Tuesday, November 18, 2008

Kenduri aqiqah & doa selamat (15 & 16 Nov 08)

Ahad lepas, family aku wat kenduri 2 in 1. sempena aqiqah tuk anak2 buah aku n doa selamat untuk adik aku si hisyam masuk jawi. Tumbang gak lembu seekor. Acara masak memasak terpaksa menumpang dirumah makcik mah depan rumah sbb rumah aku xcukup besar utk menampung keperluan semasa. Acara gotong royong dilakukan pada hari sabtu bermula dari tengahari hinggalah ke malam di sambung pulak hingga ke hari ahad pagi. Acara potong memotong daging dimulakan pada waktu tengahari seramai 4 orang termasuk jiran aku sorang. Yg lain tu semuanya adik beradik aku. Aku tukang basuh daging. Aku basuh plak sorang2, ingatkan nak basuh ngan abang jue tp jari dia plak luka sbb kena pisau masa potong daging. Terpaksa lah aku wat sorang2. Sakit urat tulang belakang aku hingga ke hari nie belum pulih lagik. Penat weh..

Kenduri diadakan selepas solat zohor. Ramai gak yg datang. Menu plak ari tue ada daging masak kari, sup tulang, nenas masak lemak ikan masin, ulam-ulaman, arca, sambal belacan, sambal kicap dan air sirap. Tak sangka plak, licin lauknya.. Paling cepat abis, sup tulang, licin tinggal kuah je berserta ngan tulang semata-mata. Masak lemak nenas ikan masin pun abis gak. Kesian plak kat depa yg datang lambat. Terpaksalah aku tambahkan menu telor dadar. Kelakar plak rasanya... Aku sendiri pun xsempat nak merasa gulai nenas masak lemak ikan masin.. terliur gak tapi apakan daya den banyak keje waktu tue.. xsempat nak makan.. Kempunan pun ader gak..

Acara kemas mengemas dilakukan pada petang tue jugak.. aku xikut serta sbb pinggang aku dah nak patah... aku rest jap.. Malam plak ader gak yg datang. Aper nak buek trima ajer laa... cam kenduri kahwin plak... sampai ke malam.... Kul 10pm baru selesai.. Kat dapur tue masih byk lagik pinggang mangkuk nak kena basuh... waa tension den.. aku cakap kat mak, esok je lah basuh lepas keje..

Monday petang plak nak kena hantar periuk belanga n pinggang mangkuk kat surau. Berkejar aku balik petang tue.. Sampai rumah kul 6.15pm. Adik2 aku sedang angkat barang2 semua masuk dalam kereta. Xsempat aku nak rest n bernafas, barang2 terpaksa diangkut gak dlm kete aku. Hampir kul 6.45pm baru selesai... Penat wehh...


Alhamdulillah, semuanya berjalan ngan lancar dan bersistematik.. Lain kali bila nak diadakan kenduri, kena ambik cuti, baru urat belikat sempat nak rest...

No comments: