Monday, October 16, 2017

Arab Saudi, Mekah & Madinah (Tetamu Allah)


Penyucian Jiwa di Tanah Suci Mekah Al-Mukaramah..

Pertama kali menjejakkan kaki di bumi yg suci dan penuh dgn keberkatan ini membuatkan hati aku terlalu gembira, sayu n ada sesuatu perasaan yg aku xdpt gambarkan dgn kata2. Ketika aku berada di dalam bas yg membawa penumpang ke balai ketibaan, kesemuanya melaungkan laibakaiallah iaitu ayat2 yg dibaca sebelum mengerjakan umrah ataupun haji ketika dalam perjalanan ke tempat tersebut. Tiba2 hati aku menjadi begitu sebak n secara tiba2 air mata ini mengalir dgn laju tapi aku cover gak sambil memandang ke tingkap bas. Xtau ler nak cakap macam mana perasaan aku ketika itu. Sampai gak aku dibumi yg suci nie.. Sebelum check-in di counter, aku terpaksa menunggu ustaz shariff sbb dia adalah mahram aku yg namanya telahpun tertera di dalam passport aku. Masing2 menunggu mahram utk melepasi kawalan kastam di airport Jeddah. Seperti yg telah dijadualkan, mutawif telah sedia menunggu dibalai ketibaan.


Ada sedikit masalah maybe dibahagian kastam yg melibatkan passport kami semua dan menyebabkan kami semua terpaksa menunggu lama. Selepas selesai urusan, aku n jemaah lain menaiki bas yg telah disediakan oleh pihak Andalusia. Sempat gak aku ambik gambar kat airport jeddah nie yg berlatar belakangkan tempat berkumpulnya jemaah haji. Macam biasa aku mesti ler nak duduk di seat depan, takut muntah ler.. Aku dah letakkan beg aku kat seat belakang driver n aku turun semula utk menemani makcik azizah masuk semula ke airport sbb ada sesuatu perkara yg belum lg diselesaikan.


Kesemua jemaah menaiki bas yg telah disediakan dan mengambil seat masing2. Aku terkejut, beg yg aku letakkan di seat td telah hilang. Mengelabahlah sekejap sebelum ustaz menegur aku. Rupa2nya ustaz sharif telah meletakkan beg aku di seat yg agak terkebelakang. Ustaz bagitau kat aku dia mesti duduk di seat depan sbb nak berborak2 ngan driver bas n nak memberi info kpd kami semua. Xkan aku nak bertekak dgnnya plak! So aku mengalahlah ler.. Aku pun dgn selambernya pie ler carik beg aku yg telah dipindahkan ke seat belakang. Makcik mazni memanggil aku supaya duduk dgnnya tp aku menolak dgn baik.. Aku rasa makcik mazni tau aku xleh duduk di belakang dan aku katakannya padanya jika aku xtahan aku akan duduk dgn dia.


Perjalanan menuju ke Madinah agak lama sehingga ke malam hari. Aku xtau berapa jam duk dlm bas tue. Tiba2 aku terasa tekak aku dah lain macam. Terasa loya n kepala aku terasa fening. Puas dah aku menyapu balm di kepala tp still fening gak.. Dalam hati aku bila la nak sampai nie.. Rasa cam dah nak terkeluar benda alah dlm perut aku nie.. tp aku still kawal minda aku. Nasib aku agak baik kerana kami semua singgah jap menjamu selera di kedai yg telah ditempah khas utk kami. Jemaah semua di bawa masuk ke kedai makan. Dihadapan kedai tue telah tersedia kusyen utk menjamu selera bagi sesiapa yg berhajat duduk disini. Group kami makan kat dalam kedai. Macam biasa makcik mazni mesti ler duk ngan aku diikuti dgn makjah n amir serta shahril. Aku control gak masa kat dlm kedai nie, tp apakan daya aku terpaksa mengeluarkan harta karun yg tersimpan lama. Aku bertanyakan pd amir mana toilet.. Aku lihat agak jauh nun disana. Belum sempat sampai di toilet, aku dah termuntah di tengah jalan berhampiran dengan palang besi. Aku dah xpeduli ngan org lain. Aper org lain nak ckp aku ignore jer. Selepas menyelesaikan masalah yg mana patut, aku kembali semula ke kedai. Aku tengok semua org dah start makan. Lapor agaknya mereka semua almaklumlah mana ler dpt menjamah makanan sejak tiba dari ptg td. Aku tengok lauk n serta nasinya dicampurkan sekali. Bekas plastic disediakan tp agak kecil saiznya.. aku tengok makjah, makcik mazni, amir n shahril sungguh berselera sekali tp aku, xbrapa nak berselera kerana fening aku belum pulih lagikpun aku baru lepas muntah. X dinafikan memang sedap bangat.. dan itulah rezeki kitaorg yg pertama di bumi yg suci nie.. Sedang kami semua menjamu selera mengabihkan mana2 yg tertinggal, Amir telah mengambil lauk dibhg kepala ikan lalu ditegur oleh mak jah xsalah aku lerr.. Jgn makan dibhg kepala nanti cepat lupa lalu disambut oleh shahril plak, memang si amir tue pelupa orgnya.. Aku tengok amir diam jerr tanpa berkata sepatah dua. Selang beberapa saat, Amir meninggalkan kami semua yg masih menjamu selera. Agaknya dia terkedu kot di tegur macam tue.. mungkin hilang seleranya… aku xpasti plak. Yg aku pasti dia mesti sedut rokok kat luar, makanan favourite no. 1 dier. Aku rasa kalau si amir tue xder rokok mesti dier gelisah macam cacing kepanasan..aku rasa dier nie jenis perokok tegar..

Selepas menjamu selera, kami semua meneruskan perjalanan ke Kota Madinah Al-mukaramah. Aku dah xleh tidur selepas makan.. Aku layann jiwang jap sensorang.. hee hee .. sambil memandang keluar tingkap yg kadang2 gelap gelita, kadang2 ada gak cahaya yg menyinari perjalananku.. Sebenarnya berdebar gak hati aku nie, macamana ler keadaan dan suasana di Madinah! Tak sabar rasanya. Apabila memasuki kota Madinah, aku terasa betapa shahdunya keadaan disini.. Sunyi, tenang n xtau ler nak cakap macamana.. kena rasa sendiri kalau nak tau ler..
-
Lama gak ler aku layan blues sensorang, tanpa disedari tiba2 jer dah sampai di Madinah betul2 parking di depan hotel penginapan aku.. Mak aii, tengok jer hotel dah cam xsabar nak meluruskan kaki n badan. Lama gak ler lepak kat lobi hotel sambil menunggu bilik bertuah aku. Macam biasa, teman setia sebilik aku semestinya mak jah n makcik mazni. Macam biasa gak, katil aku semestinya kat tengah2 di antara depa berdua. Aku sebenarnya xsuka tidur di tengah2 antara 2 katil, tp apakan daya aku ngikut jer kata2 sepakat mereka berdua. Aku mengalah ler, xkanler aku nak berebut dgn depa berdua, aku layan jee. Bagi aku, bab tempat tidur tue no. 2, asalkan boleh letak kepala jer aku gerenti boleh tidur kat mana2 pun xkisah. Macam biasa gak, aku jugak ler jadik jam loceng kat mereka berdua. Aku rasa kalau aku x jadik jam loceng pasti mereka berdua terlajak tidur sbb masing2 keletihan.
-
Azan subuh kedengaran mengalu2 umat Nabi Muhammad s.a.w supaya bangun mengerjakan solat subuh di masjid Nabawi. Aku memandang ke luar tingkap, telah ramai penduduk madinah berduyun2 menuju ke masjid xkira lelaki ataupun wanita mahupun kanak2. Semuanya menuju ke masjid. Suasana ketika itu tenang, sunyi sepi n nyaman. Ya Allah, aku rasa cam nak tinggal jer kat sini utk selama-lamanya. Aku berasa terlalu tenang n kadang kala jatuh ler gak sedas dua permata mengalir di pipi gebuku. Bersyukur aku sesangat berada kat bumi nie. Tanpa melengahkan waktu, aku n makcik mazni menuju ke masjid tanpa diiringi mak jah. Mak jah menyuruh kami beredar dahulu. Aku beriringan menuju ke masjid bersama2 dgn jemaah lain. Perjalanan menuju ke masjid mengambil masa lebih kurang 5 minit jer. Sepanjang perjalanan menuju ke masjid terdapat penjual2 kaki lima menjual barangan mereka dan apabila kedengaran azan, mereka dgn serta merta pergi menunaikan solat. Yang kagumnya aku kat sini, ada pegawai polis yg memerhati n memeriksa para penjual yg tidak pergi menunaikan solat. Pihak polis akan mengarahkan penjual2 menutup kedai mereka dgn serta merta.
-
Pintu pagar masjid nabawi telah terbuka menunggu para jemaah menunaikan solat. Sebelum memasuki ke ruang solat, para petugas masjid nabawi memeriksa setiap jemaah supaya tidak membawa sebarang bentuk hp berkamero ataupun yg sewaktu dgnya. Kalau terbawa kena simpan tempat menyimpan brg yg disediakan disebelah pintu masuk masjid. aku pun pernah gak terkena sekali, terbawa hp berkamero gak. Lepas tue, aku xbwk dah hp tu, menyusahkan jer. Didalam masjid ni terdapat bertong2 air zam2 utk para jemaah. Aku pun aper lagik, minum ler sepuas2nya tp xpuas gak. Hee hee . Ada gak aku bawak air zam2 utk dibawa balik ke hotel. Melangkah jer masuk ke masjid nabawi aku terpegun n xtau ler nak citer camno. Ruangnya luas n aku memandang ke ruang atas masjid. Tersegam indah nama Nabi Muhammad saw n nama Allah di setiap ruang masjid. Ku lihat jugak tempat terbukanya kubah di dalam masjid nabawi yg menyerupai seperti sebuah payung. Kalau nak masuk masjid nabawi nie kena ingat pintu mana yg kita masuk n keluar, kang xjumpa plak pintu keluarnya. Suasana dalam masjid nie, shahdu betul. Masing2 kusyuk membaca al-quran dan ada gak yg menunaikan solat sunat. Seingat aku ler, pintu pagar masjid nabawi tutup pukul 11.00pm rasanya.
-
Ketika berada di Madinah, aku n group mengadakan ziarah dalam termasuklah ziarah makam Rasulullah s.a.w dan makam para sahabat Raudhah, dan Perkuburan Baqi'. Ziarah luar pula termasuklah Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Bazar kurma/ ladang. Ada juga ditawarkan pakej melawat ladang unta dan aku turut serta. Yg aku terkilan la skit, xboleh pie tempat membuat al-quran sbb jatuh ari jumaat. Tempat tue plak tutup hari jumaat n kaum wanita plak tidak dibenarkan masuk tempat mencetak al-quran.
bersambung

Madinah - Makkah

Jemaah ziarah wida' di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah dengan bas. Sebelum bertolak, jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah, jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah, iaitu tawaf Baitullah, sa'i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di Masjidil Haram.
bersambung lagik

No comments: