2 mak aku biarkan jer, ingatkan dia xbrani, tp ayah aku nekad gak nak pie jugak. Mak akupun pi ler tengok ayah kat bus stop dan pujuk dia supaya takyah gi ke KL, tunggu anaknya hantar lepas solat zohor, tp ayah aku xnak. Dia kata anak2nya xmau jalan ngan orang tua. Ada ka bapak aku cakap cam tue.. Issh issh kecik aku aku...

Puas mak aku pujuk tp ayah aku xmakan dek saman, dia naik gak bas ke KL. Mak aku balik n bagitau kat aku. jom kt pi tengok ayah ko kat puduraya. kot2 lah jumpa dia kat situ. Mak aku bimbang takut ayah aku hilang.. Mak aku kata tinggi betul ego ayah ko tue.. xdimakan nasihat.. aku cakap kat mak aku, biarlah ayah tue testing gi ke KL sensorang, dia kan ego, biarlah dia layan ego dia tue.. Mak aku marah lak kat aku.. ko tue aper tau.. kang ayah ko jatuh ker, pergi tempat lain ker, mana nak carik.. Lepas tue aku bagitau kat mak aku, kalau ayah aku berjaya gi ke KL jumpa ngan kawan dia tue camno plak? Mesti dia megah. Mak aku aku kata, kt wat diam jerlahh...

Maka dengan penuh sedikit kemalasan, aku pun pi ler bawak mak aku ke hentian puduraya dgn ditemani adik aku zizi n anak buah aku yazid. Pada mulanya adik aku si zizi tue xmau ikut. Amboi2 cantik punya perangai adik aku si zizi nie.. aku kata xkanlah nak suruh mak pulak yg nak pi carik ayah kat hentian puduraya tue, nanti mak pulak yg hilang.. masuk pintu lain keluar pintu lain plak.. ko tue xper laa sbb lelaki, boleh gak merayau2 kat dalam tue.. bila dia dah kena basuh ngan aku, dgn pun ikut serta gak carik ayah aku...

aku tinggalkan zizi kat puduraya, aku parking jap kat cahaya suria depan A&W. Mujur xder polis, kalau x, xtau nak parking kat mana... Sedang dok tunggu zizi carik ayah, mak aku melilau2 ler kat luar keter, kot laa ternampak kelibat ayah aku.. pada mulanya mak aku ingat dia ada ternampak kelibat ayah aku, tapi salah orang. Baju jer sama tp xserupa. aku nampak mak aku dalam keresahan. sian jugak aku kat mak aku.. Aku trima msg dari zizi mengatakan dia xjumpa ayah lg. aku ckp ko dtg jer lah kat A&W tepi jalan nie.. Kita tunggu ayah kat Masjid Jamik. Sedang dok tunggu zizi, mak aku jerit kat, da, da, cepat2, ayah ko ada dekat sebalik bas tue.. Mak aku excited nak gi kejar bapak aku, tp aku halang.. Biar lah da yg pie mak.. mak tunggu kat dalam keter jer.. aku pun pi ler mencari ayah aku di sebalik bas2 tue... aku mengintai2, tp xder plk kelibatnya... jgn2 mak aku nampak cam ayah aku kott.... Dalam dok aku melilau2 tue, aku ternampak ayah aku baru keluar dari puduraya melalui jalan bas... dia baru je nak lepak kat tepi tue.. aku pun aper lagik, pi ler kat dia. Aku rasa ayah aku xperasan kot, aku kat situ. Aku bagitau kat ayah aku, lain x, jgn ikut sini, sini xder teksi, ayah kena ikut sebelah sana, kat sana ader teksi. xkan aku nak marah lak ayah aku, so aku bagitau ler kat mana senang nak carik teksi. Nanti lainkali dia tau ler... aku ckp kat ayah aku, cepat ler kita pi kat kete, sbb ada polis kat situ, xleh parking lama2.. sebenarnya aku tipu je ayah aku sbb nak suruh dia cepat gi kat keter. Mula2 dia malas gak nak pie. dia cakap nak lepak dulu kat sini. Aku pun pujuk lagik. Masa nak berjalan tue, aku pegang lengan ayah aku, dia marah plak. xyah pegang2, dia tau jalan sendiri. Aku pun lepaskanlah lengan ayah aku tue.. tp aku perhatikan gak dia, kang lari plak... susah plak aku.. aku bawak ayah aku jumpa mak aku kat parking keter A&W. Aku tengok mak aku berasa lega... alhamdullah, jumpa gak ayah ko kat puduraya nie... kalau xjumpa susah nanti, masuk paper plak... tue ler citer serba sedikit kisah ayah aku yg merajukkk...

moral of the story, aku sebagai anak harus menjaga hati n perasaan bapak aku walaupun hati aku dilukai olehnya kerana aku xtahu lagik bagaimana kehidupan aku dihari tua nanti mungkin lebih teruk lagik ataupun sebaliknya. mudah2an aku bila aku tua nanti aku x menyusahkan sesiapa.

1 comment:

Norizan N Littlechild said...

Memang ayah awak kelakar. Anak dia je yg ..... tuuuut.... Zu, jgn mare.