Monday, October 16, 2017

XPDC Mendaki Gunung Tahan
13 – 21 September 2014 Plus 22 & 23 September 2014

Situasi 1
Entahlah, akupun xtau lagi nak pi ke tak xpdc tahan ni.  Macam berat skit ditambah dgn kekurangan stamina plus onkos xbrapa nak ada. Dgn lulut aku dah longgar ni. Boleh ke aku daki lagi nie.. perasaan berbelah bagi.  Ditambah pula salah seorang rakan xpdc x dpt join xtvt ini utk selamanya menambahkan lgi stress dan aku hampir xdpt mengikuti xpdc ni.. Wan@Awey telah pergi selamanya pada tanggal 12 september 2014 akibat mengalami kemalangan yg meragut nyawanya. Allah lebih sayangkannya. Al-fatehah.

Situasi 2
Abg jue tanya aku, nak pi ke xnak ni. Orng dah ler x cukup. Dah tinggal 6 org dah. Belum kira aku lagik.  Kalo tambah aku baru cukup 7 orang. Dia harap aku join ler xpdc ni.  Aku kata, aku dah x bersemangat nak pi tahan. Dia ckp kt pie nie kerana bawa semangat aruah si wan jer. Nanti bila sampai puncak, kt buat tahlil utknya.  Kini bila dikira aku, maka genaplah 7 orang semuanya terdiri dari Abg. Jue, Sifu, Anuar, Abu, Lela, Amelia n aku ler. Dah xder org nak join group kami.  Masa mula2 tu ada gak yg nak tumpang group kami, tp last minutes, cancel. Hampeh betul. Perjalanan dijangkakan selama 9 hari sahaja. Katanya trecking santai-santai. Hrmm kt tengoklah macam mane santainya…
Bermulalah episode seterusnya….

12/9/2014 (Jumaat Mlm)
Bermulanya keberangkatan pd tanggal 12 sept., jam 9.30 pm, kami berkumpul di hentian bas putrajaya. Semua dah berkumpul disitu dgn beg masing-masing dah macam porter.  Aku pung xmau mengalah, beg aku pung cam porter gak.. berlagak sungguh, bila angkat beg, berat bangat, rasa cam xterdaya kudratku.  Belum lg dicampur dgn barang2 group. Aduh, rasa menyesal dah xguna. Xder sape nak aku jadikan BFF aku nti kat belantara. Nasir oo nasir, dimana ko.. aku xder back-up ni.. time nie ler aku teringat kat si nasir tu. Selalunya dialah yg jd BFF aku.. Nampak gayanya terpaksalah aku bawak diri sendiri. Nak harapkan abg aku, jgn berangan sama sekali. Rasuahlah aper pun xkan menjadi punya. Kebalnya xdpt aku tembusi.. aku selalu tewas dgnnya.. waduh!

Bas yg dinanti sampai dlm lebih kurang jam 10 pm. Masing2 mengangkut beg dan barang2 keperluan yg dibungkus dlm plastic.  Masing2 mengambil tempat duduk. Aku duduk ngan lela@angah.  Penat seharian dipetang tadi membuatkan masing2 melayan diri sendiri sambil mata tertutup rapat..  Tup-tup dah sampai dihentian rehat merapoh.. ahh sekejapnya dah sampai. Laju betul si driver bas ni bawak. Cam nak race. Driver tue kata xboleh berhenti di tempat yg diminta sbb jalan tue sempit dan tak sehsuai utk bas yg besar ni.  Maka dgn berat hati, kami semua mengeluarkan beg memasing dari kamarnya. Abg jue dgn tugas sebagai ketua staff, menelefon rakannya yg bertugas utk membawa kami semua ke jab. Perhilitan Merapoh.  Lebih kurang jam 2.30 am, kami berangkat menggunakan land rover menuju ke destinasinya.. Sampai di jab. Perhilitan, kekononnya nak tidur di rumah rehat perhilitan tp hampa disebabkan tidak menempah awal2. Kekononnya nak terjah kot, tp akhirnya tidur di pondok rehat.. so layan jer la sebelum bulan berlabuh dan mentari muncul kembali.. zzzz

13/9/2014(Sabtu) – Merapoh ke Kem Kor – target jer tue
Lebih kurang jam 6.00 pg, masing2 dah bangun menunaikan solat subuh n mandi. Sape xmandi pagi tue memang rugilah.. segar bugar badan wpun airnya sejuk weh.. persiapan mengisi perut dan beg telah dilakukan.  Masing2 dah berangkat ke tempat pendaftaran jab. Perhilitan utk declare barang2.  Aku tengok barang aku pun dah nak muntah. Overload. Xder sape nak nolong adjustkan bag aku nie.. Masing2 dah bersemangat nak declare barang. Kira punya kira, tisu basah dirampas. X boleh bawak. Dilarang sama sekali. Adoii, bila plak undang2 ni ditubuhkan. Aku xtau pung.. kes naya nie.. camne la nak membasuh ni bila air xder.. Masing2 tisu basah dirampas tanpa belas ehsan.. Cuma boleh pandang jer tisu yg telah dilonggokkan.. banyak weh tisu basuh tue ditinggalkan. Sedekahkan jelah kat renjer di situ.. buat amal kebajikan.
Setelah selesai aku declare barang, tibalah giliran si angah@lela. Nak tergelak pung ader gak tgk dia declare barang.  Sampaikan plastic gula2 pung dikiranya. Udahnya si angahlah juara declare plastic terbanyak.. aperlah ko angah, pandai2lah cilok skit.. bendul jer ko nie, xder bengkok langsung! Dia kata mana tau, sbb xpernah lagi daki gunung tahan.. Soo, pandai2lah dier menyimpan plastic tue utk di declare nti bila dah keluar nti.. haru betul si angah nie.. aku pung silap gak, xngajar dia cara2 nak menyilok.. aku ingatkan dia dah terror… rupa2nya dia masih mengikut jalan yg lurus tanpa ader short cut.. Moralnya si angah, belajarlah dari pengalaman.. kerana pengalaman mendewasakan kita.. layann..

Sebelum bertolak kami semua telah dikumpulkan di ruang lobi jab. Perhilitan untuk mendengar taklimat dari pihak renjer di situ.  Renjer di situ telah memperkenalkan semua guide yg bertugas ketika itu termasuklah group dari pihak lain.  Dalam dok kusyuk mendengar taklimat, tetiba si sifu menyampuk aku.. woi eda, ko perasan x, guide yg sorang tu yg pernah tinggalkan kt dulu.  Akupun dengan taksubnya mencari si gerangan yg curang suatu ketika dulu…. betul ke dia sifu? Aku rasa bukan kot.. sbb yg dulu tu nampak cam kurus jer n pakai kopiah.  Yang ni plak xder pakai kopiah.. konfius aku.. sifu kata memang dier la.. namanya nan kan.. aku kata xsalah aku namanya nan ler.. kalo betullah si dia tue, mmg aku marah sesangat, rasa cam berapi-rapi…   nti kena siasat siapa dia tue.. betulkah si dia nan yg curang dulu @ mungkin orang lain…

Setelah semuanya selesai sudah dan telah mendengar taklimat dr pihak renjer,.. maka kami beramai2 menaiki landrover yg telah disediakan utk dihantar ke Sg. Relau for first starting point.  Jam dah menunjukkan hampir tengahari.  Ader yg dah buka bekal yg dibawa bgi mengalas perut yg dah menyanyi. Aku masih lagi menyimpan bekal sbb aku rasa cam xlarat jer nak sarap lepas tue trekking, boleh semput woh.  Perjalanan diteruskan selepas diberi taklimat oleh guide kami iaitu En. Osman dan juga CEO xpdc, en juerizal. Pesannya, ingat org dibelakang, jgn jalan lelaju.  Berhenti bila ada kem site. Itulah pesanan dari CEO xpdc. So sesape yg dah sampai dulu tue, kenalah tunggu group akhir punch card, barulah diputuskan samada utk on atau tidak. Aku tengok guide ni boleh dibawak bersengkokol. Muka alim n nampak pemalu skit.  Senyum pun ala-ala lelaki sikumbang di taman larangan.  Kt tengok jer persembahan dia pada hari pertama. Masuk air ke tak si guide nie.. jom layann

Perjalanan diteruskan dgn melalui jambatan gantung dan disertai meredah sungai yg entah berapa kali.  Trek masih lg landai diselang seli dgn rimbunan pohon-pohon cemara. Indahnya ciptaan yg Maha Kuasa. Subhanallah.

Perjalanan masih lagi dlm group dan tanpa disedari lama kelamaan group berpecah kpd 3 bhgan wpun orangnya xramai mane pung. Si Emi dan abu dah lesap entah dimana bersama guide. Pantas mereka berjalan mcm lipas kudung.. Eleh, aku dulu pung masa muda2 pun pantas gak, cuma skrg jer lemah gemalai, tue yg buat aku begitu santai. Group akhir disertai oleh jue, sifu dan anuar.  Aku dgn lela. Berdua lebih baik.. ha ha..

Perjalanan diteruskan sehinggalah sampai di kem site pertama iaitu di pertengahan kuala juram dan lata luis.  Aku tengok emi, abu n guide telah sampai dan lepak diseberang sungai. Aku pung dah lupa nama kem site nie.  Sambil menunggu geng di belakang, aku membuka bekal yg dibawa sambil merenung air yg mengalir deras. Layan blues skjp.

Jam menunjukkan dah hampir petang, tp group yg dibelakang masih lgk belum muncul2. Sedang melayan perasaan, tiba2 hanya anuar sahaja yg muncul dicelah2 pohon.  Jue n sifu masih lagik tidak kelihatan. Anuar memberi penjelasan bahawa si pendaki tegar kt iaitu en. Sifu xdpt nak meneruskan perjalanan secepat mungkin akibat beg overload plus otot2 sifu pung dah kejang.  Akibat terlalu lama menunggu, si gagah perkasa, en abu pergi merescue mereka tanpa banyak halangan. Wah! wa salute lu la abu.

Dalam hati aku berkata2 dgn niat jahatnya..kalo sifu xlarat, kemungkinan besar boleh kem site disini. Ader peluang boleh rest awal.. mintak2lah si sifu dah xlarat.. he he..  Sedang aku berangan-angan kosong, tetiba keluarlah si gagah perkasa dgn membawa beg si sifu.  Si sifunya aku xnampak lagik nie. Entah dimana dia berada, jauh lagikah atau dah hampir dgn kem site.. Si gagah perkasa memberitahu bahawa si sifu dah x larat nak berjalan.  Maka dgn rela hati, si guide men survey tempat utk kem site yg pertama.  Nampak gayanya, memang kena kem site di sini.  Yahoo.. bestnya. Dah boleh rest awal. Cuma kena tunggu CEO datang dulu, samada kemsite di sini atau meneruskan perjalanan. Aku harap sifu pewaii.. waa.. jahatnya aku..  

Disebalik angan2ku berlangsung, maka keluarlah dari celah2 pohon, kelibat jue dan kemudian tak lama selepas itu barulah sifu muncul.  Aku tengok sifu mcm dah serender.. Dah xlarat la tue.. ader chan nii.. he he .. Setelah mereka berdua menyeberangi sungai, jue dgn gagah perkasanya tanpa penat lelah menservey tempat utk melabuhkan tirai bersama-sama dgn guide.  Aku cuma menjadi pemerhati. Xkuasa aku nak join depa pi servey.. Mengenangkan sifu yg dah xberupaya utk mengangkat kakinya, maka dgn segala hormatnya dipersilakan semua team group memacak khemah di tempat yg telah diwartakan.  Waa dpt jgk rest awal. Boleh relax2 n mandi2 lg.  Besh oooo… Tempat kem site ni hanya team kami shja yg berkhemah.  Maka diistiharkan tempat ini kami yang punya… boleh buat sesuka hati! Horey

14/9/2014 (Ahad) Kem Persimpangan ke Kem Kor Jer
Mengukur keadaan tahap perjalanan peserta yg terakhir, maka diputuskan target hanya ke kem site di Kem Kor shja. Masing2 dah bersemangat utk meneruskan perjalanan yg memeritkan ditambah dgn beban yg teramatlah berat. Beg aku dah mcm terasa bawak batu bata jer.. Trek santai semalam menjadikan team kami selesa sedikit berbanding dgn trek yg akan dilalui sebentar lagi.  Baru jer nak mula menyusuri trek santai tetiba didapati trek yg hendak dilalui pacak x hingat.. boleh krem kepala lutut.. Adoiii.. pagi2 dah kena mendaki.. Sempot seh.. Perjalanan diteruskan dengan semangat yg masih lagi berbisa. Masing-masing mendaki dengan penuh kesabaran dan keimanan.  Semangat jitu masih kuat dlm diri setiap peserta.  Baru hari ke dua mungkin tidak terasa sgt keperitannya. Masih boleh lagi melayan dan melayari liku-liku kehidupan. 

Emi dan Abu macam biasa, kekuatan mereka tidak boleh dipertikaikan.. Sentiasa menjadi kapten dihadapan. Tiada siapa yg boleh mencatas kelajuan kuasa kuda mereka.  Aku sentiasa berada dibelakang mereka.  Perjalanan diteruskan sehinggalah keperhentian rehat iaitu ke kem site Lata Luis.  Setibanya aku dikem site Lata Luis, abu dan emi telah bersenang lenang sambil menikmati dan menghirup udara segar.  Aku dan lela menjadi team yg ke dua sampai di kem site lata luis.  Dan diikuti oleh team ke tiga iaitu Jue n Anuar.  Kelibat sifu aku xnampak lagi. Kali nie guide pula yg jadik sweeper si sifu. Disini kami berhenti sambil menunggu peserta akhir yg tidak muncul2. Mungkin sudah hampir 2 jam menunggunya. Suasana di kem Lata Luis lama kelamaan semakin sejuk.  Sambil menunggu ketibaan sifu, kami bersama-sama mempelajari serba sedikit berkenaan tumbuh2an yg diolahkan oleh en. Jue.

Dicelah-celah pohon yg rendang, si sweeper memerangkap guide telah menonjolkan dirinya dengan senyuman manisnya tanpa ditemani sifu. Pelik tp benar, kemana gerangannya si sifu nie.  Menurut cerita karut si guide, sifu semacam dah x larat mendaki. 3 @ 5 langkah mendaki, asyik tarik nafas sahaja.  Bukan itu sahaja, kakinya turut mengalami kekejangan otot. Tahap kesabaran guide akhirnya rapuh sedikit dengan meninggalkan sifu dibelakang tanpa belas ehsan.  Mentari masih lagik menyinar dan memancarkan suasana ceria di kem lata Luis.  Keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Kem Kor masih lagi di awangan.  Jue ingin melihat kesahihan stamina sifu samada boleh meneruskan perjalanan atau tidak ke kem kor.  Sambil kami borak-borak kosong, maka keluarlah sifu disebalik rimbunan dedaun dgn penuh kepewiraan.. Cam xcaya je aku tulis ayat nie.. he he

Setelah perbincangan dibuat, make perjalanan diteruskan ke kem Kor memandangkan jam sudah ke angka 3 petang.  Macam biasa, emi dan abu terus bergerak cergas tanpa menoleh kebelakang lagi. Aku pung teringin hendak mengikut rentak depa, tp lama kelamaan aku rasa perjalanan aku semakin mendatar tanpa disedari.. He he .. Aku, lela, jue n anuar adalah gerabak ke dua menyusuri trek ke Kem Kor manakala si sifu masih lagi berehat sambil melayan bluesnya bersama dgn guide.  Nasib ko la guide, kena back-up sifu. Xkanlah nak tinggalkan org tua tue sensorang kat belakang.. so ko layan jer laa… 

Mengikut kata-kata nesta guide, ada 2 group lg akan menyusuri ke Kem Kor dan berkhemah di situ.  Emi dan abu menggunakan gear lima utk sampai ke Kem Kor bgi mempajak tanah yg berkualiti utk dibuat tapak perkhemahan.  Perjalanan diteruskan sambil melihat-lihat keindahan alam semulajadi.  Suara ungas2 dan belalang kedengaran di cuping telinga.. Nie aku tipu jer.. mane ader dengar, sibuk dok layan trek yg semakin landai dan adakalanya mendaki sedikit.  Tanpa aku sedari, satu group dari team lain telah memotong perjalanan kami.  Maka acara potong memotong trek berlalu dgn pantas diikuti kami dibelakangnya.. Aku harap emi n abu telah membelanda tempat yg strategic utk kem site kami.  Akhirnya sampai jgk kami di kem Kor. Aku lihat emi dan abu telah memanja-manjakan diri di tepian sungai. Wah sungguh romantika mereka.. Team lain yg bersama-sama dgn aku td pung telah sampai dgn penuh bergaya dan gagah perkasa.  Aku namakan team nie Team Singh. Ada 2 ke 3 orang team depa sampai.  Masih lagi yg ada ketinggalan gerabak dibelakang.  Aku tengok team nie masih lg mencari2 tempat strategic utk pacak khemah.  Tiba2 ada satu lgi group telah sampai juga di kem kor. Ada lah dlm 2 ke 3 org yg baru sampai. Laju jugk depa speed sampai boleh potong team kami yg telah sehari perjalanan. Mereka pung dok survey tempat utk pacak khemah.  

Team kami tidak perlu bersusah payah mencari tempat strategic kerana abu telah mempajak tanah yg berkualiti utk kami melabuhkan tirai.  Kerja-kerja DBKL perlu dilakukan segera agar kawasan kami bebas dari segala penyakit.  Pemasangan fly perlu dilakukan segera kerana terdapat bibit-bibit jerat percintaan semakin hampir membasahi bumi.  Tanpa berlengah, kami semua mempersiapkan banglo idaman bg memenuhi keperluan peribadi kami.  Sebaik sahaja pemasangan fly telah siap, hujan rahmat telah turun mencurah2 tanda menyambut ketibaan kami.  Sambil menunggu hujan reda dan perut mula meraung-raung minta dibelai, cik emi dengan pantasnya telah menurunkan ilmunya utk memasak meggi kesukaan ramai.  Hujan masih lagi belum menampakkan kesudahannya.  Tetiba seorang dari group singh datang menerjah khemah kami.  Katanya mahu tumpang skjp utk melindungi diri dari titisan hujan. Suaikenal dimulakan olehnya sendiri. Demi semangat kesukanan, geng aku melayan singh dengn penuh kesopanan dan kesusilaan.  Hujan masih lgi turun dengan lebatnya.  Bebayang sifu n guide masih lg belum jelas kelihatan.  Dimanakah mereka agaknya.  Aku harap tiada apa2 yg berlaku pada sifu. Aku harap sifu tabah menghadapi perjalanannya pada kali ini tanpa mengenal erti putus asa.

Lebih kurang 1 jam, hujan telah melabuhkan tirainya. Angin sejuk menyapa diriku yg kecil molek ini.  Sambil berangan mengenangkan nasib yg tiba esok hari, sifu n guide telah sampai ke kem site.  Aku lihat sifu n guide masih lagi tersenyum kambing membariskan gigi2nya yg runcing wpun keletihan, jelas memperlihatkan jiwa maskulin mereka.. Dipintu masuk kem site, jelas kelihatan group ke 2 dan ke 3 telah memenuhi ruang legar Kem Kor.  Wahh, malam nie mesti ruih rendah.  Satu team dari group singh lebih kurang 10 orang dan satu lagi team lebih kurang 30 orang.  Aku dengar team nie adalah bakal cikgu2 terpilih. Seronok rasanya bila ada team lain yg bersama-sama mencari keindahan alam semulajadi tanpa memikirkan azab yg akan dihadapi kemudian hari.

Sedang kami dok perhati jiran sebelah, tetiba sorang guide dari team sebelah menyapa kami, adakah kami melihat teamnya melintasi trek dan terus ke menuju ke hadapan? Kami katakan memang ada 2 org dari teamnya yg berjaya melintasi trek dan terus ke hadapan tanpa menunggu team yg akhir.  Tanpa berlengah, guide tersebut telah memecut dgn menggunakan gear lima kuasa kuda.  Wahh… laju betul dia speed.. entah jumpa ke tak dgn group di hadapan.  Lebih kurang dalam setengah jam berlalu, aku lihat dia telah kembali tanpa team yg terdahulu.  Katanya dah x sempat nak kejar mereka dan mereka hilang tanpa kesan.. Guide itu pun terus menuju ke kumpulannya.  Mungkin utk kepastian kot!  Dalam dok kecoh2 mencari kebenarannya, aku diberitahu bahawa kesemua teamnya cukup dan tiada satupun yg kurang. Tadi beriya-iya benar mengejar teamnya, adakah guide itu tanpa usul periksa dan tidak mengira ahlinya terlebih dulu dan terus mengelabah tak tentu arah! Tp yg menjadi misterinya, siapa pulak yg kami lihat melintasi trek dihadapan kami ini dan terus menuju ke hadapan?  Soalan di jawab dgn soalan.. masing2 terdiam dan jawapannya masih dlm kesamaran.. Ahh malaslah nak pikir.. sendiri mau ingat lah..

Tanpa membuang masa, guide kami telah mendirikan khemah bersama-sama dgn guide dari group sebelah sambil borak2 kosong sesame mereka. Entah apa yg yg diborakkan pun aku x ambik kisah sangat. Tue maskulin punya citer daaa…

Aku tengok, ada sorang team singh telah mandi disungai dgn penuh bergaya menggunakan gayung ajaib.  Wah, bukan main seronok lgi dia mandi tanpa mempedulikan mata2 yg bundar.  Mandi ala-ala anak dara gitu.. Penuh kesopanan dan kesusilaan.. yg peliknya, aku xtergoda langsung dgn sifatnya itu.  Cuma aku tertanya-tanya di dalam hati, bilalah singh ni nak getluss kerana aku dah xterdaya menahan jeritan batinku.  Aku rasa mcm nak baling batu jer kat singh tue.   Xsabar rasanya menunggu pertukaran alam semesta. Dalam kesejukan yg mencekam lubuk tulang temulang, aku terpaksa menahan kesabaran dgn penuh keimanan. 

Setelah menyucikan diri, acara masak memasak dilakukan oleh chef emi yg serba serbi tau bab masak memasak nie.  Memang dia seorang yg berkebolehan dari semua segi iaitu pantas, cekap dan berwibawa.. aku salute ko emi..  

Setelah acara masak memasak selesai, maka dengan rela hati tanpa dipanggil, geng aku berkumpul utk memulakan tugas mengisi tong drum memasing. Masing2 terdiam seketika ketika berlangsungnya acara tersebut.  Al-maklumlah semuanya kepingan gitu..

Apabila malam berlabuh, masing2 mencari port utk merehatkan badan yg dah meminta2 utk dibelai.. Aku lihat di sebelah hujung kem site iaitu group cikgu, masih lagi keriangan.  Jam brapa ler gamatnya mereka nak berlabuh..  Tanpa mempedulikan jiran2 disebelah, aku terus dihambat kelayuan.. dan aku terdengar sayup2 bisikan asmara antara jue n abu bahawa mereka nak skodeng jiran sebelah utk melihat kalau2 ader yg telah melanggar tatasusila undang2 alam, maka mereka mahu merampas harta benda yg dilarang.  Maka aku tidak lagi peduli dgn agenda mereka, aku pun terus menghampiri zzzzz…  Malam itu hujan turun membasahi bumi sekali lagi menambahkan lagi kesedapan tidurku…

Lebih kurang jam 4.30 am, aku terjaga dari lamunan mimpi indah.  Ususku mengalunkan joget lambak dan menjerit meminta-minta untuk dilepaskan.  Aduii.. pepagi buta plak, dia dah buat hal! Sape plak nak menemani aku ni.. tanpa mempedulikan mimpi indah rakan2ku, aku telah menyapa dengan penuh sopan santun dan rayuan terakhir, akhirnya en jue sudi menemaniku pergi karoke di seberang sungai.. Aku rasa dialah mangsa yg paling sehsuai dlm bab ini.

Sedang aku mengharungi trek ke sungai, ada satu pokok telah tumbang berhampiran khemah group cikgu2.  Lebih kurang dalam 6 meter jer jaraknya menghampiri khemah mereka.  Mungkin hujan malam tadi yg membuatkan pokok tersebut menyembah bumi.  Alhamdulillah, kesemuanya selamat dan dilindungi olehNya..

Dalam kesamaran lampu neon, aku dan jue pergi ke sungai untuk mencari port baik punya utk berkaroke.. he he.. bab nie aku xleh nak citer, sensottt beb!

Balik dari sungai, aku sukar utk melelapkan mata.. rasa mengantuk pun dah hilang, dan juga mimpi indah aku malam tadi dah xdpt nak di sambung balik.  Aku tengok geng aku masih diulit mimpi.  Tanpa kerelaan, aku terpaksa lagik sekali masuk semula dlm kepompong bg menyaluti tubuhku yg genit ini.  Dlm hati berkata2, bilakah mentari akan muncul kembali.  Terasa setiap minit yg berdetik ketika itu terlalu lambat waktu itu… ahhh aku bermonolog sendirian..

Kedengaran azan subuh sayup2 di khemah jiran sebelah. Aku terasa begitu aman dan tenang ketika ini. Entahlah, bgi aku kedengaran azan ketika berada dalam belantara membuatkan aku terfikir betapa besarnya ciptaan Allah ini dan alam ini adalah bukti kekuasaanNya.. Moga2 Allah menunjukkan kepadaku jalan yg diredhainya.. Amin.
Pgi yg hening dalam suasana belantara yg penuh dengan kehidupan hutan dan kedengaran air yang mengalir, membuatkan aku termenung sendirian.. Ahh.. betapa indahnya suasana ini..Alangkah romantikanya jika ada sungai dibelakang rumahku.. Tentu indah rasanya ditemani oleh tumbuh2an dan juga kedengaran suara kicauian burung mencari rekzi.. Aku harap aku memiliki rumah idamanku.. Terlekaku sebentar melayan jiwang di tepian sungai…


15/9/2014 (Isnin) Kem Kor, Permatang ke Kem Kubang
Acara pgi itu dimulakan dengan masak memasak utk breakfast yg diketuai oleh chef emi sekali lg kerana dia yg paling pantas bergerak.. he he..

Setelah kem site dibersihkan, perjalanan harus diteruskan.  Target perjalanan team aku kali ini hanyalah di Kubang sahaja berpandukan gerak tari sifu.  Aku pun xpasti kenapa kali ni en sifu begitu longlai dan semangat dia hampir rapuh dipersimpangan.. Kalau ikutkan hati en sifu yg membara tue, mahu sahaja dia pulang semula dan x hingin meneruskan perjalanan yg penuh liku ini.  Mungkin kata2 semangat dari kenkawan yg membuatkan dia bisa meneruskan perjalanan ini.  Perjalanan pd hari ini tidaklah seperti semalam.. mana nak sama semalam ngan hari nie.. kan lain tue.. aper daa..

Trek kali ini macam biasa la.. ada permatang, mendaki, menurun, menaik dan mendatar.. semua adooo..  Mungkin boleh sampai jam 4pm barangkali.. tue target aku jer, sbb aku rasa dari kem kor ke permatang tue xder la jauh mane.. rasa boleh sampai siang nie..  Beg aku kali ini juga masih lgi terasa bebanan, rasanya makanan masih lg byk yg belum dihabiskan.. almaklumlah makan utk 7 hari memang ler byk.. perjalanan diteruskan dengan penuh semangat dan kekadang semput sekali sekala menjengah kehidupanku.. namun aku tetap teruskan usaha hingga ke titisan peluh yg terakhir…

Macam biasa emi n abu telah melenyapkan dirinya dari pandangan kami.  Aku yg dah xbrapa nak laju nie, sentiasa berjalan mengikut rentak kata hati yg murni.. bersama lela, anuar n jue.. kekadang kami berhenti utk melepaskan kentut dan sambil tu boleh gak mengisi perut yg kosong..  Lama gak kami beristerehat sebelum sampai ke kem kubang.. aku ingat jauh lagi, rupanya2 x sampai 15 minit dah sampai ke kubang.  Nyesal aku lepak lama2 kat permatang tue.. ingatkan jauh lagik.  Lebih kurang jam 3.30 pm,  kami sampai ke tempat yg dituju. Alhamdulillah syurkur… boleh rest awal.  Aku tengok si emi n abu telah membina banglo mewah untuk mereka berdua.. waaa.. beshnya. Dah boleh lepak2.  Ada plak air panas yg dah tersedia utk diminum.. wahh rezki ni.. Si guide pung dah memacak banglonya tanda kemenangannya meninggalkan sifu dibelakang… he he

Tanpa membuang masa, si jue macam biasa mengerahkan teamnya memasang khemah sbb xlama lagi mungkin hujan akan membasahi bumi.  Kami semua dgn penuh taat dan akur dgn kehendaknya, terus melunaskan aper yg dihajatinya tanpa ada sebarang bantahan. Dengan pantas kami semua bergerak cergas bg memburu impiannya.  Titis2 air rahmat telah membasahi bumi semasa persiapan setinggan kami.  Bersebelahan setinggan kami, ada kondominium mewah yg dibina oleh Abu dengan penuh ciri-ciri keselesaan.  Sambil berehat dan menunggu hujan reda, team kami dok sibuk menadah air bagi mengisi keperluan kami ketika itu.  Hujan yg turun beserta angin yang mendayu-dayu membuatkan masing2 kesejukkan. Sifu masih lagi belum kelihatan. Aku rasa tentu dia kesejukan di permatang dan mungkin sedang melayan diri sendiri. Mungkin menyesal atau sebaliknya… Aku harap sifu melangkah dengan penuh dedikasi dan berhemah. 

Dlm melayan memori aku yg masih lagi waras, tetiba si sifu muncul kembali dengan wajah yg selamber dan tidak ada berperasaan.. Nak tergelak pung ader gak.. Dia bgtau kat aku bahawa dia dah x larat nak meneruskan perjalanan yg penuh dgn liku-liku penyesalan.  Mlm tue dia bagitau mcm nak serender jer jika ader group lain yg menghala ke Sg. Relau.. Aku dah mula risau n cuak.. bolehkah kami meneruskan perjalanan sehingga ke kuala.. Dlm kesejukan dan kesamaran mlm itu, sifu dengan penuh kemanjaan menelefon jantung hatinya.. Adoii, aku dengar pung dah naik meluat plak, Almaklumlah orang tua nie baru lepas nikah. Sifu dah jadi bahan lawak pd kenkawannya..  termasuk juga si osman@man.. Aku tgk dia dah macam serasi dgn team kami...

Sifu bgtau aku bahawa dia sgt rindu pd bininya.. Aku tanya sifu, ko rindu sgt ker, dia jawab rindu la daa.. hiii org tua ni, dah tau rindu kat bini, ngape ikut xtvt ni, kang dah susah! Dia ckp dah janji dgn jue nak ikut xtvt ni… haa skrg, sendiri tanggung lah! Ngade tul org tua ni, rasa nak sepak jer.. he he

Mlm tu aku tidur dgn nyeyaknya sambil dihembusi angin malam yg sejuk.  En. Sifu, aku rasa mungkin dia tidur dlm kerinduaan kot! Nasib ko la sifu… aku doakan ko bahagia..

