Wednesday, April 1, 2009

Ku Berserah PadaMu..

Ya Allah
Berikanlah Hambamu Ini Kekuatan
Dalam Melayari Bahtera Kehidupan
Kerana Kekadang Aku Rasa
Hidup Ini Terlalu Payah Untuk Aku Teruskan

Ya Allah
Sesungguhnya Aku Berasa Begitu Hina DisisiMu
Kerana Kekadang Aku Tidak Melaksanakan PerintahMu
Berikanlah Hambamu Nur CahayaMu
Untuk Menerangi Diriku Yg Kegelapan

Ya Allah
Di malam Yg Sunyi Aku Memohon KepadaMu
Merintih, Menangis KepadaMu
Tunjukkanlah Aku Ke Jalan Yg Diredhai
Supaya Aku Dapat Menginsafi Diri
Ya Allah
KepadaMu Aku Berserah
Dan KepadaMu Juga Aku Mengadu
Berikanlah Aku Kesabaran Dan Keimanan
Agar Aku Dapat Menjadi Org Yg Beriman

Friday, March 6, 2009

Boleh Ker Aku Nie!

Sempena untuk mencapai target aku, aku mencari2 kelas bhs arab n tajwid di internet. Aku search masjid putrajaya n terpampanglah jadual xtvtnya. Dapat gak aku mengikuti kuliah di sana. Kelas belajar tajwid tue diadakan pd waktu mlm pd hari selasa dari jam 8pm - 10pm dan kelas bhs arab plak pd ari khamis jam 9pm - 11pm. Aku start belajar bulan 2 ari tue n aku tertinggal 2 kelas disebabkan aku daftar lewat. Aku tengok kelas belajar tajwid xbrapa ramai pengikutnya tp kelas bhs arab memang ler ramai. Meriah gak!
-
Masa aku mengikuti belajar tajwid nie, setiap org kena wajib mengaji dan didengari oleh semua pelajar. Aku pd mulanya memang tergagap2 sbb takut + orang dengar plak tue.. Mana x berdebarnya! Ustaz akan menegur jika ada kesalahan sewaktu membacanya beserta dgn tajwidnya sekali. Almaklumlah, aku nie kadang2 xsempat nak mentelaah sblm dtg kelas sbb tue tergagap2 tp aku xplak berasa malu sbb aku rasa yg dtg nie semuanya utk belajar memahirkan diri membaca al-quran. Aper plak nak malu.. Makcik2 pun ader gak!
-
Bila aku mengikuti kelas bhs arab plak, mak aii memang ramai betul pelajarnya termaksuklah makcik2, pakcik2 n budak2 pun ader gak tp xramai. Yg ramai org dewasa laa. Kalau aku dtg lewat 3 minit jer, terpaksa aku duduk di seat belakang. Memang xbest rasanya bila berjauhan dgn ustaz. Kalau duduk di baris depan boleh gak bertanya2 kalau ader ape2 yg xpaham, tp kalau duduk di bhg belakang susah ler skit! Macam aku nie, dah ler xbrapa mahir nak menulis perkataan n ditambah plak xbegitu laju utk menulis lagi ler aku tension. Aku tension gak bila tengok makcik disebelah aku laju jer menulis ayat2 al-quran n bhs arab. Dah ler tulisan aku memang ler xcantik langsung tp bila aku tengok makcik sebelah punya tulisan, mak aiii cantiknya n tersusun ayatnya. Aku berfikir macam mana nie, aku yg muda xdpt nak menulis dgn lancar, tp dia yg dah seabad umurnya selamber jer. Aku memang terasa sgt malu dgn diri aku sendiri.
-
Nak dijadikan citer, makcik sebelah aku iaitu makcik Rohaidah memberitahu aku bhw ada kelas belajar bhs arab di UM. Dia bagitau daftarlah kalau ader kekosongan. Start kuliah dari pukul 8.30am - 4.30pm. Aku dgn penuh semangat menelefon pejabat UM. Sib baik ader lagik kekosongan. Syurkur alhamdullillah, Allah mempermudahkan jalanku.. Teringat plak aku masa aku hendak menunaikan umrah ketika dulu, Allah mempermudahkan juga segala urusanku.. Syukran, syukran.
-
Setiap minggu jadual aku padat sehinggakan aku terasa macam beban dlm kepala aku nie.. Bukannya aper, kelas bhs arab tue membuatkan aku tension sbb nya aku sendiri susah utk mengingati bhs arab yg diajar oleh ustaz.. Fening aku! aku rasa cam nak mengalah jerr.. xlaratnya ditambah plak aku jadik omang2. Merata2 aku singgah tidur sehinggakan keretaku dijadikan rumahku. Dalam 1 minggu jer 3 buah rumah aku tidur. Kalau tiap2 minggu mesti penat lerr.. Ari sabtu plak ada kelas bhs arab di um. Berkejar plak aku ke sana. Penat tue memanglah penat, tp memikirkan aku yg berkobar2 nak belajar nie, mesti ler kena teruskan jugak.. kadang2 aku rasa cam nak berenti jer.. Nak berhenti ker aku nie.. tp belum sempat aku memikirnya datang plak semangat tue.. sbb aper yer... kat sini aku nak citer plak
-
ari khamis kan ader kelas bhs arab, aku terkejar2 pie putrajaya almaklumlah, kan aku tinggal kat sepang. aku terlewat skit. aku tengok dah start belajar tp dlm acara sessi perkenalan sbb ader ustaz baru dari masjid wp. Namanya ustaz mustafa. Belum sempat aku duduk, ustaz tue suruh aku memperkenalkan diri. Termegah2 aku dibuatnya.. Belum bukak buku lagik.. Tp xper aku kan jenis selamber jerr.. hee hee . Ustaz tu memberi ceramah motivasi yg membuatkan aku begitu teruja mengikuti kelas bhs arab sbb sebelum nie aku dah patah semangat. Bila dengar dia bercerita, semangat aku dtg balik dan aku xkan menoleh kebelakang lagik. Ustaz tue bagitau, kita belajar nie berdasarkan pd niat. Kalau niat kt terpesong, maka ilmunya xdptlah. Katanya lagik, kena banyak berdoa n menjauhi larang2Nya. Insyallah, akan dipermudahkan pelajarannya.. tp niat tue kenalah betul. Ustaz bagitau lagik, bila kt dah mahir dalam bhsa arab nie, maka kt secara automatiknya akan faham ayat2 dan surah2 al-quran yg kt baca dan ketika itu kt akan berasa tenang n ringan jer. Dia bagitau lagik, di masjid negara lagik ramai org2 tua yg belajar bhs arab nie. Saya tercabar plak! Org tua pun boleh belajar bhsa arab kenapa aku mudah mengalah! Terbit kesedaran aku ketika tu. Alhamdullillah, xkala aku berputus asa, Allah memperutuskan seorang ustaz untuk menyedarkan aku supaya berjuang utk meneruskan niat murni aku.
-
Bila waktu belajar dah selesai, macam biasa aku mesti mengajurkan soalan. Biasalah aku nie'kan budak baru belajar. Aku bgtau yg aku nie zero dlm bab bhasa arab nie. Dia cakap insyallah, aku boleh melakukannya. Bhsa arab nie xsusah, sbb tue Allah turunkan kepada umatnya.. Kalau susah, xkanlah Allah nak menjadikannya bahasa yg utama. Bila aku fikir2kan betul gak! Dalam ramai2 pelajar tue, aku mcm terpandang pd seseorang yg biasa aku lihat. Aku pie tegur org tue tp selepas kelas ler.. Aku pun xtau ler macam mana boleh ader perasaan berani plak pie menegur orang tue. Sorang2 plak tue.. Aku katakan pdnya macam kt pernah jumpa tp xingat kat mana. Aku panggil dia ustaz sbb dari cara pemakaiannya cam ala2 ustaz gitu. Dia bagitau dia bukannya ustaz cuma pengikut ustaz gak. Tp aku xpuas hati gak, aku tanya lagik, ustaz bukan dari astro oasis ker? Dia plak pun xngaku lagik.. Dan dia berkata, dia pun pelajar dlm kelas yg sama ngan aku gak.. tp aku musykil gak, mana pernah aku nampak dier kat dlm kelas tue.. Cam biasa ler aku kan jenis selamber, dah dier xmengaku aku pun mengundurkan diri tanpa rasa perasaan malu.. nak malu wat aper, bukannya aku mengurat! Aku mengundurkan diri sbb aku tengok dier cam dah terpinga2 jer.. hee hee... agaknya aku wat soalan terjah kott... Aku xpuas ati lagik.. Sambil berjalan menaiki tangga aku cuba untuk mengingatinya dimana aku jumpa dier.. Tiba2 aku teringat kembali kat mana aku jumpa dier, kelakar siutt.. Sebenarnya aku jumpa dier kat dlm tv ler dlm rancangan Jemputan Umrah. Dia salah seorang dari peserta jemputan umrah yg berkerja sebagai penggali kubur. Tapi lepas dier balik umrah, dia dah xkerja sebagai penggali kubur, tp sebagai tukang mandi jenazah. Jarang ler nak jumpa org muda yg melakukan kerja2 ibadah tersebut. Patutlah aku pernah tengok dier, cam familerr jer rupanya... patutlah dier xmengaku ustaz.. Sebelum keluar masjid aku check jap di forum xtvt, tengok ler mana2 yg patut. Semasa aku melangkah nak keluar dari masjid tue, lagik sekali aku terserempak ngan dier tengah lepak kat ruang luar solat sorang2 jer. Mungkin tengah tunggu ustaz kot! Aku ingat nak tegur balik, tapi aku abaikan niat aku tue.. kang dier terkejut plak lagik.. lagikpun ruang tu ala2 samar jer suasananya. Xmanis plak.. Maka aku dgn selambernya lalu depan dier tanpa rasa was2. Tapi dlm hati aku gelak sorang2 plak. Aku terfikir camno ler aku nie boleh jadi terberani sedemikian rupa. Sesuka ati jer kata kenal, padahal aku tengok dier kat tv jerr... he hee

Thursday, March 5, 2009

Renungan Seketika

IBU MISALI
OLEH NORHASHIMAH HASHIM

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.
-
"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan PuanAfifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampilmemperkenalkan ibunya.
-
Dipersilakan. "Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun. Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik kepentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yangkelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput? Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas. Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.
-
'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.' Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak. Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan. Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberisalam.
-
Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa. "Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. "Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu. "Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya. Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan,pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali"yang baru menerima anugerah sebentar tadi. "Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.
-
"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman. "Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot keruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur kedalam bilik itu, ialah Abang Andak. "Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang-abang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahirhinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun.
-
"Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya. "Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka.""Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburuiabang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri.""Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?"Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segala-galanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!. Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Merekacacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka. Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!""Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuanitu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.
-
Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampinmereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya.
-
Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun."Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah oranglain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi.""Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan. Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu. Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya.
-
Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kalimak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dankakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka.
-
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadisitu."Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukupmenyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakakbenar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan.Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja.Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.Penat saya membersihkannya. ""Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh sayalunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan kerumah ibu untuk mencari ketenangan.""Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepadamak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yanglebih menyayangi Mirah, bukan mak.""Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibubagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah.""Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya.Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjagasaya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya makdapat menjaga seorang anak normal. Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami.""Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dancerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masihdapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain.""Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahutak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?""Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjagaabang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah.""Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah."Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak.
-
Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.""Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak. Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak. Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu. Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripadaapa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihatMirah terima hadiah.""Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana sayatidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu. Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan.
-
Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru. Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati makyang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakakdengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik keranasaya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu biliksaya. "Mirah.""Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur.""Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dahtidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dankakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi,keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah. Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu. Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak. Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya. Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalahsegala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah...
-
Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis. Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.
-
Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
-
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, disebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.
Kenapa Mirah tolak tawaran itu?""Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?
Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! ""Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti. Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdampingdengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang. Mak masih meragui keupayaan saya.
Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin. Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka.Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik. Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerja-kerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.
-
Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanyadengan penuh minat."Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Disamping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. ""Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang gurupendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui, segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya. Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah. Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada,bang?" suara mak diamuk pilu. Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?""Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak.
-
Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,khususnya wanita turut mengesat air mata mereka. Gadis itu menyambung bicaranya.
-
Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "IbuMisali" yang lain. Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah.""Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan.
-
Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerahini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel,segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental. Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak.""Sekian, wassalamualaikum warahmatullah.
-
Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara. Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air matakusendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.' Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
-
Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan SriSalwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "IbuMisali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan.
-
Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi. Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliaumenyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung. Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik kepentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlahhujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.
(Dewan Sastera Mei 2000)

Note: Sedih citer nie.. meleleh2 airmataku xkala membaca coretan ini. Moga2 kt semua dapat pengajaran dr citer tersebut.

Friday, February 20, 2009

Sahabatku Hasan (Semoga Ditemui) & Sababatku Sue (Semoga Dikau Tenang Disana)




Sebelum nie ada gak aku terbaca dlm salah satu group yg aku dah xingat group mana pd hari isnin 16 Feb, mengatakan salah seorang peserta xpdc hilang ketika menuruni turun ke kem site di gunung yong yap. Namanya asan, tp dlm hati aku mengatakan xkanlah hasan ayat kot, mungkin ader ramai lagik yg serupa nama cam dier. Ada gak aku ikut perkembangan si budak asan tue.. masa tue aku belum lagik dapat tau sebenarnya asan tue adalah geng aku jugak... Zura called aku petang tue, budak asan yg hilang tue sebenarnya Hasan Ayat, geng masa xpdc pie Chemerong tahun lepas! Terkejut aku... dier pun br dpt tau, sbb makciknya si asan sama ofis dgn zura.. itupun sbb makciknya bising2 mengatakan anak buahnya hilang kat hutan.. Dari situ barulah confirm si asan tue memanglah orang yg sama. Aku xleh tidur mlm, teringat kat dier sampai termimpi2 seperti aku plak yg hilang kat hutan... Ngeri rasanya.. Ada gak geng aku pie rescue kat sana setelah berbincang sesama line up..dan geng2 gunung yg lain. Kutipan derma kilat dilancarkan untuk hasan n xpdc mencarinya. Disamping itu juga diadakan solat hajat n bacaan yassin di masjid. Aku amat bersyukur mendapat rakan2 yg ada team work dalam hal2 sebegini. Last aku jumpa dier masa dier datang melawat aku kat hospital.. Aku doakan semoga dier tabah n cekal ketika mengharungi cabaran kat hutan tue. Semoga dier xtinggal solat dalam waktu kesulitan. Mudah2an Allah tunjukkan jalan keluar kepadanya.. Aminn

Note;

Hasan Ayat hilang - 15 Feb 2009 hingga sekarang belum ditemui. 11 hari telah berlalu..

23/2/09
Aku terima called dari abang aku si jue, dia sanggup pie rescue si hassan. Sebelum nie ada gak aku meminta pertolongan darinya, tp dia diam aje. Tiba2 ari tue dia menawarkan diri bersama2 dgn geng2 kamcing dier iaitu abg asma n mudafi. Aku bagitau dier, cuba ajak nasir sekali sbb hari tue nasir ada bagitau aku, dia berminat utk join rescue. Aku terasa sebak n jatuh gak ler setitis dua permata aku.. Alhamdullillah, nak jugak dier pie. Aku mintak jue bg tau pd si tarzen(fendi) berkenaan perkara nie dan juga pada Jenal iaitu group Kasih Hutan Kita.
-

24/2/09
Aku pie rumah jue tanya perkembangannya. Dia cakap kena tunggu surat pelepasan/kebenaran dari balai polis gua musang. Kalau dia ader surat dari pihak polis, boleh gak dier dapat cuti tanpa rekod. Terkini yg aku tau, abg asma xdpt join sekali sbb xdpt cuti. Hanya jue, nasir n man je yg pie. Abg murdafi pun xdpt pie. Buat masa skrg, depa tggu surat dr balai polis gua musang.
-

Info dari group KHK (Kasih Hutan Kita)
Along-XKomunis Hampir Otai
Telah Dihantar: Thu Feb 19, 2009 9:25 pm
Post subject: Kehilangan Hasan Ayat
INFO TERKINI 19 - 2 -09 -- 4:18pm
Dapat Kesan Tapak Kasut Mangsa Turun Menghala Ke Trek Kuala Mu.
Sekarang Team Dari Puncak Mula Turun Ikut Kesan Jejak Mangsa
Info Dari : - ROB -

Lega skit aku, dpt tau dia masih lagik meneruskan perjalanan yg penuh liku di belantara tue.. Syurkur Alhamdullah, semoga dia selamat.

-

16/3/2009
Sehingga sekarang sahabatku hassan belum lagik ditemui tp berita sedey pula menyusul... Sahabatku juga, suraya(sue) telah pergi menemui ilahi ketika pulang daripada mencari SAR Hassan. Beliau terlibat dlm kemalangan jalan raya di tapah, perak. Rakan2 yg lain yg terlibat dlm accident tue saudara combat, eg n asmah yg aku xkenal. Tapi bersyukur mereka selamat. Walaupun aku xkenal mereka, tp mereka adalah rakan sepergunungan juga. Diharap mereka semua cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian dariNya..

-



Sekembalinya sue ke rahmatullah..

Aku terima msj dr zura mengatakan sue dah meninggal dunia. aku terkejut sesangat n rasa gementar jugak. Walaupun kerja di ofis banyak tp aku xdpt menumpukan perhatian terhadap kerja2 di ofis. Aku rasa nak pecut jer pie rumah aruah kat kg melayu subang, tp aku xtau plak jalannya. Zura bagi aku no. tel en shakey dan aku terus calling2 dia. Kebetulan shakey berada di hospital tapah sedang melawat en combat n en eg. Alhamdullillah mereka dah sedar. Cuma cik asmah jer yg xtau berita. Harap2 dia dah sedar. Ada gak ler dia menceritakan serba sedikit tentang kejadian tersebut tp aku xboleh tulis disini. Dlm dok citer2 tue, shakey mengatakan dia hendak pergi SAR Hassan sensorang tp aku melarangnya disbbkan kejadian kemalangan yg dialami oleh rakan2 SAR yg lain. Aku cukup risau kalau dier pie sensorang. Aku merayu padanya supaya batalkan saja niatnya dan pergilah cari hassan hari lain kerana aku xingin sesuatu berlaku padanya. Yer ler, sapa xsayang kenkawan.
-
Petang tue aku dah setkan time utk pie melawat rumah aruah sue. Aku ajak nasir n zura pie sekali mlm tue dgn kata2 tunjuk arah dari en. stone. Sesat gak ler pie sana. Aku sampai rumah aruah sue lebih kurang kul 10pm, tue pun dah terlajak jalan. Bila sampai jer, aku tengok dah selesai majlis bacaan tahlil mlm tue. Ramai gak ler yg berkunjung ke rumah sue. Aku n zura terus menemui mak sue n bersalam dgnnya. Terasa genggaman tangan dari maknya melihat ku dgn penuh kesyahduan dan bertanya siapa aku. Aku tahan drpd mengalirkan air mata. Xlama ler aku duk kat dlm rumah tue, dan sebelum beredar aku memeluk maknya dan membisikkan sesuatu ketelingannya.. Aku cam terasa dekat jer di hati maknya.. Rasa2nya cam pernah aku lihat maknya tp aku xingat di mana. Maknya menyekat aku n zura keluar, tp aku mengatakan kami duduk jer kat luar rumah dgn kekawan. Aku berjumpa en stone dan nak gak dengar citer kejadian tue.. Aku xleh citer kat sini takut nanti lain plak statementnya drpd teman2 sepergunungan. Biarlah aku simpan jer dlm memori aku sendiri. Aku doakan semoga aruah sue tenang di sana dan ditempatkan bersama2 dgn orang2 yg beriman dan beramal soleh.. Amin
-
Malam tue aku xbalik rumah. Tumpang tidur kat rumah kak faiz di kajang. Pie Cyberjaya jap ambik kunci rmh tp sesat gak nak pie ofis kat faiz. Hantar nasir ambik motor dier kat bangi jap n terus balik kajang. Sebelum sampai rmh, singgah jap kedai makan n tapau sbb perut dah menyanyi2. Kepala aku dah berdenyut2 mungkin dah masuk angin kut. Sampai rumah lebih kurang kul 1 am n makan2 terus tidur. Pg tue aku gie kerja lewat skit sbb sakit kepala... Zura dah berangkat ke ofisnya pagi2 lagi. Dierpun sakit kepala gak! Aku sambung tidur lagik n bgn kul 8 lebih...

-
Ada ketikanya aku masih lagik terbayang2 wajahnya yg masih tersenyum sepanjang xpdc
bersama aku ketika di chemerong.. Secara kebetulan hassan n aruah sue kedua2nya aku kenal semasa xpdc chemerong tahun lepas.. Kini segalanya tinggal kenangan..



Sehingga kini pencarian hassan masih lagik diteruskan. Mudah2an sahabat sekalian tidak berputus asa mencari si hassan..
















Tuesday, January 13, 2009

Tentang Bulan - Part 4

Penghijrahan Tahun Baru

Azam aku nak buat penghijrahan utk diri aku sendiri supaya menjadi lebih baik dari yg sebelumnya.. Mungkin sebelum nie aku terlalu leka dgn duniaku, menjadikan aku kurang mendalami ilmu2 agama.. Sejak balik dari mengerjakan umrah, aku dah setkan minda aku supaya menjauhi maksiat dan seboleh2nya menghindari drpd melakukan banyak dosa. Pengalaman mengerjakan umrah tanpa ilmu yg secukupnya membuatkan aku begitu kerdil sekali dan terasa diri ini seperti anak kecil yg tidak tahu apa2. Ya Allah, sesungguhnya aku begitu menyesali perbuatan aku selama ini kerana kurangnya pendidikan agama dan ilmu yg mencukupi. Aku berazam akan menjejakkan kaki di sana lagi dgn berbekalkan ilmu di dada dan Insyallah akan melakukannya dgn kusyuk dan penuh keinsafan. Sesungguhnya aku ingin menjadi muslimah yg taat pada perintahNya.
-
Target aku ler, tahun nie kalau boleh aku akan cuba mempelajari bahasa arab dan belajar mengaji berserta tajwidnya sekali. Dulu masa aku bebudak lagi, aku tahu gak bab tajwid nie, tp bila dah semakin meningkat dewasa nie n dah lama tinggalkannya n terus aku lupa sbb jarang mengamalkannya. Itu ler aku yg sentiasa leka dgn nikmat dunia.. Dan sesungguhnya aku amat bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepadaku meneruskan hidup di dunia ini.

Tentang Bulan

Bila aku tengok citer tentang bulan, teringat plak masa aku kecik2 dulu. Kenangan masa kecil dulu mengajar aku erti kepayahan dan kesulitan untuk meneruskan hidup yg serba serbi dalam kekurangan. Hidup aku sikit lebih kurang cam kisah yg dipaparkan dalam segmen `Bersamamu'. Aku xberapa berminat menonton kisah `Bersamamu' disbbkan aku x mahu lagi mengenang kembali kisah2 yg lama. Lagipun aku nie jenis sensitif sikit kalau bab2 yg dipaparkan dlm citer tersebut. Lebih baik aku xyah tengok!

Hati ini milik siapa?


Teman Sejati

Selama ini, Kumencari-cari, Teman yang sejati, Buat menemani, Perjuangan suci,
Bersyukur kini, PadaMu Ilahi, Teman yang dicari, Selama ini, Telah kutemui
Dengannya di sisi,
Perjuangan ini, Senang diharungi, Bertambah murni, Kasih Ilahi
KepadaMu Allah, Kupanjatkan doa, Agar berkekalan, Kasih sayang kita
Kepadamu teman,
Kupohon sokongan, Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan,
Segala-galanya…
KepadaMu Allah,
Kupohon restu, Agar kita kekal bersatu,
Kepadamu teman, Teruskan perjuangan, Pengorbanan dan kesetiaan,
Telah kuungkapkan, Segala-galanya, Itulah tandanya
Kejujuran kita

Bersyurkurkah Aku???

Syukur
Ucaplah Alhamdulillah,
Syukur kita kepada Allah,
Ucaplah Alhamdulillah,
Syukur kita kepada Allah,
Selawat ke atas Nabi Muhammad,
Ya Rasulullah
Selawat ke atas NabiMuhammad,
Ya Rasulullah,
Tanda syukur itulah taat,
Setiap tempat setiap waktu,
Syukur itu dapat dilihat,
Pada sikap dan tingkah laku,
Marilah bersama kita bersyukur,
Kepada Allah kita bersyukur,
Syukur itu sifat mulia,
Hindar dari tamak haloba,
Rasa cukup apa yang ada,
Hati tenang hidup sejahtera,
Mari amalkan rasa bersyukur,
Hidup bahagia aman dan makmur,
Syukur itu banyak caranya,
Taat beribadah tekun berusaha,
Saling membantu berkasih sayang,
Murah senyuman hulur sedekah,
Marilah kita beramal bersama,
Rasa bersyukur kita suburkan.

Bersyukurkah Aku?
Ya, memang aku bersyukur kerana Allah masih lagi memberikan aku nyawa untuk meneruskan perjalanan hidup ini.
-
Sambungan dari episod "Alhamdulillah, aku masih lagik bernafas"
-
Atas nasihat mak aku, aku dihantar terus ke hospital kajang untuk test darah.. lama gak ler tunggu tp aku dah xlarat sesangat. Sejuk mengigil2. Para petugas disitu memasukan beberapa pain air untuk memberikan aku tenaga semula tp aku still lemah. Keputusan telah diperolehi, positif denggi. Aku disorong ke wad wanita. Punyalah ramai pesakit ketika itu. Aku terpaksa diletakkan di tepian dinding yg lebih afdal dipanggil seperti merempat ataupun rumah setinggan buat sementara waktu. Aku diletakkan berhampiran dengan toilet. Sib baik sbb aku sentiasa hendak membuang air. Biasalah bila dah banyak sgt dimasukkan air, seperti biasa memang ler kena buangkan. Hari pertama jer, ofismate aku dtg melawat. Mereka menasihati aku supaya tukar ke hospital panel dan aku dapat tau bos aku membebel kerana aku masuk hospital kerajaan. Bukannya aper, mak aku xbrapa setuju masuk hospital panel. Mungkin mak aku xbiasa dgn hospital swasta. Masuk hari kedua, barulah aku ditempatkan di salah satu katil yg telah disediakan. Alhamdullah, dapat gak aku tempat yg elok sedikit! Petang tue family aku ader melawat aku. Malam tue aku xleh tidur. Aku mengalami sakit dada n senak ulu hati. Sepanjang malam aku gelisah. Mujur ler makcik disebelah aku prihatin, dier memberikan minyak panas kepada aku utk disapu ke dada. Aku terpaksa tidur terlentang kerana apabila aku tidur mengering, kesakitan itu amat terasa. Xtau ler nak bagitau macam mana.
-
Masuk hari ke 3 aku masih lagik mengalami kesakitan yg amat sangat. Aku xlalu nak minum n makan jauh sekali. Mak aku ada gak paksa aku minum air 100 plus tp aku xmampu utk habiskan walaupun sebotol kecil dlm masa sehari. Dada aku bertambah sakit n diselang seli dgn kesakitan ulu hati, aku terasa diri ini terlalu lemah n tidak berdaya hinggakan terpaksa diusung utk pergi ke toilet. Kakiku terasa lemah sesangat ditambah plak aku dalam keletihan n kesakitan.
Masuk hari ke 4, tempat singgah sana aku ditukarkan lagi. Aku ditempatkan di tempat yg xbrapa ramai pesakit. Ketika itu aku lihat hanya 2 org jer pesakit di tempat tersebut. Aku berkata dlm hati, tenang skit duduk tempat sini, xbanyak orang, selesa laa skit..
Dalam wad itu, aku di x-ray dibhg paru2 aku. Aku pelik kenapa aku kena x-ray sedangkan pesakit lain yg kena penyakit denggi xde plak kena x-ray? Kenapa dgn aku? Pelbagai pertanyaan bermain difikiran aku ketika itu. Rasa takut selalu menjelma dalam fikiran aku. Pd waktu mlm, mak selalu menemani aku dan membacakan surah yassin utk aku supaya aku cepat sembuh. Kesian aku tengok mak aku, tp nak buat macam mana, dah memang aku sakit ketika itu. Kadang2 ada gak mak aku mengurut dada n belakang aku kerana aku dah tahan sakit. Aku pulak berasa hairan kenapalah doktor selalu sgt check aku. Aku rasa mesti ada udang disebalik mee.. Kalau aku xteruk kenapa doktor tue sentiasa pantau aku... Musykil tul!
Tanpa aku sedari rupa2nya aku tempatkan di wad yg sentiasa mendapat perhatian para nurse n doktor dgn ertikata lain tempat orang yg berpenyakit kritikal termasuklah aku.. Aku dpt tau bila aku keluar dr wad tue.. Terkejut aku! Kritikalkah aku? Macam2 perasaan pun ada ketika ini. Aku memohon pd Allah supaya jgn dicabut lagik nyawa aku.. banyak benda lagik yg belum sempat aku buat.
-
Kesakitan bahu aku sakit amat sgt kerana aku terpaksa berhati2 dgn tangan aku kerana terdapat tusukan jarum di tangan aku.. Jari jemari aku sudah bengkak ditambah plak kelenguhan amat sangat pd tangan kanan aku.. Rupanya2 tusukan jarum tue telah bengkok n terpaksa di cabut n dipasang semula. Maka bermulalah episod ngeri aku..
-
Mula2 dtg seorg nurse. Check n cucuk tangan aku mencari urat tp xjumpa.. entah brapa kali la dier cucuk aku! Apabila gagal, dia panggil plak seorang doktor lelaki yg agak muda dtg jengok aku n check aku. Lepas tue dier cuba plak carik saluran darah aku kat tangan kanan n kiri, cucuk sana xboleh, cucuk sini pun xboleh, dier pandang aku, tanya kat aku sakit x? Ada ka tanya soalan cam tue! Sah2 ler aku sakit! Dah tahap gigil2 aku menahan sakit. Boleh plak tanya cam tue. Tapi mengenangkan doktor tue baik, berbudi bahasa + hensem, xjadik aku nak marah.. sejukk skit hati nie.. Lps tue dier blah.. Doktor hensem tue datang semula, bwk doktor lain plak. Lelaki gak tp badannya agak besar ler.. dier dtg pun carik urat aku gak, macam biasa cucuk sana cucuk sini, xjumpa uratnya.. Aku dah seram sejuk sampai ke kaki. Doktor hensem tue pandang jer kat aku masa doktor no. 2 cucuk2 aku. Aku biasalah muka selamber + muka kerut2 menahan sakit. Agaknya dia kasihan kot tengok aku, xpun dier terpikat kat aku! haa haa
-
Ekperimen cucuk mencucuk kali ke 3 xjd, dua2 doktor tue pun blah.. tp dier dtg semula bawak doktor yg ke 3, lebih besar n power.. waduhh, kecut perut aku dibuatnya.. Mak aku menenangkan aku dan menyuruh aku membaca selawat banyak2 serta istifar byk2.. Aku tengok mak aku sedey tengok aku.. yer ler, dah banyak kali kena cucuk, satu pun xdpt carik! ditambah plak seluruh jari jemari n lengan aku dah mengelembung kerana terlalu banyak air dimasukkan ke badan aku.. Jantung aku berdegup2 kencang. Perasaan takut menyelubungi minda aku. Aperlah kali nie depa nak buat kat aku!
-
Ke tiga2 doktor tue semua dtg kat aku n melihat bagaimana doktor yg no. 3 nak kerjakan aku.. Doktor no. 3 tue pegang tangan kanan aku n terus carik urat. Dia cakap kalau xjumpa gak urat tue, dier nak cucuk kat kaki plak! Alamak, camno nie, kalau kat kaki tentu susah nak jalan dan berinstinjak.. Biasanya aku berani tengok jarum semasa doktor nak cucuk, tp kali nie aku xbrani n kecut perut. Mulut aku xhenti2 membaca selawat semasa doktor tue nak cucuk aku. Dengan cara ala2 rambo nya, doktor tue mencucuk aku tanpa ada belas kasihan.. Sakitnya xterkata, jatuh gak air mata aku. Aku terasa seluruh badan aku seram sejuk.. Masa dier cucuk aku tue, aku rasa cam aku pegang tangan salah seorang doktor tue.. Aku harap2 aku pegang tangan doktor hensem tue lerr. haa haa.. Sebenarnya aku terpegang secara xsengaja mungkin tindakan refleks kot! Aku bukan mengambil kesempatan tau, aku masih lagik tau halal n haram.. Tindakan ala2 rambo doktor tue membuahkan hasil. Akhirnya saluran darah dpt ditemui. Syurkur aku pd Allah. Kesakitan yg aku tanggung berkurangan skit. Biasalah lepas seram sejuk, kena la pie membuang plak sbb dah banyak sgt air dlm badan aku nie..
-
bersambung

Renungan

Thursday, January 8, 2009

Terima Kasih Allah


Kita Hamba


Kita adalah hamba,
Yang dihidupkan buat sementara,
Kita adalah insan,
Yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita
Tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita
Selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba
Sedang tuhan tidak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya
Bahkan Tuhan Maha Pengampun
di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bangunlah di tengah malam
Untuk bermunajat merintih kepadaNya
Pohonlah kasih sayangNya
Agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat

Tentang Bulan

Tuesday, January 6, 2009

Hari nie Birthday aku lerr

Alhamdulillah, panjang umur aku lagi. Syurkur ke hadrat ilahi, aku masih bernafas hingga ke hari ini. Azam aku tahun nie aper errkk... banyak lagik yg belum aku kecapi..

Monday, January 5, 2009

MEMBINA HATI BAHAGIA

Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda.Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.Kepada siapakah kata-kata ini saya tujukan? Saya tujukan kepada setiap lelaki dan setiap perempuan, kepada setiap suami dan juga setiap isteri.

Dengan itu mengharapkan berkuranganlah isteri yang mengadu, suaminya begitu sampai hati melukakan hatinya setiap hari. Semoga dengan itu, berkuranglah kata-kata suami yang berbentuk sindiran, menghina dan membanding-bandingkan isterinya dengan orang lain. Mengapa mesti menyeksa insan yang paling hampir? Apa jua situasi yang mungkin dilalui kini, dia adalah yang terdahulu merasai susah-senangnya. Awal perkahwinan mungkin tidak semewah hari ini. Kala itu dialah yang telah bertungkus-lumus untuk merealitikan sesuatu kehidupan agar menyamai orang lain. Pada saat ini, setelah getirnya dilalui, tatkala saat menikmati seronoknya, dia diketepikan.

Cinta telah dibekalkan kepada setiap insan. Dengan cintalah kehidupan dapat dijalani dengan penuh kenikmatan. Tanpa cinta semuanya menjadi hambar, ibarat kopi tanpa gula dan susu.Tapi tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Perkataan cinta memang mudah dan indah disebut, tapi tak usahlah mempermainkan perkataan ini jika trsembunyi niat-niat yang tidak baik di hati anda terhadap pasangan anda itu. Anda tidak layak melahirkan perkataan ini jika ia bertentangan sama sekali dengan apa yang tersembunyi di hati. Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda. Semuanya ini meruntun rasa tanggungjawab anda.

Saya pernah diberitahu oleh seorang surirumah tentang suaminya yang suka membanding-bandingkan dirinya dengan perempuan-perempuan lain. Setakat perempuan lain masih tak mengapa, tapi dengan perempuan yang menjadi girlfriendnya. Setakat girlfriend sahaja barangkali masih tak mengapa, tapi dengan girlfriend yang dikatakan akan dikahwininya.Lebih menyakitkan, si suami pulang dengan membawa hadiah yang hendak diberikan kepada girlfriendnya itu. S etakat hadiah mungkin tak mengapa lagi, tapi dengan kata-kata, "Hah, jangan usik. Bukan untuk engkau. Engkau mana layak pakai kain mahal macam tu. Muka engkau tu dah tak ada harga.Muka seposen!"Kalau sudah sampai ke tahap ini, melampau namanya. Saya sangka dialog ini seperti ini hanya ada pada drama Melayu di tv tapi rupa-rupanya benar-benar terjadi. Sebagai lelaki saya berasa malu ada suami yang sanggup berlaku demikian terhadap isterinya.Untuk suami yang begini, saya ingin bertanya, apakah tujuan anda berkahwin dengan isteri anda dahulu? Apakah anda dipaksa, diugut atau dibayar untuk melafazkan ijab dan kabul? saya percaya sudah tentu tidak, malah anda barangkali yang 'tergila-gila' terhadapnya dan melakukan pelbagai cara untuk memenangi hatinya. Mungkin juga isteri anda yang memikat anda terlebih dahulu. Apapun, matlamatnya sama iaitu untuk saling mengenali dan mencari keserasian.

Apa yang menyebabkan anda mengambil keputusan untuk memperisterikannya? Kebaikannya, kecantikannya, kesabarannya, hati budinya, tutur katanya yang memikat, malah mungkin kesemuanya sekali.Memang sesuatu yang kita pandang dari jauh lebih memikat sehinggalah kita dekati. Seperti kita menyangka pantai selalunya nyaman udaranya dan halus pasirnya. Tetapi setelah didekati, tidak sepanjang masa bayu laut menghembus, tidak semua pantai pasirnya halus dan bersih. Demikian juga perkahwinan. Dahulu sebelum berkahwin angan-angan membuahkan perasaan yang muluk-muluk dan sangkaan yang indah-indah tapi setelah berkahwin perbagai perkara kian nyata. Biar apapun keadaannya, bukankah setiap insan itu ada kebaikan dan keburukannya, ada kelebihan dan kelemahannya. Jika ada sesuatu yang buruk pada dirinya, apakah diri anda okey semuanya? Jika anda pun demikian dan dia boleh menerima anda dengan keburukan yang ada pada diri anda, mengapa tidak anda?

Apa yang sebenarnya kita mahukan daripada sesebuah perkahwinan? Perkahwinanadalah kemuncak kepada kebahagiaan. Ia bagaikan stesen menyedia sebanyak-banyak bekalan sebelum beralih ke alam kehidupan lain-yang lebih abadi. Malang sungguh jika anda menjadikan perkahwinan sebagai stesen penghimpun dosa, sebagai stesen menyeksa kehidupan anda sendiri,yang sepatutnya anda kecapi dengan penuh kenikmatan, kebahagiaan bersama seluruh ahli keluarga anda.Kasihanilah diri anda sendiri kerana fitrahnya ia memang sentiasa mahu bahagia. Wanita adalah penyeri kehidupan. Titipkanlah rasa cinta, kerana hanya kitalah makhluk yang dijadikan ALLAH mampu melafazkan perkataan ini untuk dinikmati oleh pasangan-pasangan kita.

Buktikan kita insan bahagia, agar kebahagiaan bermula di sini dan berkekalanlah di sana...

Artikel ini dipetik sepenuhnya daripada buku motivasi diri wanita hasil karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.