XPDC
Mendaki Gunung Tahan
13
– 21 September 2014 Plus 22 & 23 September 2014
Situasi
1
Entahlah,
akupun xtau lagi nak pi ke tak xpdc tahan ni.
Macam berat skit ditambah dgn kekurangan stamina plus onkos xbrapa nak
ada. Dgn lulut aku dah longgar ni. Boleh ke aku daki lagi nie.. perasaan
berbelah bagi. Ditambah pula salah
seorang rakan xpdc x dpt join xtvt ini utk selamanya menambahkan lgi stress dan
aku hampir xdpt mengikuti xpdc ni.. Wan@Awey telah pergi selamanya pada tanggal
12 september 2014 akibat mengalami kemalangan yg meragut nyawanya. Allah lebih
sayangkannya. Al-fatehah.
Situasi
2
Abg
jue tanya aku, nak pi ke xnak ni. Orng dah ler x cukup. Dah tinggal 6 org dah.
Belum kira aku lagik. Kalo tambah aku
baru cukup 7 orang. Dia harap aku join ler xpdc ni. Aku kata, aku dah x bersemangat nak pi tahan.
Dia ckp kt pie nie kerana bawa semangat aruah si wan jer. Nanti bila sampai
puncak, kt buat tahlil utknya. Kini bila
dikira aku, maka genaplah 7 orang semuanya terdiri dari Abg. Jue, Sifu, Anuar,
Abu, Lela, Amelia n aku ler. Dah xder org nak join group kami. Masa mula2 tu ada gak yg nak tumpang group
kami, tp last minutes, cancel. Hampeh betul. Perjalanan dijangkakan selama 9
hari sahaja. Katanya trecking santai-santai. Hrmm kt tengoklah macam mane
santainya…
Bermulalah
episode seterusnya….
12/9/2014
(Jumaat Mlm)
Bermulanya
keberangkatan pd tanggal 12 sept., jam 9.30 pm, kami berkumpul di hentian bas
putrajaya. Semua dah berkumpul disitu dgn beg masing-masing dah macam
porter. Aku pung xmau mengalah, beg aku
pung cam porter gak.. berlagak sungguh, bila angkat beg, berat bangat, rasa cam
xterdaya kudratku. Belum lg dicampur dgn
barang2 group. Aduh, rasa menyesal dah xguna. Xder sape nak aku jadikan BFF aku
nti kat belantara. Nasir oo nasir, dimana ko.. aku xder back-up ni.. time nie
ler aku teringat kat si nasir tu. Selalunya dialah yg jd BFF aku.. Nampak
gayanya terpaksalah aku bawak diri sendiri. Nak harapkan abg aku, jgn berangan
sama sekali. Rasuahlah aper pun xkan menjadi punya. Kebalnya xdpt aku tembusi..
aku selalu tewas dgnnya.. waduh!
Bas
yg dinanti sampai dlm lebih kurang jam 10 pm. Masing2 mengangkut beg dan
barang2 keperluan yg dibungkus dlm plastic.
Masing2 mengambil tempat duduk. Aku duduk ngan lela@angah. Penat seharian dipetang tadi membuatkan
masing2 melayan diri sendiri sambil mata tertutup rapat.. Tup-tup dah sampai dihentian rehat merapoh..
ahh sekejapnya dah sampai. Laju betul si driver bas ni bawak. Cam nak race. Driver
tue kata xboleh berhenti di tempat yg diminta sbb jalan tue sempit dan tak
sehsuai utk bas yg besar ni. Maka dgn
berat hati, kami semua mengeluarkan beg memasing dari kamarnya. Abg jue dgn
tugas sebagai ketua staff, menelefon rakannya yg bertugas utk membawa kami
semua ke jab. Perhilitan Merapoh. Lebih
kurang jam 2.30 am, kami berangkat menggunakan land rover menuju ke
destinasinya.. Sampai di jab. Perhilitan, kekononnya nak tidur di rumah rehat
perhilitan tp hampa disebabkan tidak menempah awal2. Kekononnya nak terjah kot,
tp akhirnya tidur di pondok rehat.. so layan jer la sebelum bulan berlabuh dan
mentari muncul kembali.. zzzz
13/9/2014(Sabtu)
– Merapoh ke Kem Kor – target jer tue
Lebih
kurang jam 6.00 pg, masing2 dah bangun menunaikan solat subuh n mandi. Sape
xmandi pagi tue memang rugilah.. segar bugar badan wpun airnya sejuk weh..
persiapan mengisi perut dan beg telah dilakukan. Masing2 dah berangkat ke tempat pendaftaran
jab. Perhilitan utk declare barang2. Aku
tengok barang aku pun dah nak muntah. Overload. Xder sape nak nolong adjustkan
bag aku nie.. Masing2 dah bersemangat nak declare barang. Kira punya kira, tisu
basah dirampas. X boleh bawak. Dilarang sama sekali. Adoii, bila plak undang2
ni ditubuhkan. Aku xtau pung.. kes naya nie.. camne la nak membasuh ni bila air
xder.. Masing2 tisu basah dirampas tanpa belas ehsan.. Cuma boleh pandang jer
tisu yg telah dilonggokkan.. banyak weh tisu basuh tue ditinggalkan. Sedekahkan
jelah kat renjer di situ.. buat amal kebajikan.
Setelah
selesai aku declare barang, tibalah giliran si angah@lela. Nak tergelak pung
ader gak tgk dia declare barang.
Sampaikan plastic gula2 pung dikiranya. Udahnya si angahlah juara
declare plastic terbanyak.. aperlah ko angah, pandai2lah cilok skit.. bendul
jer ko nie, xder bengkok langsung! Dia kata mana tau, sbb xpernah lagi daki
gunung tahan.. Soo, pandai2lah dier menyimpan plastic tue utk di declare nti
bila dah keluar nti.. haru betul si angah nie.. aku pung silap gak, xngajar dia
cara2 nak menyilok.. aku ingatkan dia dah terror… rupa2nya dia masih mengikut
jalan yg lurus tanpa ader short cut.. Moralnya si angah, belajarlah dari
pengalaman.. kerana pengalaman mendewasakan kita.. layann..
Sebelum
bertolak kami semua telah dikumpulkan di ruang lobi jab. Perhilitan untuk
mendengar taklimat dari pihak renjer di situ.
Renjer di situ telah memperkenalkan semua guide yg bertugas ketika itu
termasuklah group dari pihak lain. Dalam
dok kusyuk mendengar taklimat, tetiba si sifu menyampuk aku.. woi eda, ko
perasan x, guide yg sorang tu yg pernah tinggalkan kt dulu. Akupun dengan taksubnya mencari si gerangan
yg curang suatu ketika dulu…. betul ke dia sifu? Aku rasa bukan kot.. sbb yg
dulu tu nampak cam kurus jer n pakai kopiah.
Yang ni plak xder pakai kopiah.. konfius aku.. sifu kata memang dier
la.. namanya nan kan.. aku kata xsalah aku namanya nan ler.. kalo betullah si
dia tue, mmg aku marah sesangat, rasa cam berapi-rapi… nti kena siasat siapa dia tue.. betulkah si
dia nan yg curang dulu @ mungkin orang lain…
Setelah
semuanya selesai sudah dan telah mendengar taklimat dr pihak renjer,.. maka
kami beramai2 menaiki landrover yg telah disediakan utk dihantar ke Sg. Relau
for first starting point. Jam dah
menunjukkan hampir tengahari. Ader yg
dah buka bekal yg dibawa bgi mengalas perut yg dah menyanyi. Aku masih lagi
menyimpan bekal sbb aku rasa cam xlarat jer nak sarap lepas tue trekking, boleh
semput woh. Perjalanan diteruskan
selepas diberi taklimat oleh guide kami iaitu En. Osman dan juga CEO xpdc, en
juerizal. Pesannya, ingat org dibelakang, jgn jalan lelaju. Berhenti bila ada kem site. Itulah pesanan
dari CEO xpdc. So sesape yg dah sampai dulu tue, kenalah tunggu group akhir punch
card, barulah diputuskan samada utk on atau tidak. Aku tengok guide ni boleh
dibawak bersengkokol. Muka alim n nampak pemalu skit. Senyum pun ala-ala lelaki sikumbang di taman
larangan. Kt tengok jer persembahan dia
pada hari pertama. Masuk air ke tak si guide nie.. jom layann
Perjalanan
diteruskan dgn melalui jambatan gantung dan disertai meredah sungai yg entah
berapa kali. Trek masih lg landai diselang
seli dgn rimbunan pohon-pohon cemara. Indahnya ciptaan yg Maha Kuasa.
Subhanallah.
Perjalanan
masih lagi dlm group dan tanpa disedari lama kelamaan group berpecah kpd 3
bhgan wpun orangnya xramai mane pung. Si Emi dan abu dah lesap entah dimana bersama
guide. Pantas mereka berjalan mcm lipas kudung.. Eleh, aku dulu pung masa muda2
pun pantas gak, cuma skrg jer lemah gemalai, tue yg buat aku begitu santai.
Group akhir disertai oleh jue, sifu dan anuar.
Aku dgn lela. Berdua lebih baik.. ha ha..
Perjalanan
diteruskan sehinggalah sampai di kem site pertama iaitu di pertengahan kuala
juram dan lata luis. Aku tengok emi, abu
n guide telah sampai dan lepak diseberang sungai. Aku pung dah lupa nama kem
site nie. Sambil menunggu geng di
belakang, aku membuka bekal yg dibawa sambil merenung air yg mengalir deras.
Layan blues skjp.
Jam
menunjukkan dah hampir petang, tp group yg dibelakang masih lgk belum muncul2.
Sedang melayan perasaan, tiba2 hanya anuar sahaja yg muncul dicelah2
pohon. Jue n sifu masih lagik tidak
kelihatan. Anuar memberi penjelasan bahawa si pendaki tegar kt iaitu en. Sifu
xdpt nak meneruskan perjalanan secepat mungkin akibat beg overload plus otot2
sifu pung dah kejang. Akibat terlalu
lama menunggu, si gagah perkasa, en abu pergi merescue mereka tanpa banyak halangan.
Wah! wa salute lu la abu.
Dalam
hati aku berkata2 dgn niat jahatnya..kalo sifu xlarat, kemungkinan besar boleh
kem site disini. Ader peluang boleh rest awal.. mintak2lah si sifu dah xlarat..
he he.. Sedang aku berangan-angan
kosong, tetiba keluarlah si gagah perkasa dgn membawa beg si sifu. Si sifunya aku xnampak lagik nie. Entah
dimana dia berada, jauh lagikah atau dah hampir dgn kem site.. Si gagah perkasa
memberitahu bahawa si sifu dah x larat nak berjalan. Maka dgn rela hati, si guide men survey tempat
utk kem site yg pertama. Nampak gayanya,
memang kena kem site di sini. Yahoo..
bestnya. Dah boleh rest awal. Cuma kena tunggu CEO datang dulu, samada kemsite
di sini atau meneruskan perjalanan. Aku harap sifu pewaii.. waa.. jahatnya
aku..
Disebalik
angan2ku berlangsung, maka keluarlah dari celah2 pohon, kelibat jue dan
kemudian tak lama selepas itu barulah sifu muncul. Aku tengok sifu mcm dah serender.. Dah xlarat
la tue.. ader chan nii.. he he .. Setelah mereka berdua menyeberangi sungai,
jue dgn gagah perkasanya tanpa penat lelah menservey tempat utk melabuhkan
tirai bersama-sama dgn guide. Aku cuma
menjadi pemerhati. Xkuasa aku nak join depa pi servey.. Mengenangkan sifu yg
dah xberupaya utk mengangkat kakinya, maka dgn segala hormatnya dipersilakan
semua team group memacak khemah di tempat yg telah diwartakan. Waa dpt jgk rest awal. Boleh relax2 n mandi2
lg. Besh oooo… Tempat kem site ni hanya
team kami shja yg berkhemah. Maka
diistiharkan tempat ini kami yang punya… boleh buat sesuka hati! Horey
14/9/2014
(Ahad) Kem Persimpangan ke Kem Kor Jer
Mengukur
keadaan tahap perjalanan peserta yg terakhir, maka diputuskan target hanya ke
kem site di Kem Kor shja. Masing2 dah bersemangat utk meneruskan perjalanan yg memeritkan
ditambah dgn beban yg teramatlah berat. Beg aku dah mcm terasa bawak batu bata
jer.. Trek santai semalam menjadikan team kami selesa sedikit berbanding dgn
trek yg akan dilalui sebentar lagi. Baru
jer nak mula menyusuri trek santai tetiba didapati trek yg hendak dilalui pacak
x hingat.. boleh krem kepala lutut.. Adoiii.. pagi2 dah kena mendaki.. Sempot
seh.. Perjalanan diteruskan dengan semangat yg masih lagi berbisa.
Masing-masing mendaki dengan penuh kesabaran dan keimanan. Semangat jitu masih kuat dlm diri setiap
peserta. Baru hari ke dua mungkin tidak
terasa sgt keperitannya. Masih boleh lagi melayan dan melayari liku-liku kehidupan.
Emi
dan Abu macam biasa, kekuatan mereka tidak boleh dipertikaikan.. Sentiasa
menjadi kapten dihadapan. Tiada siapa yg boleh mencatas kelajuan kuasa kuda
mereka. Aku sentiasa berada dibelakang
mereka. Perjalanan diteruskan
sehinggalah keperhentian rehat iaitu ke kem site Lata Luis. Setibanya aku dikem site Lata Luis, abu dan
emi telah bersenang lenang sambil menikmati dan menghirup udara segar. Aku dan lela menjadi team yg ke dua sampai di
kem site lata luis. Dan diikuti oleh
team ke tiga iaitu Jue n Anuar. Kelibat
sifu aku xnampak lagi. Kali nie guide pula yg jadik sweeper si sifu. Disini
kami berhenti sambil menunggu peserta akhir yg tidak muncul2. Mungkin sudah
hampir 2 jam menunggunya. Suasana di kem Lata Luis lama kelamaan semakin
sejuk. Sambil menunggu ketibaan sifu,
kami bersama-sama mempelajari serba sedikit berkenaan tumbuh2an yg diolahkan
oleh en. Jue.
Dicelah-celah
pohon yg rendang, si sweeper memerangkap guide telah menonjolkan dirinya dengan
senyuman manisnya tanpa ditemani sifu. Pelik tp benar, kemana gerangannya si
sifu nie. Menurut cerita karut si guide,
sifu semacam dah x larat mendaki. 3 @ 5 langkah mendaki, asyik tarik nafas
sahaja. Bukan itu sahaja, kakinya turut
mengalami kekejangan otot. Tahap kesabaran guide akhirnya rapuh sedikit dengan
meninggalkan sifu dibelakang tanpa belas ehsan.
Mentari masih lagik menyinar dan memancarkan suasana ceria di kem lata
Luis. Keputusan untuk meneruskan
perjalanan ke Kem Kor masih lagi di awangan.
Jue ingin melihat kesahihan stamina sifu samada boleh meneruskan
perjalanan atau tidak ke kem kor. Sambil
kami borak-borak kosong, maka keluarlah sifu disebalik rimbunan dedaun dgn
penuh kepewiraan.. Cam xcaya je aku tulis ayat nie.. he he
Setelah
perbincangan dibuat, make perjalanan diteruskan ke kem Kor memandangkan jam
sudah ke angka 3 petang. Macam biasa,
emi dan abu terus bergerak cergas tanpa menoleh kebelakang lagi. Aku pung
teringin hendak mengikut rentak depa, tp lama kelamaan aku rasa perjalanan aku
semakin mendatar tanpa disedari.. He he .. Aku, lela, jue n anuar adalah
gerabak ke dua menyusuri trek ke Kem Kor manakala si sifu masih lagi berehat
sambil melayan bluesnya bersama dgn guide.
Nasib ko la guide, kena back-up sifu. Xkanlah nak tinggalkan org tua tue
sensorang kat belakang.. so ko layan jer laa…
Mengikut
kata-kata nesta guide, ada 2 group lg akan menyusuri ke Kem Kor dan berkhemah
di situ. Emi dan abu menggunakan gear
lima utk sampai ke Kem Kor bgi mempajak tanah yg berkualiti utk dibuat tapak
perkhemahan. Perjalanan diteruskan
sambil melihat-lihat keindahan alam semulajadi.
Suara ungas2 dan belalang kedengaran di cuping telinga.. Nie aku tipu
jer.. mane ader dengar, sibuk dok layan trek yg semakin landai dan adakalanya
mendaki sedikit. Tanpa aku sedari, satu
group dari team lain telah memotong perjalanan kami. Maka acara potong memotong trek berlalu dgn
pantas diikuti kami dibelakangnya.. Aku harap emi n abu telah membelanda tempat
yg strategic utk kem site kami. Akhirnya
sampai jgk kami di kem Kor. Aku lihat emi dan abu telah memanja-manjakan diri
di tepian sungai. Wah sungguh romantika mereka.. Team lain yg bersama-sama dgn
aku td pung telah sampai dgn penuh bergaya dan gagah perkasa. Aku namakan team nie Team Singh. Ada 2 ke 3
orang team depa sampai. Masih lagi yg ada
ketinggalan gerabak dibelakang. Aku
tengok team nie masih lg mencari2 tempat strategic utk pacak khemah. Tiba2 ada satu lgi group telah sampai juga di
kem kor. Ada lah dlm 2 ke 3 org yg baru sampai. Laju jugk depa speed sampai
boleh potong team kami yg telah sehari perjalanan. Mereka pung dok survey
tempat utk pacak khemah.
Team
kami tidak perlu bersusah payah mencari tempat strategic kerana abu telah
mempajak tanah yg berkualiti utk kami melabuhkan tirai. Kerja-kerja DBKL perlu dilakukan segera agar
kawasan kami bebas dari segala penyakit.
Pemasangan fly perlu dilakukan segera kerana terdapat bibit-bibit jerat
percintaan semakin hampir membasahi bumi.
Tanpa berlengah, kami semua mempersiapkan banglo idaman bg memenuhi
keperluan peribadi kami. Sebaik sahaja
pemasangan fly telah siap, hujan rahmat telah turun mencurah2 tanda menyambut
ketibaan kami. Sambil menunggu hujan
reda dan perut mula meraung-raung minta dibelai, cik emi dengan pantasnya telah
menurunkan ilmunya utk memasak meggi kesukaan ramai. Hujan masih lagi belum menampakkan kesudahannya. Tetiba seorang dari group singh datang menerjah
khemah kami. Katanya mahu tumpang skjp
utk melindungi diri dari titisan hujan. Suaikenal dimulakan olehnya sendiri.
Demi semangat kesukanan, geng aku melayan singh dengn penuh kesopanan dan kesusilaan. Hujan masih lgi turun dengan lebatnya. Bebayang sifu n guide masih lg belum jelas kelihatan. Dimanakah mereka agaknya. Aku harap tiada apa2 yg berlaku pada sifu.
Aku harap sifu tabah menghadapi perjalanannya pada kali ini tanpa mengenal erti
putus asa.
Lebih
kurang 1 jam, hujan telah melabuhkan tirainya. Angin sejuk menyapa diriku yg
kecil molek ini. Sambil berangan
mengenangkan nasib yg tiba esok hari, sifu n guide telah sampai ke kem site. Aku lihat sifu n guide masih lagi tersenyum
kambing membariskan gigi2nya yg runcing wpun keletihan, jelas memperlihatkan jiwa
maskulin mereka.. Dipintu masuk kem site, jelas kelihatan group ke 2 dan ke 3
telah memenuhi ruang legar Kem Kor.
Wahh, malam nie mesti ruih rendah.
Satu team dari group singh lebih kurang 10 orang dan satu lagi team
lebih kurang 30 orang. Aku dengar team
nie adalah bakal cikgu2 terpilih. Seronok rasanya bila ada team lain yg
bersama-sama mencari keindahan alam semulajadi tanpa memikirkan azab yg akan
dihadapi kemudian hari.
Sedang
kami dok perhati jiran sebelah, tetiba sorang guide dari team sebelah menyapa
kami, adakah kami melihat teamnya melintasi trek dan terus ke menuju ke hadapan?
Kami katakan memang ada 2 org dari teamnya yg berjaya melintasi trek dan terus
ke hadapan tanpa menunggu team yg akhir.
Tanpa berlengah, guide tersebut telah memecut dgn menggunakan gear lima
kuasa kuda. Wahh… laju betul dia speed..
entah jumpa ke tak dgn group di hadapan.
Lebih kurang dalam setengah jam berlalu, aku lihat dia telah kembali
tanpa team yg terdahulu. Katanya dah x
sempat nak kejar mereka dan mereka hilang tanpa kesan.. Guide itu pun terus menuju
ke kumpulannya. Mungkin utk kepastian
kot! Dalam dok kecoh2 mencari
kebenarannya, aku diberitahu bahawa kesemua teamnya cukup dan tiada satupun yg
kurang. Tadi beriya-iya benar mengejar teamnya, adakah guide itu tanpa usul
periksa dan tidak mengira ahlinya terlebih dulu dan terus mengelabah tak tentu
arah! Tp yg menjadi misterinya, siapa pulak yg kami lihat melintasi trek
dihadapan kami ini dan terus menuju ke hadapan?
Soalan di jawab dgn soalan.. masing2 terdiam dan jawapannya masih dlm
kesamaran.. Ahh malaslah nak pikir.. sendiri mau ingat lah..
Tanpa
membuang masa, guide kami telah mendirikan khemah bersama-sama dgn guide dari
group sebelah sambil borak2 kosong sesame mereka. Entah apa yg yg diborakkan
pun aku x ambik kisah sangat. Tue maskulin punya citer daaa…
Aku
tengok, ada sorang team singh telah mandi disungai dgn penuh bergaya
menggunakan gayung ajaib. Wah, bukan
main seronok lgi dia mandi tanpa mempedulikan mata2 yg bundar. Mandi ala-ala anak dara gitu.. Penuh
kesopanan dan kesusilaan.. yg peliknya, aku xtergoda langsung dgn sifatnya
itu. Cuma aku tertanya-tanya di dalam
hati, bilalah singh ni nak getluss kerana aku dah xterdaya menahan jeritan
batinku. Aku rasa mcm nak baling batu
jer kat singh tue. Xsabar rasanya
menunggu pertukaran alam semesta. Dalam kesejukan yg mencekam lubuk tulang
temulang, aku terpaksa menahan kesabaran dgn penuh keimanan.
Setelah
menyucikan diri, acara masak memasak dilakukan oleh chef emi yg serba serbi tau
bab masak memasak nie. Memang dia
seorang yg berkebolehan dari semua segi iaitu pantas, cekap dan berwibawa.. aku
salute ko emi..
Setelah
acara masak memasak selesai, maka dengan rela hati tanpa dipanggil, geng aku
berkumpul utk memulakan tugas mengisi tong drum memasing. Masing2 terdiam
seketika ketika berlangsungnya acara tersebut.
Al-maklumlah semuanya kepingan gitu..
Apabila
malam berlabuh, masing2 mencari port utk merehatkan badan yg dah meminta2 utk
dibelai.. Aku lihat di sebelah hujung kem site iaitu group cikgu, masih lagi
keriangan. Jam brapa ler gamatnya mereka
nak berlabuh.. Tanpa mempedulikan jiran2
disebelah, aku terus dihambat kelayuan.. dan aku terdengar sayup2 bisikan asmara
antara jue n abu bahawa mereka nak skodeng jiran sebelah utk melihat kalau2
ader yg telah melanggar tatasusila undang2 alam, maka mereka mahu merampas
harta benda yg dilarang. Maka aku tidak
lagi peduli dgn agenda mereka, aku pun terus menghampiri zzzzz… Malam itu hujan turun membasahi bumi sekali
lagi menambahkan lagi kesedapan tidurku…
Lebih
kurang jam 4.30 am, aku terjaga dari lamunan mimpi indah. Ususku mengalunkan joget lambak dan menjerit meminta-minta
untuk dilepaskan. Aduii.. pepagi buta
plak, dia dah buat hal! Sape plak nak menemani aku ni.. tanpa mempedulikan
mimpi indah rakan2ku, aku telah menyapa dengan penuh sopan santun dan rayuan
terakhir, akhirnya en jue sudi menemaniku pergi karoke di seberang sungai.. Aku
rasa dialah mangsa yg paling sehsuai dlm bab ini.
Sedang
aku mengharungi trek ke sungai, ada satu pokok telah tumbang berhampiran khemah
group cikgu2. Lebih kurang dalam 6 meter
jer jaraknya menghampiri khemah mereka.
Mungkin hujan malam tadi yg membuatkan pokok tersebut menyembah
bumi. Alhamdulillah, kesemuanya selamat
dan dilindungi olehNya..
Dalam
kesamaran lampu neon, aku dan jue pergi ke sungai untuk mencari port baik punya
utk berkaroke.. he he.. bab nie aku xleh nak citer, sensottt beb!
Balik
dari sungai, aku sukar utk melelapkan mata.. rasa mengantuk pun dah hilang, dan
juga mimpi indah aku malam tadi dah xdpt nak di sambung balik. Aku tengok geng aku masih diulit mimpi. Tanpa kerelaan, aku terpaksa lagik sekali
masuk semula dlm kepompong bg menyaluti tubuhku yg genit ini. Dlm hati berkata2, bilakah mentari akan
muncul kembali. Terasa setiap minit yg
berdetik ketika itu terlalu lambat waktu itu… ahhh aku bermonolog sendirian..
Kedengaran
azan subuh sayup2 di khemah jiran sebelah. Aku terasa begitu aman dan tenang
ketika ini. Entahlah, bgi aku kedengaran azan ketika berada dalam belantara
membuatkan aku terfikir betapa besarnya ciptaan Allah ini dan alam ini adalah
bukti kekuasaanNya.. Moga2 Allah menunjukkan kepadaku jalan yg diredhainya..
Amin.
Pgi
yg hening dalam suasana belantara yg penuh dengan kehidupan hutan dan kedengaran
air yang mengalir, membuatkan aku termenung sendirian.. Ahh.. betapa indahnya
suasana ini..Alangkah romantikanya jika ada sungai dibelakang rumahku.. Tentu
indah rasanya ditemani oleh tumbuh2an dan juga kedengaran suara kicauian burung
mencari rekzi.. Aku harap aku memiliki rumah idamanku.. Terlekaku sebentar
melayan jiwang di tepian sungai…
15/9/2014
(Isnin) Kem Kor, Permatang ke Kem Kubang
Acara
pgi itu dimulakan dengan masak memasak utk breakfast yg diketuai oleh chef emi
sekali lg kerana dia yg paling pantas bergerak.. he he..
Setelah
kem site dibersihkan, perjalanan harus diteruskan. Target perjalanan team aku kali ini hanyalah
di Kubang sahaja berpandukan gerak tari sifu.
Aku pun xpasti kenapa kali ni en sifu begitu longlai dan semangat dia
hampir rapuh dipersimpangan.. Kalau ikutkan hati en sifu yg membara tue, mahu
sahaja dia pulang semula dan x hingin meneruskan perjalanan yg penuh liku
ini. Mungkin kata2 semangat dari
kenkawan yg membuatkan dia bisa meneruskan perjalanan ini. Perjalanan pd hari ini tidaklah seperti
semalam.. mana nak sama semalam ngan hari nie.. kan lain tue.. aper daa..
Trek
kali ini macam biasa la.. ada permatang, mendaki, menurun, menaik dan
mendatar.. semua adooo.. Mungkin boleh
sampai jam 4pm barangkali.. tue target aku jer, sbb aku rasa dari kem kor ke
permatang tue xder la jauh mane.. rasa boleh sampai siang nie.. Beg aku kali ini juga masih lgi terasa bebanan,
rasanya makanan masih lg byk yg belum dihabiskan.. almaklumlah makan utk 7 hari
memang ler byk.. perjalanan diteruskan dengan penuh semangat dan kekadang
semput sekali sekala menjengah kehidupanku.. namun aku tetap teruskan usaha
hingga ke titisan peluh yg terakhir…
Macam
biasa emi n abu telah melenyapkan dirinya dari pandangan kami. Aku yg dah xbrapa nak laju nie, sentiasa
berjalan mengikut rentak kata hati yg murni.. bersama lela, anuar n jue..
kekadang kami berhenti utk melepaskan kentut dan sambil tu boleh gak mengisi
perut yg kosong.. Lama gak kami
beristerehat sebelum sampai ke kem kubang.. aku ingat jauh lagi, rupanya2 x
sampai 15 minit dah sampai ke kubang.
Nyesal aku lepak lama2 kat permatang tue.. ingatkan jauh lagik. Lebih kurang jam 3.30 pm, kami sampai ke tempat yg dituju. Alhamdulillah
syurkur… boleh rest awal. Aku tengok si
emi n abu telah membina banglo mewah untuk mereka berdua.. waaa.. beshnya. Dah
boleh lepak2. Ada plak air panas yg dah
tersedia utk diminum.. wahh rezki ni.. Si guide pung dah memacak banglonya
tanda kemenangannya meninggalkan sifu dibelakang… he he
Tanpa
membuang masa, si jue macam biasa mengerahkan teamnya memasang khemah sbb xlama
lagi mungkin hujan akan membasahi bumi.
Kami semua dgn penuh taat dan akur dgn kehendaknya, terus melunaskan
aper yg dihajatinya tanpa ada sebarang bantahan. Dengan pantas kami semua
bergerak cergas bg memburu impiannya.
Titis2 air rahmat telah membasahi bumi semasa persiapan setinggan
kami. Bersebelahan setinggan kami, ada
kondominium mewah yg dibina oleh Abu dengan penuh ciri-ciri keselesaan. Sambil berehat dan menunggu hujan reda, team
kami dok sibuk menadah air bagi mengisi keperluan kami ketika itu. Hujan yg turun beserta angin yang mendayu-dayu
membuatkan masing2 kesejukkan. Sifu masih lagi belum kelihatan. Aku rasa tentu
dia kesejukan di permatang dan mungkin sedang melayan diri sendiri. Mungkin
menyesal atau sebaliknya… Aku harap sifu melangkah dengan penuh dedikasi dan
berhemah.
Dlm
melayan memori aku yg masih lagi waras, tetiba si sifu muncul kembali dengan
wajah yg selamber dan tidak ada berperasaan.. Nak tergelak pung ader gak.. Dia
bgtau kat aku bahawa dia dah x larat nak meneruskan perjalanan yg penuh dgn
liku-liku penyesalan. Mlm tue dia
bagitau mcm nak serender jer jika ader group lain yg menghala ke Sg. Relau..
Aku dah mula risau n cuak.. bolehkah kami meneruskan perjalanan sehingga ke
kuala.. Dlm kesejukan dan kesamaran mlm itu, sifu dengan penuh kemanjaan
menelefon jantung hatinya.. Adoii, aku dengar pung dah naik meluat plak,
Almaklumlah orang tua nie baru lepas nikah. Sifu dah jadi bahan lawak pd
kenkawannya.. termasuk juga si
osman@man.. Aku tgk dia dah macam serasi dgn team kami...
Sifu
bgtau aku bahawa dia sgt rindu pd bininya.. Aku tanya sifu, ko rindu sgt ker,
dia jawab rindu la daa.. hiii org tua ni, dah tau rindu kat bini, ngape ikut
xtvt ni, kang dah susah! Dia ckp dah janji dgn jue nak ikut xtvt ni… haa skrg,
sendiri tanggung lah! Ngade tul org tua ni, rasa nak sepak jer.. he he
Mlm
tu aku tidur dgn nyeyaknya sambil dihembusi angin malam yg sejuk. En. Sifu, aku rasa mungkin dia tidur dlm
kerinduaan kot! Nasib ko la sifu… aku doakan ko bahagia..
16/9/2014
(Selasa) Kem Kubang, Belumut ke Kem Botak
Indahnya
suasana pg di kem kubang. Terasa nyaman dan segar setelah mendapat rehat
secukupnya. Masing2 dah bersemangat utk
meneruskan perjalanan santai ke kem botak.. santai ker… he he…
Dari
Kem Kubang ke Belumut memakan masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Suasana di kem belumut telah byk.
berubah. Banyak pepohon bonsai telah
ditebas dan tiada lagi bonsai yg rimbun.
Suasananya macam bukit botak. aku termangu.. mengapa jadi begini..
berehat sebentar sambil melihat kemusnahan alam. Mengikut kata-kata keramat en. Guide, tempat
ini dijadikan tempat heli mendarat utk mengambil mayat seorang pendaki yg telah
tewas. Innalillah.. Masyallah. Moga-moga team aku selamat dlm perjalanan. Aku meneruskan lagi perjalanan dan en guide
menunjukkan lagi tempat jenazah diletakkan sementara menunggu heli mendarat dan
ditempat inilah mereka bermalam bersama jenazah. Pilu rasanya hati ini. Moga2
insan yg tertewas itu mendapat rahmat Allah Taala.
Kami
meneruskan perjalanan hingga ke puncak bonzai. Sampai di puncak bonzai, aku n
lela berehat sambil mengalas perut yg sedang memainkan lagu keroncong. Lama juga kami lepak di bonzai sehingga
terjumpa team yg lain dari arah puncak. Kami
menunggu sehingga keadaan redup sedikit memandangkan kami sampai di puncak
bonzai agak panas terik.
Dari
puncak bonzai, kami menuruni semula ke bawah dan mendaki semula utk sampai ke
kem botak. Perjalanan dari puncak bonzai ke bukit botak memerlukan daya
ketahanan yg ekstrem kerana perlu mendaki dan melintasi pohon-pohon bonzai yg renek
tanpa ada tempat berteduh dari panas terik matahari. Keindahan dan suasana trek amatlah
mengasyikkan dan menenangkan fikiran wpun disimbahi oleh kepanasan terik
mentari. Namun dengan semangat yang
membara di dada, aku melangkah dengan penuh kesyukuran kerana masih lagi berpeluang
merasai keindahan alam ini. Dulu aku
pernah melafazkan ayat keramat bahawa aku tidak akan mendaki lagi di gunung
tahan, namun disebabkan keindahan alam ini, membuatkan aku terpaksa memungkiri
janji yg aku telah taburkan pada dahulu kala.
Perjalanan
diteruskan hingga ke bukit botak. Setibanya
di bukit botak, kelihatan si emi n abu telah memdirikan fly utk kegunaan kami. Guard
juga telah mendirikan banglonya dengan sempurna. Team cikgu cekgi telah sampai dan ramai yang
telah mendirikan khemah. Aku lihat
mereka sungguh bersemangat almaklumlah mereka tue muda trang tang tang… hummm
teringat aku masa mude2 dulu. Kuderat
masih lagi ade tp kini dah tinggal sisa-sisa yg mungkin dah x lama lagi habis
kot!
Macam
biasa, suasana alam ketika itu, angin mendayu-dayu.. Kesejukkan menimpa pada
tulangtemulang aku yg masih mentah ini.
Namun ia amat menyegarkan dan terasa seperti berada di luar Negara....
he he..
Air
teh n milo yg disediakan oleh pasangan sejoli begitu mengiurkan.. aku tanpa
membuang masa meneguk setitik dua ke dalam saluran keronkongku. Tanpa membuang
masa, aku bersama cik lela telah pergi mengangkut air di punca air yg
berdekatan dgn perigi. Aku lihat perigi ini telah dicemari oleh manusia tidak
mempunyai akhlak mulia. Air diperigi
tidak boleh diambil utk dijadikan minuman.
Suatu ketika dulu, air perigi ini boleh diminum tanpa was-was. Airnya
begitu sejuk dan manis ketika itu, terasa seperti air yang mengalir dari syurga
wpun aku belum merasai lagi air syurga tersebut, namun itulah nikmat yg
dinikmati ketika itu.
Selepas
mengambil air, aku mula memasak air utk diminum oleh team yg tertiggal jauh
dibelakang. Aku terlihat sebotol air teh
dan tanpa membuang masa, aku terus menongok air tersebut dan ternyata lidahku
seperti terasa berlikat.. adoiii, malangnya nasibku.. ku sangkakan air teh,
rupa-rupanya minyak masak.. rupa dah nak sama, tp x serupa.. Geli gak tekak den
yg suci ni..
Kelihatan
team yg akhir dah sampai dikem site, tp kemana perginya gerangan en. Sifu..
tiada bayangnya pun dikalangan mereka.. aku mula musykel ni.. kok lambat lg nya
en sifu ni..
Berita
yang diterima, sifu masih lagi jauh nun disana... energy dia dah berkurangan
dan semakin slow n steady.. jam berapa lah pulak dia nak sampai nie.. aku
bermonolog sendirian...
Terdengar
desas desus dari guide, mb team kt tidak sampai ke penghujungnya... disebabkan
keadaan sifu ketika ini.. Masih lagi tidak dapat mengejar target.. Masa yg
diperuntukkan mungkin terlebih utk kali ni..
aku mula cuak.. janganlah sampai disini saja misi kuala. Abih tu cuti aku masih lg berjela.. apa nak
dibuat time cuti tu pulak.. harap2 team
aku semua ok dan sifu mendapat semula power rangernya.. masa yg diambil utk
sampai ke kem site botak ini adalah 4 hari (Merapoh-Kuala Luis, Kuala Luis-Kem
Kor, Kem Kor ke Kubang, Kubang-Botak). Lama tu weh.. Santai betul, aku pung
xpernah lg ambil masa selama 4 hari nak sampai ke Kem Botak.. Catat sejarah
nie..
Malam
telah berlabuh, barulah en. Sifu muncul ditengah kegelapan malam.. Masih lagi
dalam mood santai.. hum sifu, sifu.. ada2 aje kamu ni.. Kami disini gelisah
mengenangkan nasibmu.. kamu dgn santainya... masih lagi dgn wajah maskulinnya..
Mlm
tu, aku tidur dlm kesejukkan.. angin masih lgi mengalunkan rentak rock n roll
nya.. sesekali aku terjaga dan susah utk melelapkan mata.. entah bila pung aku
tak tau, tiba2 jer dah subuh.. Sungguh nyaman ketika ini.. melihat matahari
menyinar, aku bersyurkur.. aku masih lagi dpt melihat keindahan ciptaan yang
Maha Esa.. Moga2 aku dapat melihatnya lagi..
Selepas
mempersiapkan diri dan breakfast, kami meneruskan perjalanan ke puncak Tahan..
Alhamdullillah.. sifu masih lagi ingin meneruskan perjuangannya...
Sampai
jer di puncak tahan, kami semua adakan tahlil utk aruah Awey yg tidak sempat
mengikuti xpdc ini dan dilead oleh ustaz anuar.
Sayu ketika ini.. team kami tidak mencukupi... kehilangan begitu
dirasai..
Setelah
selesai tahlil n berpossing, kami meneruskan ke Kem Gedung... perjalanan yang
panjang namun santai sedikit... aku suka on trek dari puncak ke Gedung...
keindahan tidak dapat diluahkan dgn secebis kata2.. itulah nikmat yang Allah
berikan... Terima kasih Allah.
Aku
sampai di Gedung time petang.. sempat lagi nak bermalas-malasan... Guard dah
sampai awal2 dgn banglo mewahnya... Bersambung lagi daa..