16/9/2014 (Selasa) Kem Kubang, Belumut ke Kem Botak
Indahnya suasana pg di kem kubang. Terasa nyaman dan segar setelah mendapat rehat secukupnya.  Masing2 dah bersemangat utk meneruskan perjalanan santai ke kem botak.. santai ker… he he… 

Dari Kem Kubang ke Belumut memakan masa lebih kurang 45 minit perjalanan.  Suasana di kem belumut telah byk. berubah.  Banyak pepohon bonsai telah ditebas dan tiada lagi bonsai yg rimbun.  Suasananya macam bukit botak. aku termangu.. mengapa jadi begini.. berehat sebentar sambil melihat kemusnahan alam.  Mengikut kata-kata keramat en. Guide, tempat ini dijadikan tempat heli mendarat utk mengambil mayat seorang pendaki yg telah tewas. Innalillah.. Masyallah. Moga-moga team aku selamat dlm perjalanan.  Aku meneruskan lagi perjalanan dan en guide menunjukkan lagi tempat jenazah diletakkan sementara menunggu heli mendarat dan ditempat inilah mereka bermalam bersama jenazah. Pilu rasanya hati ini. Moga2 insan yg tertewas itu mendapat rahmat Allah Taala.

Kami meneruskan perjalanan hingga ke puncak bonzai. Sampai di puncak bonzai, aku n lela berehat sambil mengalas perut yg sedang memainkan lagu keroncong.  Lama juga kami lepak di bonzai sehingga terjumpa team yg lain dari arah puncak.  Kami menunggu sehingga keadaan redup sedikit memandangkan kami sampai di puncak bonzai agak panas terik. 
Dari puncak bonzai, kami menuruni semula ke bawah dan mendaki semula utk sampai ke kem botak. Perjalanan dari puncak bonzai ke bukit botak memerlukan daya ketahanan yg ekstrem kerana perlu mendaki dan melintasi pohon-pohon bonzai yg renek tanpa ada tempat berteduh dari panas terik matahari.  Keindahan dan suasana trek amatlah mengasyikkan dan menenangkan fikiran wpun disimbahi oleh kepanasan terik mentari.  Namun dengan semangat yang membara di dada, aku melangkah dengan penuh kesyukuran kerana masih lagi berpeluang merasai keindahan alam ini.  Dulu aku pernah melafazkan ayat keramat bahawa aku tidak akan mendaki lagi di gunung tahan, namun disebabkan keindahan alam ini, membuatkan aku terpaksa memungkiri janji yg aku telah taburkan pada dahulu kala.

Perjalanan diteruskan hingga ke bukit botak.  Setibanya di bukit botak, kelihatan si emi n abu telah memdirikan fly utk kegunaan kami. Guard juga telah mendirikan banglonya dengan sempurna.  Team cikgu cekgi telah sampai dan ramai yang telah mendirikan khemah.  Aku lihat mereka sungguh bersemangat almaklumlah mereka tue muda trang tang tang… hummm teringat aku masa mude2 dulu.  Kuderat masih lagi ade tp kini dah tinggal sisa-sisa yg mungkin dah x lama lagi habis kot!

Macam biasa, suasana alam ketika itu, angin mendayu-dayu.. Kesejukkan menimpa pada tulangtemulang aku yg masih mentah ini.  Namun ia amat menyegarkan dan terasa seperti berada di luar Negara.... he he..

Air teh n milo yg disediakan oleh pasangan sejoli begitu mengiurkan.. aku tanpa membuang masa meneguk setitik dua ke dalam saluran keronkongku. Tanpa membuang masa, aku bersama cik lela telah pergi mengangkut air di punca air yg berdekatan dgn perigi. Aku lihat perigi ini telah dicemari oleh manusia tidak mempunyai akhlak mulia.  Air diperigi tidak boleh diambil utk dijadikan minuman.  Suatu ketika dulu, air perigi ini boleh diminum tanpa was-was. Airnya begitu sejuk dan manis ketika itu, terasa seperti air yang mengalir dari syurga wpun aku belum merasai lagi air syurga tersebut, namun itulah nikmat yg dinikmati ketika itu. 

Selepas mengambil air, aku mula memasak air utk diminum oleh team yg tertiggal jauh dibelakang.  Aku terlihat sebotol air teh dan tanpa membuang masa, aku terus menongok air tersebut dan ternyata lidahku seperti terasa berlikat.. adoiii, malangnya nasibku.. ku sangkakan air teh, rupa-rupanya minyak masak.. rupa dah nak sama, tp x serupa.. Geli gak tekak den yg suci ni..

Kelihatan team yg akhir dah sampai dikem site, tp kemana perginya gerangan en. Sifu.. tiada bayangnya pun dikalangan mereka.. aku mula musykel ni.. kok lambat lg nya en sifu ni..
Berita yang diterima, sifu masih lagi jauh nun disana... energy dia dah berkurangan dan semakin slow n steady.. jam berapa lah pulak dia nak sampai nie.. aku bermonolog sendirian...

Terdengar desas desus dari guide, mb team kt tidak sampai ke penghujungnya... disebabkan keadaan sifu ketika ini.. Masih lagi tidak dapat mengejar target.. Masa yg diperuntukkan mungkin terlebih utk kali ni..  aku mula cuak.. janganlah sampai disini saja misi kuala.  Abih tu cuti aku masih lg berjela.. apa nak dibuat time cuti tu pulak..  harap2 team aku semua ok dan sifu mendapat semula power rangernya.. masa yg diambil utk sampai ke kem site botak ini adalah 4 hari (Merapoh-Kuala Luis, Kuala Luis-Kem Kor, Kem Kor ke Kubang, Kubang-Botak). Lama tu weh.. Santai betul, aku pung xpernah lg ambil masa selama 4 hari nak sampai ke Kem Botak.. Catat sejarah nie..

Malam telah berlabuh, barulah en. Sifu muncul ditengah kegelapan malam.. Masih lagi dalam mood santai.. hum sifu, sifu.. ada2 aje kamu ni.. Kami disini gelisah mengenangkan nasibmu.. kamu dgn santainya... masih lagi dgn wajah maskulinnya..

Mlm tu, aku tidur dlm kesejukkan.. angin masih lgi mengalunkan rentak rock n roll nya.. sesekali aku terjaga dan susah utk melelapkan mata.. entah bila pung aku tak tau, tiba2 jer dah subuh.. Sungguh nyaman ketika ini.. melihat matahari menyinar, aku bersyurkur.. aku masih lagi dpt melihat keindahan ciptaan yang Maha Esa.. Moga2 aku dapat melihatnya lagi..

Selepas mempersiapkan diri dan breakfast, kami meneruskan perjalanan ke puncak Tahan.. Alhamdullillah.. sifu masih lagi ingin meneruskan perjuangannya...

Sampai jer di puncak tahan, kami semua adakan tahlil utk aruah Awey yg tidak sempat mengikuti xpdc ini dan dilead oleh ustaz anuar.  Sayu ketika ini.. team kami tidak mencukupi... kehilangan begitu dirasai..

Setelah selesai tahlil n berpossing, kami meneruskan ke Kem Gedung... perjalanan yang panjang namun santai sedikit... aku suka on trek dari puncak ke Gedung... keindahan tidak dapat diluahkan dgn secebis kata2.. itulah nikmat yang Allah berikan... Terima kasih Allah.


Aku sampai di Gedung time petang.. sempat lagi nak bermalas-malasan... Guard dah sampai awal2 dgn banglo mewahnya... Bersambung lagi daa..

Arab Saudi, Mekah & Madinah (Tetamu Allah)


Penyucian Jiwa di Tanah Suci Mekah Al-Mukaramah..

Pertama kali menjejakkan kaki di bumi yg suci dan penuh dgn keberkatan ini membuatkan hati aku terlalu gembira, sayu n ada sesuatu perasaan yg aku xdpt gambarkan dgn kata2. Ketika aku berada di dalam bas yg membawa penumpang ke balai ketibaan, kesemuanya melaungkan laibakaiallah iaitu ayat2 yg dibaca sebelum mengerjakan umrah ataupun haji ketika dalam perjalanan ke tempat tersebut. Tiba2 hati aku menjadi begitu sebak n secara tiba2 air mata ini mengalir dgn laju tapi aku cover gak sambil memandang ke tingkap bas. Xtau ler nak cakap macam mana perasaan aku ketika itu. Sampai gak aku dibumi yg suci nie.. Sebelum check-in di counter, aku terpaksa menunggu ustaz shariff sbb dia adalah mahram aku yg namanya telahpun tertera di dalam passport aku. Masing2 menunggu mahram utk melepasi kawalan kastam di airport Jeddah. Seperti yg telah dijadualkan, mutawif telah sedia menunggu dibalai ketibaan.


Ada sedikit masalah maybe dibahagian kastam yg melibatkan passport kami semua dan menyebabkan kami semua terpaksa menunggu lama. Selepas selesai urusan, aku n jemaah lain menaiki bas yg telah disediakan oleh pihak Andalusia. Sempat gak aku ambik gambar kat airport jeddah nie yg berlatar belakangkan tempat berkumpulnya jemaah haji. Macam biasa aku mesti ler nak duduk di seat depan, takut muntah ler.. Aku dah letakkan beg aku kat seat belakang driver n aku turun semula utk menemani makcik azizah masuk semula ke airport sbb ada sesuatu perkara yg belum lg diselesaikan.


Kesemua jemaah menaiki bas yg telah disediakan dan mengambil seat masing2. Aku terkejut, beg yg aku letakkan di seat td telah hilang. Mengelabahlah sekejap sebelum ustaz menegur aku. Rupa2nya ustaz sharif telah meletakkan beg aku di seat yg agak terkebelakang. Ustaz bagitau kat aku dia mesti duduk di seat depan sbb nak berborak2 ngan driver bas n nak memberi info kpd kami semua. Xkan aku nak bertekak dgnnya plak! So aku mengalahlah ler.. Aku pun dgn selambernya pie ler carik beg aku yg telah dipindahkan ke seat belakang. Makcik mazni memanggil aku supaya duduk dgnnya tp aku menolak dgn baik.. Aku rasa makcik mazni tau aku xleh duduk di belakang dan aku katakannya padanya jika aku xtahan aku akan duduk dgn dia.


Perjalanan menuju ke Madinah agak lama sehingga ke malam hari. Aku xtau berapa jam duk dlm bas tue. Tiba2 aku terasa tekak aku dah lain macam. Terasa loya n kepala aku terasa fening. Puas dah aku menyapu balm di kepala tp still fening gak.. Dalam hati aku bila la nak sampai nie.. Rasa cam dah nak terkeluar benda alah dlm perut aku nie.. tp aku still kawal minda aku. Nasib aku agak baik kerana kami semua singgah jap menjamu selera di kedai yg telah ditempah khas utk kami. Jemaah semua di bawa masuk ke kedai makan. Dihadapan kedai tue telah tersedia kusyen utk menjamu selera bagi sesiapa yg berhajat duduk disini. Group kami makan kat dalam kedai. Macam biasa makcik mazni mesti ler duk ngan aku diikuti dgn makjah n amir serta shahril. Aku control gak masa kat dlm kedai nie, tp apakan daya aku terpaksa mengeluarkan harta karun yg tersimpan lama. Aku bertanyakan pd amir mana toilet.. Aku lihat agak jauh nun disana. Belum sempat sampai di toilet, aku dah termuntah di tengah jalan berhampiran dengan palang besi. Aku dah xpeduli ngan org lain. Aper org lain nak ckp aku ignore jer. Selepas menyelesaikan masalah yg mana patut, aku kembali semula ke kedai. Aku tengok semua org dah start makan. Lapor agaknya mereka semua almaklumlah mana ler dpt menjamah makanan sejak tiba dari ptg td. Aku tengok lauk n serta nasinya dicampurkan sekali. Bekas plastic disediakan tp agak kecil saiznya.. aku tengok makjah, makcik mazni, amir n shahril sungguh berselera sekali tp aku, xbrapa nak berselera kerana fening aku belum pulih lagikpun aku baru lepas muntah. X dinafikan memang sedap bangat.. dan itulah rezeki kitaorg yg pertama di bumi yg suci nie.. Sedang kami semua menjamu selera mengabihkan mana2 yg tertinggal, Amir telah mengambil lauk dibhg kepala ikan lalu ditegur oleh mak jah xsalah aku lerr.. Jgn makan dibhg kepala nanti cepat lupa lalu disambut oleh shahril plak, memang si amir tue pelupa orgnya.. Aku tengok amir diam jerr tanpa berkata sepatah dua. Selang beberapa saat, Amir meninggalkan kami semua yg masih menjamu selera. Agaknya dia terkedu kot di tegur macam tue.. mungkin hilang seleranya… aku xpasti plak. Yg aku pasti dia mesti sedut rokok kat luar, makanan favourite no. 1 dier. Aku rasa kalau si amir tue xder rokok mesti dier gelisah macam cacing kepanasan..aku rasa dier nie jenis perokok tegar..

Selepas menjamu selera, kami semua meneruskan perjalanan ke Kota Madinah Al-mukaramah. Aku dah xleh tidur selepas makan.. Aku layann jiwang jap sensorang.. hee hee .. sambil memandang keluar tingkap yg kadang2 gelap gelita, kadang2 ada gak cahaya yg menyinari perjalananku.. Sebenarnya berdebar gak hati aku nie, macamana ler keadaan dan suasana di Madinah! Tak sabar rasanya. Apabila memasuki kota Madinah, aku terasa betapa shahdunya keadaan disini.. Sunyi, tenang n xtau ler nak cakap macamana.. kena rasa sendiri kalau nak tau ler..
-
Lama gak ler aku layan blues sensorang, tanpa disedari tiba2 jer dah sampai di Madinah betul2 parking di depan hotel penginapan aku.. Mak aii, tengok jer hotel dah cam xsabar nak meluruskan kaki n badan. Lama gak ler lepak kat lobi hotel sambil menunggu bilik bertuah aku. Macam biasa, teman setia sebilik aku semestinya mak jah n makcik mazni. Macam biasa gak, katil aku semestinya kat tengah2 di antara depa berdua. Aku sebenarnya xsuka tidur di tengah2 antara 2 katil, tp apakan daya aku ngikut jer kata2 sepakat mereka berdua. Aku mengalah ler, xkanler aku nak berebut dgn depa berdua, aku layan jee. Bagi aku, bab tempat tidur tue no. 2, asalkan boleh letak kepala jer aku gerenti boleh tidur kat mana2 pun xkisah. Macam biasa gak, aku jugak ler jadik jam loceng kat mereka berdua. Aku rasa kalau aku x jadik jam loceng pasti mereka berdua terlajak tidur sbb masing2 keletihan.
-
Azan subuh kedengaran mengalu2 umat Nabi Muhammad s.a.w supaya bangun mengerjakan solat subuh di masjid Nabawi. Aku memandang ke luar tingkap, telah ramai penduduk madinah berduyun2 menuju ke masjid xkira lelaki ataupun wanita mahupun kanak2. Semuanya menuju ke masjid. Suasana ketika itu tenang, sunyi sepi n nyaman. Ya Allah, aku rasa cam nak tinggal jer kat sini utk selama-lamanya. Aku berasa terlalu tenang n kadang kala jatuh ler gak sedas dua permata mengalir di pipi gebuku. Bersyukur aku sesangat berada kat bumi nie. Tanpa melengahkan waktu, aku n makcik mazni menuju ke masjid tanpa diiringi mak jah. Mak jah menyuruh kami beredar dahulu. Aku beriringan menuju ke masjid bersama2 dgn jemaah lain. Perjalanan menuju ke masjid mengambil masa lebih kurang 5 minit jer. Sepanjang perjalanan menuju ke masjid terdapat penjual2 kaki lima menjual barangan mereka dan apabila kedengaran azan, mereka dgn serta merta pergi menunaikan solat. Yang kagumnya aku kat sini, ada pegawai polis yg memerhati n memeriksa para penjual yg tidak pergi menunaikan solat. Pihak polis akan mengarahkan penjual2 menutup kedai mereka dgn serta merta.
-
Pintu pagar masjid nabawi telah terbuka menunggu para jemaah menunaikan solat. Sebelum memasuki ke ruang solat, para petugas masjid nabawi memeriksa setiap jemaah supaya tidak membawa sebarang bentuk hp berkamero ataupun yg sewaktu dgnya. Kalau terbawa kena simpan tempat menyimpan brg yg disediakan disebelah pintu masuk masjid. aku pun pernah gak terkena sekali, terbawa hp berkamero gak. Lepas tue, aku xbwk dah hp tu, menyusahkan jer. Didalam masjid ni terdapat bertong2 air zam2 utk para jemaah. Aku pun aper lagik, minum ler sepuas2nya tp xpuas gak. Hee hee . Ada gak aku bawak air zam2 utk dibawa balik ke hotel. Melangkah jer masuk ke masjid nabawi aku terpegun n xtau ler nak citer camno. Ruangnya luas n aku memandang ke ruang atas masjid. Tersegam indah nama Nabi Muhammad saw n nama Allah di setiap ruang masjid. Ku lihat jugak tempat terbukanya kubah di dalam masjid nabawi yg menyerupai seperti sebuah payung. Kalau nak masuk masjid nabawi nie kena ingat pintu mana yg kita masuk n keluar, kang xjumpa plak pintu keluarnya. Suasana dalam masjid nie, shahdu betul. Masing2 kusyuk membaca al-quran dan ada gak yg menunaikan solat sunat. Seingat aku ler, pintu pagar masjid nabawi tutup pukul 11.00pm rasanya.
-
Ketika berada di Madinah, aku n group mengadakan ziarah dalam termasuklah ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat Raudhah, dan Perkuburan Baqi'. Ziarah luar pula termasuklah Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Bazar kurma/ ladang. Ada juga ditawarkan pakej melawat ladang unta dan aku turut serta. Yg aku terkilan la skit, xboleh pie tempat membuat al-quran sbb jatuh ari jumaat. Tempat tue plak tutup hari jumaat n kaum wanita plak tidak dibenarkan masuk tempat mencetak al-quran.
bersambung

Madinah - Makkah

Jemaah ziarah wida' di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah dengan bas. Sebelum bertolak, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah, iaitu tawaf Baitullah, sa'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di Masjidil Haram.
bersambung lagik

Friday, May 30, 2014

Buat renungan - Ketentuan Ilahai



Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. & Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

"Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Bila aku membaca petikan ini, hati ini berasa tenang, aman dan damai. Sesungguhnya aku bersyukur segala nikmat yg Allah berikan kepadaku... mungkin ada hikmah disebaliknya...

Dipetik dari laman web yg berkaitan...

Saturday, November 13, 2010

Penyucian jiwa di tanah suci

Alhamdulillah, syukur kepadaNya, aku masih lagi berpeluang mengerjakan umrah bersama ayah, ibu n adik lelakiku.. pada tanggal 21 mei hingga 4 june 2010.

Sunday, October 31, 2010

citer skit tentang ilmu....

Tempat kejadian - surau di rumah aku

Story 1

ustaz berceramah - kejadian berlaku disebuah kg. nie citer masa dier budak2 dahulu. alkisahnya surau ditempatnya itu kurang mendapat sambutan. hanya orang2 tua n kanak2 kadang2 ade berjemaah disitu. Pada suatu hari tue, dia pergi ke surau. nak dijadikan citer, iman disurau itu ada masalah, xdpt dtg pd hari itu. Dalam surau tue ada lagi 2 atau tiga orang pakcik. Masing2 menyuruh satu sama lain, sapa yg nak jdk iman... masing2 xmau jdk iman.. waktu maghrib dah nak masuk nie, camno yer.... nak dijadikan citer, mereka membuat perjanjian, lepas nie, sapa yg dtg ke surau, kita suruh dia jadik iman terus .. xyah nak citer banyak... kt paksa je sapa yg kena... he he ... maka mereka semua bersetuju. Dalam dok menunggu tue, terdengar ler deruan motor menghala ke surau.. mereka menarik nafas lega... jeng jeng... ada seorang anak muda, entah dari mana tah... dtg untuk berjemaah... belumpun sempat dia nak parking motornya, org2 surau terus dtg n terkam dier suruh jdk iman.... dier dgn rasa terkejut n terus je jadik iman dan mengimamkan kesemua makmum... suara dier merdu sungguh, bacaannya tertib, memang mantop lah... bila dah abis solat, salah seorang makmum bertanya, saudara nni dtg dari mana, blajar kat mana, merdu sungguh suaranya.... nak tau aper jawabnya... pakcik, kalau sy ada wudhuk, lagik merdu suara sy pakcik... pakcik2 yg kat situ tercengang2... apo nak dikato.. lepas tue, pakcik tue suruh budak tue pie ambik air sembahyang, utk solat waktu isyak plak.... he he .. moral of the story, kena pikiq sendiri laaa....


story 2

suatu hari, ustaz dpt panggilan dri pihak istana.. ni kiranya pekerja istana la nie... dier bertanya kpd ustaz,

pemanggil > bolehkah kita bertayamum jika xder air atau sakit xboleh kena air? ...
ustaz > dibolehkan. gunakanlah debu yg bersih utk bertayamum
pemanggil > talian diputuskan

nak dijadikan citer, suatu hari, ustaz nie ada kuliah di istana, maka dier disapa oleh si pemanggil tersebut...

pemanggil > ustaz, susah betul la nak bertayamum tue.. bab yg paling susah masa saya nak berkumur, aloh ustaz, siksa saya waktu tue.. last2 dpt jugak saya bertayamum...alhamdulillah..
ustaz > ustaz tergelak... mana ader tayammum berkumur pakcik...
pemanggil > pasal apo ustaz xbagi tau..
ustaz > dah pakcik xtanyo, camno sy nak bagitau...

moral of the story.... kena dalami lagik bab2 tayamum nie.. he he.. kang jdik cam pakcik di atas...

Wednesday, April 1, 2009

Ku Berserah PadaMu..

Ya Allah
Berikanlah Hambamu Ini Kekuatan
Dalam Melayari Bahtera Kehidupan
Kerana Kekadang Aku Rasa
Hidup Ini Terlalu Payah Untuk Aku Teruskan

Ya Allah
Sesungguhnya Aku Berasa Begitu Hina DisisiMu
Kerana Kekadang Aku Tidak Melaksanakan PerintahMu
Berikanlah Hambamu Nur CahayaMu
Untuk Menerangi Diriku Yg Kegelapan

Ya Allah
Di malam Yg Sunyi Aku Memohon KepadaMu
Merintih, Menangis KepadaMu
Tunjukkanlah Aku Ke Jalan Yg Diredhai
Supaya Aku Dapat Menginsafi Diri
Ya Allah
KepadaMu Aku Berserah
Dan KepadaMu Juga Aku Mengadu
Berikanlah Aku Kesabaran Dan Keimanan
Agar Aku Dapat Menjadi Org Yg Beriman

Friday, March 6, 2009

Boleh Ker Aku Nie!

Sempena untuk mencapai target aku, aku mencari2 kelas bhs arab n tajwid di internet. Aku search masjid putrajaya n terpampanglah jadual xtvtnya. Dapat gak aku mengikuti kuliah di sana. Kelas belajar tajwid tue diadakan pd waktu mlm pd hari selasa dari jam 8pm - 10pm dan kelas bhs arab plak pd ari khamis jam 9pm - 11pm. Aku start belajar bulan 2 ari tue n aku tertinggal 2 kelas disebabkan aku daftar lewat. Aku tengok kelas belajar tajwid xbrapa ramai pengikutnya tp kelas bhs arab memang ler ramai. Meriah gak!
-
Masa aku mengikuti belajar tajwid nie, setiap org kena wajib mengaji dan didengari oleh semua pelajar. Aku pd mulanya memang tergagap2 sbb takut + orang dengar plak tue.. Mana x berdebarnya! Ustaz akan menegur jika ada kesalahan sewaktu membacanya beserta dgn tajwidnya sekali. Almaklumlah, aku nie kadang2 xsempat nak mentelaah sblm dtg kelas sbb tue tergagap2 tp aku xplak berasa malu sbb aku rasa yg dtg nie semuanya utk belajar memahirkan diri membaca al-quran. Aper plak nak malu.. Makcik2 pun ader gak!
-
Bila aku mengikuti kelas bhs arab plak, mak aii memang ramai betul pelajarnya termaksuklah makcik2, pakcik2 n budak2 pun ader gak tp xramai. Yg ramai org dewasa laa. Kalau aku dtg lewat 3 minit jer, terpaksa aku duduk di seat belakang. Memang xbest rasanya bila berjauhan dgn ustaz. Kalau duduk di baris depan boleh gak bertanya2 kalau ader ape2 yg xpaham, tp kalau duduk di bhg belakang susah ler skit! Macam aku nie, dah ler xbrapa mahir nak menulis perkataan n ditambah plak xbegitu laju utk menulis lagi ler aku tension. Aku tension gak bila tengok makcik disebelah aku laju jer menulis ayat2 al-quran n bhs arab. Dah ler tulisan aku memang ler xcantik langsung tp bila aku tengok makcik sebelah punya tulisan, mak aiii cantiknya n tersusun ayatnya. Aku berfikir macam mana nie, aku yg muda xdpt nak menulis dgn lancar, tp dia yg dah seabad umurnya selamber jer. Aku memang terasa sgt malu dgn diri aku sendiri.
-
Nak dijadikan citer, makcik sebelah aku iaitu makcik Rohaidah memberitahu aku bhw ada kelas belajar bhs arab di UM. Dia bagitau daftarlah kalau ader kekosongan. Start kuliah dari pukul 8.30am - 4.30pm. Aku dgn penuh semangat menelefon pejabat UM. Sib baik ader lagik kekosongan. Syurkur alhamdullillah, Allah mempermudahkan jalanku.. Teringat plak aku masa aku hendak menunaikan umrah ketika dulu, Allah mempermudahkan juga segala urusanku.. Syukran, syukran.
-
Setiap minggu jadual aku padat sehinggakan aku terasa macam beban dlm kepala aku nie.. Bukannya aper, kelas bhs arab tue membuatkan aku tension sbb nya aku sendiri susah utk mengingati bhs arab yg diajar oleh ustaz.. Fening aku! aku rasa cam nak mengalah jerr.. xlaratnya ditambah plak aku jadik omang2. Merata2 aku singgah tidur sehinggakan keretaku dijadikan rumahku. Dalam 1 minggu jer 3 buah rumah aku tidur. Kalau tiap2 minggu mesti penat lerr.. Ari sabtu plak ada kelas bhs arab di um. Berkejar plak aku ke sana. Penat tue memanglah penat, tp memikirkan aku yg berkobar2 nak belajar nie, mesti ler kena teruskan jugak.. kadang2 aku rasa cam nak berenti jer.. Nak berhenti ker aku nie.. tp belum sempat aku memikirnya datang plak semangat tue.. sbb aper yer... kat sini aku nak citer plak
-
ari khamis kan ader kelas bhs arab, aku terkejar2 pie putrajaya almaklumlah, kan aku tinggal kat sepang. aku terlewat skit. aku tengok dah start belajar tp dlm acara sessi perkenalan sbb ader ustaz baru dari masjid wp. Namanya ustaz mustafa. Belum sempat aku duduk, ustaz tue suruh aku memperkenalkan diri. Termegah2 aku dibuatnya.. Belum bukak buku lagik.. Tp xper aku kan jenis selamber jerr.. hee hee . Ustaz tu memberi ceramah motivasi yg membuatkan aku begitu teruja mengikuti kelas bhs arab sbb sebelum nie aku dah patah semangat. Bila dengar dia bercerita, semangat aku dtg balik dan aku xkan menoleh kebelakang lagik. Ustaz tue bagitau, kita belajar nie berdasarkan pd niat. Kalau niat kt terpesong, maka ilmunya xdptlah. Katanya lagik, kena banyak berdoa n menjauhi larang2Nya. Insyallah, akan dipermudahkan pelajarannya.. tp niat tue kenalah betul. Ustaz bagitau lagik, bila kt dah mahir dalam bhsa arab nie, maka kt secara automatiknya akan faham ayat2 dan surah2 al-quran yg kt baca dan ketika itu kt akan berasa tenang n ringan jer. Dia bagitau lagik, di masjid negara lagik ramai org2 tua yg belajar bhs arab nie. Saya tercabar plak! Org tua pun boleh belajar bhsa arab kenapa aku mudah mengalah! Terbit kesedaran aku ketika tu. Alhamdullillah, xkala aku berputus asa, Allah memperutuskan seorang ustaz untuk menyedarkan aku supaya berjuang utk meneruskan niat murni aku.
-
Bila waktu belajar dah selesai, macam biasa aku mesti mengajurkan soalan. Biasalah aku nie'kan budak baru belajar. Aku bgtau yg aku nie zero dlm bab bhasa arab nie. Dia cakap insyallah, aku boleh melakukannya. Bhsa arab nie xsusah, sbb tue Allah turunkan kepada umatnya.. Kalau susah, xkanlah Allah nak menjadikannya bahasa yg utama. Bila aku fikir2kan betul gak! Dalam ramai2 pelajar tue, aku mcm terpandang pd seseorang yg biasa aku lihat. Aku pie tegur org tue tp selepas kelas ler.. Aku pun xtau ler macam mana boleh ader perasaan berani plak pie menegur orang tue. Sorang2 plak tue.. Aku katakan pdnya macam kt pernah jumpa tp xingat kat mana. Aku panggil dia ustaz sbb dari cara pemakaiannya cam ala2 ustaz gitu. Dia bagitau dia bukannya ustaz cuma pengikut ustaz gak. Tp aku xpuas hati gak, aku tanya lagik, ustaz bukan dari astro oasis ker? Dia plak pun xngaku lagik.. Dan dia berkata, dia pun pelajar dlm kelas yg sama ngan aku gak.. tp aku musykil gak, mana pernah aku nampak dier kat dlm kelas tue.. Cam biasa ler aku kan jenis selamber, dah dier xmengaku aku pun mengundurkan diri tanpa rasa perasaan malu.. nak malu wat aper, bukannya aku mengurat! Aku mengundurkan diri sbb aku tengok dier cam dah terpinga2 jer.. hee hee... agaknya aku wat soalan terjah kott... Aku xpuas ati lagik.. Sambil berjalan menaiki tangga aku cuba untuk mengingatinya dimana aku jumpa dier.. Tiba2 aku teringat kembali kat mana aku jumpa dier, kelakar siutt.. Sebenarnya aku jumpa dier kat dlm tv ler dlm rancangan Jemputan Umrah. Dia salah seorang dari peserta jemputan umrah yg berkerja sebagai penggali kubur. Tapi lepas dier balik umrah, dia dah xkerja sebagai penggali kubur, tp sebagai tukang mandi jenazah. Jarang ler nak jumpa org muda yg melakukan kerja2 ibadah tersebut. Patutlah aku pernah tengok dier, cam familerr jer rupanya... patutlah dier xmengaku ustaz.. Sebelum keluar masjid aku check jap di forum xtvt, tengok ler mana2 yg patut. Semasa aku melangkah nak keluar dari masjid tue, lagik sekali aku terserempak ngan dier tengah lepak kat ruang luar solat sorang2 jer. Mungkin tengah tunggu ustaz kot! Aku ingat nak tegur balik, tapi aku abaikan niat aku tue.. kang dier terkejut plak lagik.. lagikpun ruang tu ala2 samar jer suasananya. Xmanis plak.. Maka aku dgn selambernya lalu depan dier tanpa rasa was2. Tapi dlm hati aku gelak sorang2 plak. Aku terfikir camno ler aku nie boleh jadi terberani sedemikian rupa. Sesuka ati jer kata kenal, padahal aku tengok dier kat tv jerr... he hee