Friday, February 20, 2009

Sahabatku Hasan (Semoga Ditemui) & Sababatku Sue (Semoga Dikau Tenang Disana)




Sebelum nie ada gak aku terbaca dlm salah satu group yg aku dah xingat group mana pd hari isnin 16 Feb, mengatakan salah seorang peserta xpdc hilang ketika menuruni turun ke kem site di gunung yong yap. Namanya asan, tp dlm hati aku mengatakan xkanlah hasan ayat kot, mungkin ader ramai lagik yg serupa nama cam dier. Ada gak aku ikut perkembangan si budak asan tue.. masa tue aku belum lagik dapat tau sebenarnya asan tue adalah geng aku jugak... Zura called aku petang tue, budak asan yg hilang tue sebenarnya Hasan Ayat, geng masa xpdc pie Chemerong tahun lepas! Terkejut aku... dier pun br dpt tau, sbb makciknya si asan sama ofis dgn zura.. itupun sbb makciknya bising2 mengatakan anak buahnya hilang kat hutan.. Dari situ barulah confirm si asan tue memanglah orang yg sama. Aku xleh tidur mlm, teringat kat dier sampai termimpi2 seperti aku plak yg hilang kat hutan... Ngeri rasanya.. Ada gak geng aku pie rescue kat sana setelah berbincang sesama line up..dan geng2 gunung yg lain. Kutipan derma kilat dilancarkan untuk hasan n xpdc mencarinya. Disamping itu juga diadakan solat hajat n bacaan yassin di masjid. Aku amat bersyukur mendapat rakan2 yg ada team work dalam hal2 sebegini. Last aku jumpa dier masa dier datang melawat aku kat hospital.. Aku doakan semoga dier tabah n cekal ketika mengharungi cabaran kat hutan tue. Semoga dier xtinggal solat dalam waktu kesulitan. Mudah2an Allah tunjukkan jalan keluar kepadanya.. Aminn

Note;

Hasan Ayat hilang - 15 Feb 2009 hingga sekarang belum ditemui. 11 hari telah berlalu..

23/2/09
Aku terima called dari abang aku si jue, dia sanggup pie rescue si hassan. Sebelum nie ada gak aku meminta pertolongan darinya, tp dia diam aje. Tiba2 ari tue dia menawarkan diri bersama2 dgn geng2 kamcing dier iaitu abg asma n mudafi. Aku bagitau dier, cuba ajak nasir sekali sbb hari tue nasir ada bagitau aku, dia berminat utk join rescue. Aku terasa sebak n jatuh gak ler setitis dua permata aku.. Alhamdullillah, nak jugak dier pie. Aku mintak jue bg tau pd si tarzen(fendi) berkenaan perkara nie dan juga pada Jenal iaitu group Kasih Hutan Kita.
-

24/2/09
Aku pie rumah jue tanya perkembangannya. Dia cakap kena tunggu surat pelepasan/kebenaran dari balai polis gua musang. Kalau dia ader surat dari pihak polis, boleh gak dier dapat cuti tanpa rekod. Terkini yg aku tau, abg asma xdpt join sekali sbb xdpt cuti. Hanya jue, nasir n man je yg pie. Abg murdafi pun xdpt pie. Buat masa skrg, depa tggu surat dr balai polis gua musang.
-

Info dari group KHK (Kasih Hutan Kita)
Along-XKomunis Hampir Otai
Telah Dihantar: Thu Feb 19, 2009 9:25 pm
Post subject: Kehilangan Hasan Ayat
INFO TERKINI 19 - 2 -09 -- 4:18pm
Dapat Kesan Tapak Kasut Mangsa Turun Menghala Ke Trek Kuala Mu.
Sekarang Team Dari Puncak Mula Turun Ikut Kesan Jejak Mangsa
Info Dari : - ROB -

Lega skit aku, dpt tau dia masih lagik meneruskan perjalanan yg penuh liku di belantara tue.. Syurkur Alhamdullah, semoga dia selamat.

-

16/3/2009
Sehingga sekarang sahabatku hassan belum lagik ditemui tp berita sedey pula menyusul... Sahabatku juga, suraya(sue) telah pergi menemui ilahi ketika pulang daripada mencari SAR Hassan. Beliau terlibat dlm kemalangan jalan raya di tapah, perak. Rakan2 yg lain yg terlibat dlm accident tue saudara combat, eg n asmah yg aku xkenal. Tapi bersyukur mereka selamat. Walaupun aku xkenal mereka, tp mereka adalah rakan sepergunungan juga. Diharap mereka semua cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian dariNya..

-



Sekembalinya sue ke rahmatullah..

Aku terima msj dr zura mengatakan sue dah meninggal dunia. aku terkejut sesangat n rasa gementar jugak. Walaupun kerja di ofis banyak tp aku xdpt menumpukan perhatian terhadap kerja2 di ofis. Aku rasa nak pecut jer pie rumah aruah kat kg melayu subang, tp aku xtau plak jalannya. Zura bagi aku no. tel en shakey dan aku terus calling2 dia. Kebetulan shakey berada di hospital tapah sedang melawat en combat n en eg. Alhamdullillah mereka dah sedar. Cuma cik asmah jer yg xtau berita. Harap2 dia dah sedar. Ada gak ler dia menceritakan serba sedikit tentang kejadian tersebut tp aku xboleh tulis disini. Dlm dok citer2 tue, shakey mengatakan dia hendak pergi SAR Hassan sensorang tp aku melarangnya disbbkan kejadian kemalangan yg dialami oleh rakan2 SAR yg lain. Aku cukup risau kalau dier pie sensorang. Aku merayu padanya supaya batalkan saja niatnya dan pergilah cari hassan hari lain kerana aku xingin sesuatu berlaku padanya. Yer ler, sapa xsayang kenkawan.
-
Petang tue aku dah setkan time utk pie melawat rumah aruah sue. Aku ajak nasir n zura pie sekali mlm tue dgn kata2 tunjuk arah dari en. stone. Sesat gak ler pie sana. Aku sampai rumah aruah sue lebih kurang kul 10pm, tue pun dah terlajak jalan. Bila sampai jer, aku tengok dah selesai majlis bacaan tahlil mlm tue. Ramai gak ler yg berkunjung ke rumah sue. Aku n zura terus menemui mak sue n bersalam dgnnya. Terasa genggaman tangan dari maknya melihat ku dgn penuh kesyahduan dan bertanya siapa aku. Aku tahan drpd mengalirkan air mata. Xlama ler aku duk kat dlm rumah tue, dan sebelum beredar aku memeluk maknya dan membisikkan sesuatu ketelingannya.. Aku cam terasa dekat jer di hati maknya.. Rasa2nya cam pernah aku lihat maknya tp aku xingat di mana. Maknya menyekat aku n zura keluar, tp aku mengatakan kami duduk jer kat luar rumah dgn kekawan. Aku berjumpa en stone dan nak gak dengar citer kejadian tue.. Aku xleh citer kat sini takut nanti lain plak statementnya drpd teman2 sepergunungan. Biarlah aku simpan jer dlm memori aku sendiri. Aku doakan semoga aruah sue tenang di sana dan ditempatkan bersama2 dgn orang2 yg beriman dan beramal soleh.. Amin
-
Malam tue aku xbalik rumah. Tumpang tidur kat rumah kak faiz di kajang. Pie Cyberjaya jap ambik kunci rmh tp sesat gak nak pie ofis kat faiz. Hantar nasir ambik motor dier kat bangi jap n terus balik kajang. Sebelum sampai rmh, singgah jap kedai makan n tapau sbb perut dah menyanyi2. Kepala aku dah berdenyut2 mungkin dah masuk angin kut. Sampai rumah lebih kurang kul 1 am n makan2 terus tidur. Pg tue aku gie kerja lewat skit sbb sakit kepala... Zura dah berangkat ke ofisnya pagi2 lagi. Dierpun sakit kepala gak! Aku sambung tidur lagik n bgn kul 8 lebih...

-
Ada ketikanya aku masih lagik terbayang2 wajahnya yg masih tersenyum sepanjang xpdc
bersama aku ketika di chemerong.. Secara kebetulan hassan n aruah sue kedua2nya aku kenal semasa xpdc chemerong tahun lepas.. Kini segalanya tinggal kenangan..



Sehingga kini pencarian hassan masih lagik diteruskan. Mudah2an sahabat sekalian tidak berputus asa mencari si hassan..
















28 comments:

faiz said...

zue, x de latest news ke kes hasan nie? kesian dia kan....

SiHijau said...

Salam.. kak zue,

SiHijau said...

Salam.. kak zue,

mistax said...

hasan tu berjaya jumpa ke tak yer?

Unknown said...

assalam.. macam mana dengan kes ni? dah jumpa blm? ada kawan saya cerita pasal hasan ni pada saya..

AfirhulAtan said...

Ada mana mana socmed yg saya boleh direct chat tak??

AfirhulAtan said...

Ada mana mana socmed yg saya boleh direct chat tak??

Unknown said...

Emmm, hassan masih hidup tapi bkn dalam dunia kita.. itu je dapat aku jelaskan. Dia yang pilih

Tj Delco said...

Dah 9 tahun... Hmmmm...

QIFA said...

Penceritaan tentang SAR asan ahyat.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156249173998355&id=579518354

Unknown said...

Wsalam. Dgar cerita hasan masih hidup smpai sekarang. Tp dia bkn berada didunia kita sekarang kerna ustaz yg dpt berhubungan dgn hasan dialam lain mengatakan hasan ayat yg memilih cara tersebut .wallahualam

Felycya said...

Dah 10 tahun berlalu.. Misteri sangat kehilangan hasan ni.. Tak tahu nak panggil hasan ke arwah hasan..

Felycya said...

Ohh.. Kira macam dialam bunian lah ya.. Teringat filem SEMBUNYI : Amukan Azazil... Rugi pulak tak ada fb nak baca perkembangan tentang hasan ayat ni..

Unknown said...

Baru aku baca kisah hasan ayat ni...tringin nak thu juga..stalker baru jumpa yg ni. .Kasihan kan. .

Unknown said...

Maksudnya apa ya x faham

Unknown said...

Aku pn bru bca. Sedih jgk weyh

Unknown said...

Walau dimna beliau berada semoga Allah sentiasa melindungi dia..

nmediapeekture said...

lepas kes Hasan.. skrg kes baru pulak Acap..hilang di gopeng... Gopeng Ultra Trail 2019.

Unknown said...

tulah psl, hrp2 dia x pilih jalan yg sama dgn hassan, ksian dgn family2

Adda said...

Maksudnya. Dia memilih alam lain.

Unknown said...

Subhanallah... kes kehilngan acap....tetapi kes hassan ayat.....lg lma sdh msuk 10 thun...semoga ALLAH tunjuk jaln keluar kpd merka n x mustahil....ini semua kerja allah ta'ala dya lg mengetahui akn setiap yg terjdi...

Unknown said...

Kesian dengan ahli keluarga hassan kalau betul lah dia sendiri yg pilih utk hidup di alam lain...

Unknown said...

Kalau memang dia yang pilih untuk hidup di 'alam' sana kita kena terima shj la,hidup ini adalah mengenai pilihan hmmmm

Unknown said...

Mungkin..hanya ALLAH yg maha mengetahui..

Smoke said...

Baru teringat kisah ni slps kes Acap hilang

Mama said...

Dia dah lama hilang.kesiannya

Alip46 said...

Semoga Allah permudahkan urusan mereka berdua

Unknown said...

Sedih nya